Saturday, June 30, 2012

MidYear GiveAway by Pieyza and Yana

"Bangun Pagi Gosok gigi , terus online bukak blog " tiru lagu iklan ubat gigi . HAAHA

Hai uolls, orang lain tengah bersuka ria dekat tengah padang sekolah , yana sibuk mengonline. hihi. japgy nak amek kakak . Before nak amek my kakak Yana nak join GA oke ~


Midyear GiveAway ini diajurkan oleh Pieyza and Yana . Syarat-syarat sangat senang :D 
Jemput join semua..



kbye.

Wednesday, June 27, 2012

Go Spain , Go spain !

Anneyonghaseo dan Selamat petang .

Pagi esok bermulalah separuh akhir Euro 2012. kejap jea rasa . Dulu nak tunggu Euro punya lha lambad . TupTup  2 july nie dah Final . sama jugak , PMR lagi 100 hari , pejam celik dah exam. 

Tumblr_m63bgihwh51qjfx2io1_500_large

stop, tak payah nak sembang PMR , nak sembang pasal Euro nie ? Dah separuh akhir ? Pasukan mana yang korang suka ? Itali ? Jerman? Portugal or sepanyol ? 

Sepanyol memiliki peluang yang yang cerah apabila berdepan Perancis pada suku akhir Euro 2012 esok, kerana kem pasukan Les Bleus dikatakan mengalami perpecahan di kalangan pemain.
Perbalahan di luar padang yang berlaku di kalangan pemain Perancis pada Euro 2012, mengulangi episod Piala Dunia 2010 di mana mereka tersingkir pada peringkat kumpulan.
Pegawai serta pemain mengakui perkara tersebut berulang pada Euro 2012, selepas tewas 0-2 kepada Sweden dalam perlawanan terakhir Kumpulan D.
Namun berbeza dengan kem Sepanyol yang dilihat bersatu dan optimis menjelang perlawanan suku akhir di Donetsk. Pemenang perlawanan ini akan bertemu Portugal pada separuh akhir.
Selepas enam kejohanan mereka bertemu, Perancis memenangi perlawanan lima kali termasuk suku akhir Euro 2000 apabila pemain Sepanyol, Raul gagal menyempurnakan penalti pada lewat permainan.
Perancis juga menang 3-1 pada pusingan kedua Piala Dunia 2006.
Pengganti Raul pada bahagian penyerang tengah, Fernando Torres percaya pasukannya sudah belajar daripada kesilapan di Piala Dunia.
Katanya, ia membantu mereka untuk menjadi juara Dunia dan mereka menamatkan badi kekalahan selepas menentang Perancis.
Pemain yang masih lagi beraksi selain Torres, ialah Iker Casillas, Pepe Reina, Xavi, Xabi Alonso, Cesc Fabregas, Andres Iniesta, Sergio Ramos dan mereka sudah tentu masih ingat peristiwa tewas kepada Perancis di Hanover enam tahun lalu.
“Kami berharap kali ini pengalaman akan membantu Sepanyol yang diletakkan sebagai pasukan pilihan.
“Ia sesuatu yang menarik untuk menamatkan persembahan negatif dan pasukan kebangsaan bersedia memecah rekod.
“Kami berharap Perancis tidak menemui semula sentuhan terbaik mereka, tetapi jika ia berlaku kami sudah bersedia. Sekarang Sepanyol sukar untuk ditewaskan jika berada pada prestasi terbaik,” kata Torres.
Yana sokong Spain ? sebabnya , spain jugak ada pemain yang kurang hebatnya , Xabi Alonso , Fernando Torres , Xavi Hernandez , Cesc Fabregas , Iker Casillas and ramai lagi. Ha , Iker casillas ketua pasukan spain , muka dea sebijik (tak lha sebijik sangat ) macam cikgu praktikal masa standard 6 dulu. Ingat lagi masa world cup dekat South Africa dulu, terkejut tengok muka casillas macam cikgu ______ . Bukanlha sejibik sangat , tapi sekali pandang nampak lha dorang tue muka nak sama.  And nak tengok Casillas tue sanggup tunggu final world cup spain Vs Netherlands. Pegy sekolah jadi mata Panda jerhh . 
Hope lha separuh akhir esok spain kalahkan portugal . Tapi portugal puns apa kurangnya  Ronaldo derr ! kali terakhir dorang bertembung masa perlawanan persahabatan portugal menang 4-0. ! so , tak mustahillah pagi esok portugal kalahkan spain ! 
p/s: Mak , orang nak tengok bola ! acene tuhh ?

kbye :)

Monday, June 25, 2012

will you fly me away .

gud evening , Dah petang rupanya . sekarang nie , Yana dah kena belajar kurangkan ber'online', means tak tiap tiap hari update bolg lha. sebabnya , trial dah nak dekat. OME ! nasib cikgu tusyen Geo peringatkan yang kami ada 5 minggu nak trial. huh, cepatnya masa berlalu.

This is my magic world
iker casillas :)

yes, Memang lagu nie dah lama. Yana tengok satu video wedding dekat youtube , ada lagu 'Fly Me Away' Best sangat, memang sesuai dengan video tuhh. Lagu dea best sesangat ! sekarang nie , dah jadi favourite song pulak.

Fly Me Away.

sekarang nie, orang banyak minat lagu korea, semuanya korea. Tapi , lagu nie, bukannya lagu korea, tapi lagu chinese. why? disebabkan Adam Alexander lha Yana minat sangat lagu Tian Tian De . Maksudnya Manis. Tapi Adam Alexander cakap dekat Apy Elina tajuk lagu nie , 'makcik tua yang hodoh' . jahatkan Adam ? hahaha,

Tian Tian De

Terpengaruh novel lagi. Adam Alexander mampu mencairkan hati wanita. wahh, ayat novel. Nak cerita sikit pasal Adam nieh. Dia memang sueweet lha, macam cakap tadi , Adam Alexander , mampu mencairkan hati wanita . Adam cakapkan , kalau dia sukakan seseorang , dia taknak pikat sebagai kekasih , tapi dia nak perempuan tuhh jadi yang halal buat dia. And Perempuan tuhh adalah saya ? ehhh, taktak, Apy Elina mohd Nasir ! Yayaya, Apy Elina .Jurulatih pasukan The Legend .
 Lepas tuhh , baca sendiri novel hikayat cinta - ratu Bulan




haishh , Adam Alexander kan watak dalam novel ? takkan jatuh cinta dengan pakcik nieh ? hahaha
yeahhh, kalau Adam Alexander nie wujud .........................
luruh jatung AA tau !
japjap, My blog ada readers misteri. hati -hati yea.

p/s: 
1.sorie, yana tak letak video ,tapi korang tembak jea link tue kalau nak dengar lagu dekat atas tue oke ?
2.muka iker casillas macam muka cikgu praktikal masa standard 6. 
wahh gitu. nanti insyaAllah Yana update pasal spain oke !

Wednesday, June 20, 2012

Today ,

 
Hyee . selamat petang . lagi 31 hari nak puasa . ngeee :)

Wizarding World of Frozen Robots

Pagi Tadi , sekolah yana ada buat sukantara. dari lepas perhimpunan sampailha pukul 9 lebih.
semalam ada latihan rumah sukan , tapi yana tak pegi puns . sekali puns tak . bayangkan ? Alasan ? takde sapa nak amek yana . my ayah kerja petang . balik pulak pukul 6 . ada bas lagi kea ? kang tak pasal balik jalan kaki. perhh . GilaKau?HAHAHA 
sambung cerita , lepas rumah merah habis lari 100 meter , rumah biru pulak ? HADESS , lemah semangat aihhh . Ingat lagi dulu , time sekolah rendah , time sukan paling best ! tapi sekolah menegah , takda perasaan puns . macam tak best lha . 

sambung cerita balik , Lepas budak lelaki lari , masa girl untuk berlari larian sudah tiba . semua lari kebelakang and cakap "hampa lha buad dulu", "takmau aku buat awai awai" . haha . biasa lha tue . Yana nak but awal sebab kalau kita buat dulu , kita tak rasa takut and 'ketaq' sangat berbanding dengan orang lain yang tak buat lagi. Tapi last-last kena lari last round . malu siot . semua ada enam lorong , tapi last round punya , lari guna empat lorong jea . lari dengan budak form 2 . lepas cikgu teakn siren apa tah , yana puns lari . hahah (mesti lha aku lari kedepan) , hahaha. hala , lari demgan budak form 2 , kesah hapa
lepas habes lari tue , buad lompat jauh. TAK LEPAS . memang dari sekolah rendah lagi , yana tak pernah lepas lompat jauh. Tapi masa darjah lima dapat akil rumah biru . lepas habes tue buat lontar peluru. Yang nie kalau tak lepas jugak taktau lha . 

kalau orang tanya , sukan sekolah rendah dengan menegah , mana paling best , yana mesti cakap sekolah rendah . Why? mungkin masa tue kita budak-budak lagi . masa sekolah rendah , since standard 1 sampai lha standard 6 dapat wakil rumah biru wakil lari. best sesangat . sekolah menegah , Yana pernah masuk masa form 1 jea .Lari 400 meter .  lawakkan ? tahun lepas perbarisan . tu lha first time yana masuk perbarisan . sekolah rendah dulu tak pernah , sebab peserta larian tak boleh masuk perbarisan. tahun nie , 30 jun nie sukan tahunan sekolah , tapi yana tak boleh pergi . yeahhhh
 dulu yana aktif sukan sesangat , sampai cikgu math yana pun risau sebab dulu math dapat D . hahaa.. Tapi last last , dapat result A .

okbye.

p/s :rindu nak main softball . 

Saturday, June 16, 2012

Tiada Title.

Dah seminggu Yana tak update . sibuk ? busy ? Yana memang selalu bukak , tapi tak tahu nak tulis apa . hari hari boring .

Tumblr_ly9wknmmbk1r9rqyso1_500_large


Hari pertama persekolahan setelah 2 minggu budak budak sekolah bergembira keriangan + merdeka + lepas tension = cuti 2 minggu . and hari pertama ke sekolah tanpa AF . Masuk jea sekolah , tengok tempat letak moto , takde moto sekuter merah hitam milik AF . huhuhu . And hari first sekolah, mesti lha bebudak story pasal holiday , akyiviti melantak dorang masa cuti tue . Perhimpunan tanpa lagu macam selalu , so semua kena nyani .pastu kan , cikgu kata semua budak jadi Mandom jea . hahha

ada cikgu geo yana cerita , adasorang budak datang sekolah pukul 10 pagi ? hah ? biar betul -_-
lha , tak percaya ? tengok bola letuww . pastu jam tak bunyi , hah , amek kau !
Tapi tabik springg jugaklha dekat budak tue , even bangun lewat tapi still nak datang sekolah kan . 
kalau Yana pukul 10 bangun , konferm taknak pegy  sekolah dah .

Hari rabu pulak takda akitiviti kokurikulum . yeah ! bangga siot . balik awal.
hari khamis pulak , biasa biasa jea

hari jummat puns biasa jugak , 
tapi lepas habis sekolah ada program untuk girls . program 'manisnya gadisku' hahha.
dah lha kena balik pukul 1.30 perhh , cikgu , mana ada bas time2 ceni , 
pukul 2 orang baru habes solat jummat .
pukul 3.30 nak pegy tusyen pulak .
Tapi kelmarin balik pukul satu , ada tayangan video jea . Ombak rindu ! ehh , taklha  video pasal kecemerlangan nik ur Madihah , kenal ? tak ? Ala, best student 2009 kot.
minggu depan budak form 3 tak kena . kami just kena 2 kali jea . last 20 julai nie .
tapi yang tak bestnya , kami justb tayangan video and kerohanian jea . budak form 4 and form 5 aktiviti best best . Masak lha , personaliti lha.
hewhew

kye .

Sunday, June 10, 2012

Heppi BornDay Sista.



"hepi besday to you , hepi besday to you , hepi besday to sis syifa , hepi besday to you"


comelkan ? actually , she is my sister . 
Tanggal 10 jun ialah hari yang istimewa buat sis syifa yang comel nie.WHY? 
 sebabnya today is her birthday .

hepi bornday sis Syifa :)
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
semoga sukses selalu . belajar elok-elok dekat Ganu tue. 
Hope , nanti sis jadi Lawyer 
semoga sis bahagia bersama orang yang Terchenta .

sorie hadiah takde lha . mintak dekat 
Tapi
|
|
|
orang ada buat kek untuk sis
 susah payah orang buat tadi taw. hewhew
Singing with your headphones on and not realizing how loud you are

p/s: sorie yerr sis sebab amek gambo tak gitau . hihi . tak suprise lha kan nanti :)

Saturday, June 9, 2012

Apakah Mimpi Itu ?


Dead letters from my lover - Polyvore

 Dah dua hari  yana mimpi yang sesuatu diluar jangkaan dan agak mengerikan . Ataupun mungkin mimpi tue indah . But , i dont care ! Pulak? 

Mimpi ? mimpi itu hanya mainan tidur . Tapi kadang-kadang mimpi kita menjadi kenyataan . yea tak ? Tapi tak kesah lha kan , Mungkin before tido Yana tak basuh kaki and terlupa nak baca doa . (tengok euro lha nie) 

Mimpi tue bermula bila Yana and ga geng pergi sk Seri Impian (tapi tak macam SKSI pun) ada ceramah motivasi apa entah . Kami semua tak puas hati dengan cikgu yang anjurkan ceramah nie , lepas tue kitaorang terus blha keluar dari sekolah tue. 
Entah macam mana, macam pintu doremonm keluar dari sekolah tue , Yana perasaan yang yana bukannya ada dekat sekolah tue dah , nak tau dekat mana? Dekat satu taman , cantik sangat dekat korea . pulak? masa bila Yana pegy korea? 

Masa dekat taman tue , Yana cuba menenagkan one guy nie . Muka dia ofkoshh macam orang korea lha. Rasa macam guy nie bergaduh dengan mamat mana tah  (mesti peningkan?) yana raslha , sebabnya , masa yana nak pegy dekat guy tue , guy tue lari sebab belakang yana ada sorang mamat nie. haih. lepas tue yana kejar guy tue . ohhseeem , lepas tue _____lawak derrr !
entah tetiba macam mana , guy tue bawak yana pegy satu funfair. yang bestnyer funfair tue dekat negara lain pulak. London kowt. After main dekat funfair tue , macam mana entah ada dekat carefour pulak. pastu jumpa mak yana tengok tilawah Al-Quran . pulak? 
lepas tue terus terjaga. Bila 'ingatan' kembali kan , yana teringat yang muka guy tue macam pernah tengok lha. classmate yana ? NO , budak twitter ? NO . nak tahu ? muka dia macam ______ :D
Gelak puas-puas.
HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHA


Pagi Tadi pulak Yana mimpi lagi , tapi mamat lain lha. Yana tak ingat muka dia macam mana. Tapi dia Melayu. HAHA.  Dah try cuba ingat tapi ___. memang tak ingat. tapi mimpi nie , dia bawak yana pegi shopping Mall . hewhewh. kitorang pegy naik kereta Camry . lepas tue terdengar suara budak kecik , herh , rupanya sura sepupu Yana yang kecik . mai aiiii. geram gila , kacau orang tengah mimpi nihh. Try tido balik , tapi , mata dah tak boleh lelap.

WHATEVER ~

Tapi , macam mana lha boleh termimpikan Mamat nie. hahaha. Lawak lha. tapi kita tak boleh nak percayakan mimpi sangatkan? Mimpi kan mainan tidur. 

okbye....

Y.E.S.T.E.R.DA.Y

Lee Dong-wook eats ice cream in Paris » Dramabeans » Deconstructing korean dramas and kpop culture


selamat pagi. Matahari dah tegak dah ni . bangun , bangun! tido jea . berapa hari nak sekolah dah nie , homework apa pun ko takbuat !

semalam ? korang tengok apa yang terjadi semalam? Ada perasaan gembira , sedih , geram , sakit hati . semua lha sekali. banyak nak story nie . 

First Yana nak story pasal majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan . Tengok tak ? ha , bagus , bagus!
semalam adalah majlis penutupan dan penyampaian hadiah . sudah seminggu majlis tilawah berlangsung . Johan bagi Qari dari Kelantan dan johan bagi Qariah pulah dari wilayah persekutuan . Tahniah . Johan Qari dan Qariah nie akan mewakili malaysia ke peringkat antarabangsa .

Second , tengok bola ? Bukan Euro lha , Euro japgy oke ? Yana nak story Pasal Game Malaysian VS singapura. Bukan kita tak boleh terima hakikat . Tapi pengadil Dari Hong Kong tue macam Berat sebelah dekat Malaysia . pastu melebihkan Singapura. Memang nampak JELAS lagi NYATA . oke . seryes , Tak puas hati gila . 

Third , halala , yang nie baru nak story pasal Euro . Game antara Poland VS Greece. sapa menang ? seri . Muahaha. Yang terkejut gila , Goalkeeper poland dibuang padang and digantikan dengan Przemyslaw Tyton .   dalam perlawanan first nie banyak jugaklha kad kuning dilayangkan dan satu kad merah . Nampak macam tragis sangat , Yana  pagi masuk tido ZZZZZZ. 
so , pagi2 tadi , terus cari surat khabar , tapi malangnya , ayah tak beli lagi. haishh , Lepas ayah beli terus tengok bahagian sukan . muahahaha . 
dah. dah, takpayah nak cerita pasal nie , menyakitan hati jerr.

p/s: haizq reff nak deactive twitter . terkejut tau ! . kenapa 'Doktor cinta ' nie nak deactive ? . herhhh . 

kbye .

Friday, June 8, 2012

Mega Tech Giveaway By MizzsNinie, CikMun And DrFara


selamat tengah hari , kejap jea kan dah tengah hari . Yana nak join Giveaway nie. Hadiah GA nie tersangatlha awesome . Antara hadiah yang menarik ialah MP3 , phone samsung and banyak lagi lha.



cium banner comel nie if nak join oke ?

tarikh tutup GA pada 31 julai 2012. 

awak  ,  awok , awak  , awok  dan awak

Hope lha boleh menang oke . 
Amin XDXDD

Thursday, June 7, 2012

NIKON GIVEAWAY By Ieqah Blog Gajah

hye uolss, Harinie mood ceria . so , apa yang ditunggu lagi . join GA lha.


just tampar banner comel nie if korang nak join.

Yana join Nikon Giveaway by Ieqah Blog Gajah kerana sekarang zaman 'kegemilangan DSLR' . Yana teringin nak beli DSLR tapi tak berkemampuan lagi (ayat sedih pulak) . jealous jugaklha tengok orang lain best jea ada DSLR . dan jugak Yana join GA nie sebab syarat-syarat senang jea . tak payah nak Like and Follow para-para sponsor . tapi giveaway nie senang jea , so simple . 

hope lha boleh menang . Amin XDXD

kbye .

Button ouh My Button

Halooo , tajuk entri di atas tue , takda kena mengena dengan entri nie oke ? Tapi ada jugak lha . ada kea? entah ..

berries and hamburgers
its not me , its not my family . what in your head , in your head , zombie , zombie ?
ehh , bukan Laki aku kerr?
kau curang dengan aku ?
ABAIKAN .

Pagi tadi Yana pegy tuisyen sains . start pukul 8.30 sampailha pukul 11.30 . sekarang kan cuti sekolah , konferm ramai orang tak nak datang tuisyen . tuisyen tadi puns berapa orang jea mai . kalau tak tuisyen sains dua kelas . memang ramai lha kan ?  . Hari ahad haritu lagi lha best , Yana dengar 3 orang jea budak kelas 2 datang . yana puns tak datang . hahaha. kesian cikgu kan ? Tapi tadi oke lha _______ kans ?

Masuk jea kelas , sembang fasal AF . hahaha. jealous erkk AF wish besday dekat aku ? . Ala , besday korang nanti dia wish la XXXX. 
lepas habes kelas tue , acara sembang + gosipp  agak rancak mak leha Oi, yea lha , dah seminggu tak jumpa. tengah best gosips denga bad, button henset yana tercabut . WHAT ? BUTTON ? Cena nak hantar mesej derr ? first tue satu button jea , lepas tue , banyak button dah tertanggal . OME ! Ada chance lha nak suruh mak beli henset baru . Tapi , mak cakap lepas PMR , baru beli . lepas tue ayah cakap "buanglha henset ni " senang jerr kan ? 

mak cakap " semua nak , baju nak , henset puns nak " HAHAHA. memang puns 

oke bebeh . bye . sekolah lagi 5 hari lagi . serious kerja sekolah tak siap lagi .hahah . mengamuklah cikgu nanti .

Wednesday, June 6, 2012

Segmen Cioccolato World | Tambah Follower Blog & Twitter

hye . Yana nak join oke . 


cium banner nie kalau nak jpin :D


join lha yea . kalau korang join segmen nie bukan saja dapat tambah folloer dekat blog , boleh jugak tambah follower dekat twitter . . And boleh jugak dapat hadiah . Hewhew.

tarikh tutup 25 Jun . sempat lagi nak join. 

kbye .

Monday, June 4, 2012

3 Jun


happy birthday by ~magicalfourteen

3 Jun 1997 bersamaan 26 muharram  Alhamdulillah , terima Kasih Ya Allah ,kerana kau memberi nikmat untuk aku hidup di muka bumiMu ini selama 15 tahun . 

15 Tahun , rasa kejap jea. rasa macam semalam je terhegeh-hegeh ikut mak pi tabika. lepastu senang hati mak cakap dekat anak murid dia "cikgu amik dia tepi jalan la". hahha.. bila kenang balik , lawak ada sedih pun ada. Tapi tak kesah puns. 

tepat pukul 12 tengah malam 3 Jun 2012 henset Yana bergetar . itu tandanya mesej masuk . my Lovely kakak wish birthday , dia orang yang  kedua wish birthday lepas my mom . actually , bukan orang second kodd, orang ketiga . first Celcom wish dulu . HAHAHA. lepas tu Nina , lepastu abang yana call. sebab before tue yana text dia cakap 'harinie bsday sapa?' buad buad tanyalha kan. harunns  punya abang , dia tak ingat besday adek dia . haish apala Awok nie . 

lepas tue , my kakak ipar wish pulak . pastu yana terus tido . hott gila dekat abang. Boleh pulak mimpi my geng baling tepung . Bangun pagi , tengok ada mesej from Hani . hah . lepas tu pulak my bestie , Nadhrah wish pulak. thanks u all. 
Lepas tu terus online. lepas sign up fb jea. penuh lha wall Yana dengan ucapan HB , Hepi besday , Selamat hari Lahir. hahaha. *kembangkejap*
Lepas tu mak ajak pegi kenduri . KENDURI ? setiap kali bufday Yana , mesti jea ada kenduri . yea lha. 3 jun selalunya cuti sekolah oke . 

ikut mak ayah pegy kenduri kawan mak dekat Penaga . Lepas tue ayah bawak jenjalan dekat kuala Muda . tengok orang cari kepah dekat tepi pantai . best woo. dengan pakai baju kurung pulak kan . habes terbang tudung . duduk dekat sana lama jugak lha dari pukul 4 sampai pukul 6 .30. seronok tengok family lain berpusu pusu cari kepah . pesta mencari kepah katakan. Before nie tak pernah tahu pun ada tempat macam tu. cari kepah sampai tengah laut . hanya berjalan kaki sahaja ? bayangkan. budak kecik ke besau ke semua serbu tengah laut . Takut ? relaks lha dorang jalan atas tombolo lha .  Teringin nak turun , tapi disebabkan harini tersopan . so niat tu pergi melayang bersama flight yang lalu dekat situ. just tengok jea lha dorang kutip kepah.
*melalut ehh ?

Even mak tak bagi hadiah , tapi dapat jugak menambah ilmu . dapat tengok sendiri tombolo . Ala, mintak duit dekat mak ayah before nak pi sekolah , hadiah letuwww, hadiah supaya kita belajar rajin rajin. 

 Thank wish birthday dekat yana especially mak , ayah kakak and bro-bro dan juga  warga  facebook . terima kasih kerana doakan Yana ye. Dan membuatkan yana berasa birthday kali nie amat bermakna kerana someone yang yana selalu cerita tu wish jugak. melompat jea. even 2 huruf jea. tapi bersyukur sangat .semalam memang berdoa dia wish. Alhamdullillah. doa dimakbulkan lagi :)
thanks alot to Hani sebab sudi buat satu entri dekat yana. 

Terima kasih Ya Allah, sebab beri kesempatan untuk hidup lagi . terima kasih mak sebab sudi lahirkan Yana, 
terimas juga dekat ayah , kakak abang yang gila nakal . okay ?

kbye :)

p/s: first time saya tak mention nama si jejaka. hahha. But ada tulis pasal that jejaka.

Sunday, June 3, 2012

AF Lagi dan Lagi .

Upload Plaatjes.nl - Gratis al je plaatjes en foto's uploaden

AF AF AF . lagi lagi AF . hahaha. Hariniekan 3 jun so , Yana dah azam harinie nak buat entri sebanyak 3 kali. . fsekarang nie entri yang second pulak !

"wey, ak jmp AF bhaai~" . glurppp . Nie mesej teyra send dekat Yana semalam . HAHA. teyra jumpa AF dekat kenduri. Teyra selalu ada 'chance' jumpa AF. haih. aku jealous doe.

masa teyra text dekat Yana, Yana OTW nak pegy rumah tok . Tapi before tue , singgah kejap Dekat Koskam. Ala dekat pokok sena,kepala Batas, Penang ,Malayisa. Budak Irsyad tahu letuwww. Pegy koskam tu sebabnya nak print suat tawaran poli abang . Masa sampai dekat koskam tue , Yana nampak ada kenduri .  rumah kenduri tue tersangatlha cantik . Tetiba terdetik dekat hati nie , "maybe AF pegy kenduri dekat sini ". pastu "haish tak mungkin kot", Tengah tunggu abang Yana pegy print , Yana asyik berdebar jea . seryes rasa macam AF dekat sangat dengan yana. walalalalaal~

Lepas tue , Yana mesej lha teyra , tanya dia pegy kenduri dekat mana, mana lha tahukan dia pegy kenduri dekat koskam . Tapi malangya , Teyra tak balas mesej . Lepas tue , terus pergy rumah tok . Tapi dalam hati tue memang rasa sangat yang AF pegy kenduri tuhh. Yana text pulak Hani , tanya dia teyra bagitau tak . lepas tu Hani cakap ada teyra bagitau and dia cakap lagi , "tyra tak mesej awai awai , kalau tak aku rempit terus pi koskam tu" . WHAT??  Memang benar firasat hamba sebentar adi . AF ada dekat around Koskam . hahaha. Hati berbunga jea. tapi sayangnya tak terserempak dengan AF. 

huarhhhh kbye .

Segmen : Awesome School Holidays GA

 hye , Yana join Ga nie oke . Tetiba harinie jadi rajin pulak , si join jea lha daripada tengok saja . yea tak ? And hadiah GA nie tersangatlha ohsemmm !


tembak banner tue kalau nak join :)


kbye :)

Saturday, June 2, 2012

Mimaland .


Meet me in Montauk

Mimaland ? apa kebenda tuhh? korang pernah dengar mimaland ? 

pagi tadi macam biasa, sign up fb , tetiba ada oarng share pasal Mimaland . sumapah ! yana tak tahu apa itu Mimaland . 
Bagi mereka yang lahir sekitar tahun 90-an dan generasi muda macam yana nie tentu tak tahu Mimaland dan dimana terletaknya Mimaland nie. Yana pun baru tahu kewujudan mimaland nie (ternganga mulut aku tadi).

Mimaland nie senang cerita lebih kurang macam sunway Lagoon lha. Dibina pada tahun 1971di sebuah kawasan berbukit di Ulu Gombak. Nama Mimaland nie sebenarnya hasil daripada gabungan 'Malaysia In Miniature Land' . Dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 12.malam. Tiket masuk RM 2.0 bagi dewasa dan RM1.00 bagi kanak-kanak. Bagi kita zaman sekarang nie, agak murahlha. sekarang nak masuk sunmay lagoon pun mencecah puluhan ringgit . 

Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah’ yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu.

Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba.


Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. 
Pada Mei 1994 pula, berlakukerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Dahulu

sekarang

Beberapa pihak termasuk agensi kerajaan kemudiannya telah menyeret pihak pengurusan Mimaland ke mahkamah di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah. Sepanjang perbicaraan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.

so sekarang nie , banyak sangat cerita yang menyeramkan. mana taknya tempat orang tinggalkan . manusia tak tinggal dekat situ . ada penghuni lain. antara filem tempatan yang dilakonkan di Mimakand nie ialah Gila-Gila remaja . cer korang tengok. And ada jugaklha orang yang pergi ke sana . herhh. 

credit teks n gambar : MR google .

Friday, June 1, 2012

Tudung Bawal Cantik 1st Giveaway by Kak Bunga

tengah best menjalankan aktiviti blogwalkinh , Yana terjumpa satu GA nie. hope lha boleh menang okay !


cium banner ini if nak join .




kbye :)