Saturday, July 30, 2011

BiNi- bInIkU gAnGsTeR

BINI-BINIKU GANGSTER ? Apakah itu ? nie sebenarnya filem yang akan ditayangkan tak lama lagi , iaitu pada 22 september 2011 , ermm nampak cam menarik jea ? nak tengok lha , wahwah , mcam la ada duid , hoho , filem nie diarahkan oleh Ismail Bob Hisham . ala pengarah citer NGANGKUNG tu lha , antara pelakon= pelakon yg membintangi filem nie ialah Shaheizy Sam sebagai Herry, Yana Samsudin sebagai Manja, Intan Ladyana sebagai Reanna dan Zul Handyblack sebagai Muza. 




Sinopsis Filem Bini-Biniku Gangster
Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster.  Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang.  Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.
Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.
jom kita pegi serbu wayang , tengok BIBI-BINIKU GANGSTER , 22 september nie , haha :) 

Wednesday, July 27, 2011

RamAdHaN BaKaL mEnJeLmA ~

Assalamualaikum <3 . humm , nampaknya , bulan syaaban bakal melabuhkan tirainya , bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat islam , bulan RAMADAN ,akn menjelma , yeayea. nak puasa daaa,,, tinggal lagi 5jea lagi kowd... dah abes ganti puasa kea blum?? kalu yng blum tu , cpat- cepat lha gnti ek.. hahaa..


bulan RAMADHAN nie banyak keistimewaan dea , jom kita ushar jap ,, leh tmbah PAHALA kan ,, 


1. Bulan Agung yang penuh dipenuhi dengan pelbagai jenis ibadah ( puasa, terawih, sedekah dan sebagainya )
2. Bulan keampunan, rahmat, keberkatan dan janji perlepasan dari api neraka.
3. Bulan pembersihan jiwa melalui munajat, taubat, doa dan sebagainya serta dapat memupuk sifat-sifat mahmudah.
4. Bulan Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
5. Bulan Al Quran mula diturunkan.
6. Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup.
7. Bulan syaitan diikat dan dibelenggu
8. Bulan pahala setiap ibadah dilipatgandakan
9. Bulan untuk bersedekah yang paling afdal atau utama.

p/s : jngan lupa puasa tau ~

Tuesday, July 26, 2011

SUPERMAK ~

Ahaloooo ,,  semalam  SUPERMAK sudah mula ditayangkan ,  menggantikan JUVANA pada jam 9.00 malam setiap hari isnin , wahwah . mula -mula nampak cam tak best jea , bila tengok , hurrmm , cam best sngat sngat , wahwah , seronok pulak ..







Supermak mengisahkan tentang seorang ibu yang bernama Amy Salim ( Nasha Aziz) yg jugak surirumah sepenuh masa ada kuasa dan kekuatan luar biasa ( kira cam superman lah ni). Amy Salim rupanya mempunyai kuasa tersebut dari warisan nenek moyangnya berketurunan dari Riau.
Neneknya yang bernama Thani dulu pernah selamatkan burung garuda yg terkena panah dan cedera. Panah tu pulak dari kayu yang susah dicari. Setelah Thani selamatkan burung tu, tetiba ia bertukar jadi seorang wanita jelita. Wanita tu telah memberi 5 kuasa sakti kepada Thani kerana nak balas jasa Thani. Kini kuasa tu diwarisi oleh Amy Salim.
Amy sudah berkahwin dan suaminya seorang polis, mereka hidup bahagia dan ada 2 orang anak iaitu Ayesha dan Amril.
Kebahagiaan mereka akhirnya diganggu oleh musuh tradisi nenek moyang Amy iaitu muncul lah Bashar ( Zul Yahya) yang menguasai Kuala Lumpur yang mula mengganggu ketenteraman awam. Bashar ni ditakuti oleh semua orang sebab ada kuasa api yg kuat. Kiranya dalam Supermak nant korang leh la tengok Nasha bertarung dgn Zul Yahya..hehehe!!

Akan muncul lagi beberapa watak yang ala ala X men dalam Supermak ni iaitu watak Camelia yg ada kuasa ais, salah seorang pewaris dari nenek moyang Amy yang nak berebut pingat yang telah retak pada zaman lampau. Camelia dan Bashar telah bersatu untuk berlawan dgn Amy.
Watak komedi lain dalam Supermak ni ialah Khalil (Syawal) yang mempunyai kekuatan telekenetik dan Ghazi (Henzy Andalas) yang berupaya untuk menjadi halimunan juga berasal dari keturunan yang sama. Namun, watak mereka berbeza, gemar berjenaka dan suka mengusik Amy.
jangan lupa tengok yea ,  drama nie ada 13 episesod jea , kalu ditengokkan balik , citer nie sebenarnya lawak la juga , hahahaaha , rasa - rasanya boleh tanding dengan juvana tak ?? hem ,,