Tuesday, October 30, 2012

Sushi .

Assalamualaikum . 

A5cemwicaaa4vyv_large

Sushi ? Pernah makan sushi ? Sedap kan ? Haaaaaaaaaaa,

Act , tadi budak form 3 semuanya pegi lawatan . Cuma ada beberapa orang ja yang tak pegi . Maybe Lepa pegi lawatan Bukit Bendera esok kot . Harini saja ada dua lawatan . Satu lawatan ke kolej AUCMS dan satu lagi Ke kolej PTPTL . So , yana ekot lawatan ke PTPTL dekat penang . Haaaaa. Jauh sikit lha dari AUCMS dekat Kepala Batas . And ramai yang ikut pegi PTPTL berbanding dengan AUCMS . 

Kami sampai dekat sana around 9 lebih lha . sampai ja kan , banyak orang cakap "la kolej macam ni ja ka ?"
Ingat besau mana kan . Lepastu ada miss cina nie bawak pegi tempat masak masak aka dapur sebab lawatan nie berunsurkan memasak . Ingat aku pandai masak tau :P *baling tepung . Puihhhhhhhh.
So , masuk je situ dah nampak nasi and sayur . "haish nak suruh masak nasi goreng letuww" . Then Lepa bagi sedikit penerangan tentang kulinari and sepupu adik beradik seangkatangan bagai , sir tu tunjuk demo memasak . Rupanya nak suruh masak sushi . Cehhhh . ingat nak suruh masak nasi goreng ~

Lepas dia tunjuk demo semua , tibalah masa turn kami pulak mencuba memasak . Act , bukannya memasak sangat pun , tapi lebih terjerumus ke arah kedecoret lha . Wahhhhhhh , ala-ala masterchef gituuu. Haaaaaa. So , setiap kumpulan cuma 3 orang saja . Yana , Fatin and Ikha . Dengan pisau nak kena share semua . Ahhhh ! Yana tak bawa camera , so tak dapat lha korang nak menegok hasil sushi kami . Yeahhh . Memang ketandusan idea gila nak decorate macam mana kan .
Agak merenyahkan  nak buat sushi tu . Tapi kami semua enjoy . Haaaa . cari pengalaman katakan

E8bdf15aada411e1ab011231381052c0_6_large

lepas siap semua , Masa untuk Penilaian . memang tak harap nak menang sebab kami decorate memang macam _______ kan . Sosej takmau duduk elok , dengan telur bertompok-tompak *lempang . And memang kami tak menang pun . Aku fail masterchef  wehhh:( . Baling selipar jamban .."
Then , semua 'peserta' bolehla makan sushi mereka . Erhhh ? makan ? sayangnya , penat-penat buatkan last-last nak suruh makan . Herhhhh . Yana paksa jugak makan sebab sebelum ni tak pernah makan . Telan Sebijik  . Erhaaaa , Serious i cakap , memang nak termuntah gila time tue . Erhh , nasi jepun tu banyak kanji . *sepeket 10 ringgit. Miss tu cakap makan 3 ketul nak kenyang . Ehh ? tadi cakap bijik nie cakap  ketul . Haaaa. . 

And, sampai sekarang rasa pening tak terhingga . uwekkk . Mungkin pertama yang terakhir . Haaaa. lepas tinggalkan bumi PTPTL kami singgah padang kota . ohhhh , Mat salih tu handsome gilaaaa. Tapi dia dah kahwin haaaaa. muka macam Azlan iskandar . ada iras sikit lha . 

Ohkay , So , setiap negara ada makanan mereka masing-masing . mungkin kita tak suka sushi , Tapi ada orang lain yang suka . Kita suka makan nasi kandar , Mungkin ada orang lain tak suka . Normal lah tu kan ~
Setiap ngara ada makanan istimewa masing-masing . Dah selera orang melayu , memang tak lalu makan sushi yoooo ~

kbye . 
Have A nice Day .

p/s: Khamis lawatan . Esok nak packing barang . Yehuwwwww.

Monday, October 29, 2012

Flight Hunter

Assalamualaikum salam sejahtera dan salam satu Malaysia .

Sebelum tu , yana nak ucapkan Selamat menyambut hari raya aildiladha kepada semua umat islam . sempat lagi kan ? Haaaa . 
Bersempena dengan cuti raya haji , kami satu family pergi jalan-jalan . Ala , pegi menjelajah negeri sendiri , tanjung *penang. tak payah nak pegi jejauh kan. ?  

So seawal 8.30 pagi kami pegi tanab reakreasi air itam dalam . tempat ni baru ja perbaikpulih .Tima kami pegi tuhh , memang tak dak sesapa pun sebab taman ni tak secara rasni lagi buka . tapi petang-petang ramai lha yang dah pegi . Disebabkan kami pegi pagi , memang takda sesapa pun.
memandangkan kami ada ambil gambar , nak share lha sikit kan , mana lha tahu nanti korang nak pegi . Coihhhhh..

Dulu titi ni papan jer , sekarang dah lain , udah maju .

Zon monyet pon ada . kalau lalu dekat sini segala tok , tokwan , mak , ayah , anak monyet ada,
Tapi tak boleh bagi makan.

gayat gila naik titi gantung . Luruh jantung yana .

Lepas dah balik dari taman reakreasi , sebelah petang pulak kami pegi tanjung a.k.a penang lah. Tujuan utama nak beli hadiah dekat murid -murid mak . Tapi sebelum tu , relax lha dulu kan. kami pegi tengok flight dulu . teruja yang amat beb ! Taktahu nak cakap macam mana .

mungkin rezeki kami , memang banyak flight yang landing dekat Penang airport haritu . So sempat lagi menengok flight Jetstar , Arasia , Mas , Silkair , Firefly . 
tapi cuma MAS ja tangkap sebab time flight lain landing  buat Video .

 
 lepas selamat flight ni landing . Fuhhhh .


Act , nie deekat area jalan akuarium tu . Maksu and paksu aku yang cakap pasal tempat nie . katanya lagi dekat . Hmmm , memang dekat . kita boleh nampak time flight nie tengah landing . kita boleh nampak dari sisi . bestlha . Kalau dekat Permatang damar laut , belakang airport lha . Sama jugak kita nampak benda yang sama , flight yang sama . 
Tapi yang bezanya , flight tu lalu atas kita . Dekat sangat . Tapi dekat tepi jalan . so rasa malu sikit lha .Tapi petang-petang ramai orang yang berhenti dekat sini . kalau yang macam dekat gambar dekat atas tu , tempat dia sunyi sikit sebab dia dekat dengan kilang fed ex . Kira private sikit lha . yang banyak kereta orang kerja kilang . Tapi dia terlindung dengan pokok -pokok . 

Okay , then lepas puas tengok flight , kami pegi pantai . And dapatlha melihat jambatan pulau pinang yang kedua . Dah nak siap , tapi yang tengah tu tak siap lagi ..


Lepastu pegi solat maghrib dekat masjid negeri then pegi beli barang budak-budak mak . 
lepastu pagi tadi , bangun sekolah mengantuk and pegi sekolah tido . Ehhhh , suka hatilah , exam dah habis YO !

kbye .
p/s: gambar di atas semua dikoyak dari hasifi Sani
p/s: Khamis ni nak pegi melaka ,port Dickson and KL . Jumpa di sana . Cehh.



Thursday, October 18, 2012

Crush

Assalamualaikum salam sejahtera dan salam satu Malaysia :)

MAAF ENTRI INI BUKAN BERBENTUK ILMIAH

*sediakan baldi sebelum termuntah ..:
Crush . Ye crush lha . Korang Ada ? Hmmm , Bohong lha hampa tak minat dekat sesapa kan walaupun sekali .

Tumblr_mbv15xxwrl1rikjyro1_400_large

kadang-kadang kalau crush depan mata kita tak berani nak tengor hanya termelihat dia dari jauh . Tapi untung  untuk sesetengah orang ,tiap hari akan cakap dengan crush kan ? Like yana , tak dak maknanya nak cakap face to face . first and last time dia tegur pun masa form 1. Hahaha . . Fikir- fikir balik kan , macam syok sendiri pulak kan?
Hmmmm , ehh , suka hatilah nak suka dekat sesapa pun.
Betul tak ?

Dulu-dulu time form 1 yana dengan ruby pernah lha ejek dia 'busuk' sebab dulu ada satu part tu dia pakai minyak wangi terlampau kuat . Yang kami boleh tahu tau sebab ruby terlalu sebelah dia then terlekat lha bau tu . Dari dulu sampai sekarang tak pernah bagitahu . Berani ke nak bagitahu ? erhhh , suka hati lha .

Erhhhh , susah jugakkan ada crush nihh , Time jumpa dia malu nak cakap , tapi time tak nampak dia gedik nak cari . ewahhh . eh , suka hatilahh :P . Pastu kitakan punya susah pegi kelas dia . Then dia buat taktahu . sakit hati . Ehh nak sakit hati pulak , mana dia tahu kau suka dekat dia , kalau kau bagitahu dia , dah sahsahdia tengok kau kan ?
ada cakap diri sendiri .."


542537_10150860049881239_1730788409_n_large

Crush ada anak sedara yang comel :) Aku suka .

p/s: Tetiba nak tulis pasal crush . Asal ehh ? Geram dekat dia kottt .
Malaih nak ada crush . Haaaa . sembang jerr . nampak crush kalih tempat lain . Haihhh .

okbye .

Wednesday, October 17, 2012

Rindu Pulak ?

Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam satu Malaysia :)

Tumblr_mc14kbkjim1rng5tvo1_500_large
My cousin , nama dia Maria :)

Hello sehelo helonya .Ohh kalau rindu mesti sesuai untuk couple je lha  ?
 Serious cakap masa before PMR , asyik nak freedom je , then siap listkan lagi apa yang nak buat lepas PMR , and now sekarang , mana pegi semua list tu ? Mak dah buang and bakaq list tu . Huwaaa .

 Rindu time before PMR. Yana  rindu nak duduk tempat yana yang comel lagi berangin disebabkan di tepi pintu tambahan adanya kipas di belakang time PMR . Rindu nak pegang kertas soalan and jawapan time nak minum air .* Betapa seksanya aku .*  , Dan yang paling penting , rindu sangat nak BULI pengawas . HAHAHA . rindu nak buli lepa kutip pensil yang jatuh . Jahatkan , Ehhh , aku bukannya sengaja. 
Rindu nak dengar ketua pengawas cakap "masa tinggal lagi lima minit" *aku perli ehh* .Dan rindu jugak nak tengok pengawas bukak pintu tepi aku lagi :(

Sekarang lepas PMR nie , pegi sekolah dah rasa macam pelarian PATI dah . Kelmarin lagi lha , Duduk dalam dewan hanya berbantalkan lantai sahaja . Kononya tak nak ganggu budak Form 1 ,2 dengan 4 tengah exam . Harini pegi duduk dalam bilik yang dalam library . main teka teki abenda tah .

Pastu cikgu Nora panggil nak suruh kami tengok pasal mural . Haaa , percaya atau tidak . First time yana nak buat mural . kawan-kawan yang lain tu at least ada pengalaman and berbakat buat semua tu . 
lepas bincang habiskan , kami takmau naik atas library . Bosan katanya . So , cikgu Nora yang baik hati pegi lha tanya semua cikgu dalam bilik guru ada kerja tak , suruh kami buat . Then dapatlha kerja . Alhamdulillah . 
then balik. Itulah aktiviti seharian di sekolah yang amat membosankan.."

As concluson . ehh ingat sains ke nak conclusion bagai .. Kita kena hargai apa yang depan mata kita . Kekadang , apa yang kita rancang untuk masa depan tak semetinya menjadi . Dan apa yang tak rancang , tak semestinya tak ada untuk masa depan kita . macam couple lah kan . Suka dekat orang nie , couple dengan orang lain , Tunang dengan lelaki lain and kahwin dengan mamat lain . nie melebih nie.."

And ada berita gembira . Lawatan satu haribulan ni . After raya . Yeahhh . Macam ni barulha rasa bebas dari PMR . Jumpa anda disana . Ewahhh . Ko ingat Konsert ke nak jumpa disana .

Ouhkay bye , have a nice day

Monday, October 15, 2012

Freedom Already ?

Assalamualaikum salam sejahtera dan salam satu Malaysia .

Tumblr_mbwqajv4dn1r4ploio1_500_large

Alhamdulillah, Alhamdulillah , Alhamdulillah , akhirnya PMR sudah pun pergi dalam hidup kekanak batch 97 . Tapi ada sesetengah amek subjek bahasa arab ke , bahasa cina  ada lagi esok . Tapi yana yang amek lapan subjek memang sudah bebas sepenuhnya daripada sindrom penyakit belajar . ewahhh.
Tahun ni soalan memang gila agak memang susah . Itu je yang mampu cakap . Ada yang susah ada yang senang . ehh? normal la kan, dah nama pun exam . sukahati lahhh

Act , disebabkan kami terlambat mula exam disebabkan last exam tadi adalah KH  so untuk memudahkan pengawas kutip soalan and jawapan , bebudak semua kena duduk mengikut pilihan masing masing .Macam yana , yana duduk tempat sendiri lah memandangkan yana amek ERT Teknikal . Kami mula 5 minit lebih lambat dari sekolah lain . Means kami freedom pon lambat lima minit lah. lepas pengawas dah kutip kertas soalan and jawapan , line teknikal keluar dulu . Dengan senyuman yang manis hingga ketelinga ditambah dengan cili padi dan sambal tumis  tolak kerusi then keluar . Rasa macam nak menjerit and lompat-lompat katak . Tapi hajat tu terbantut bila aku sedar diri aku siapa .cehh


250032_10151251663673278_481947321_n_large

Now , yana rasa puas and sangatlah gembira sebab buat sementara ni . Ulang sekali lagi . SEMENTARA ini boleh lupakan sekejap  hal-hal study tuhh . Banyak orang cakap , enjoy lah puas-puas . naik form 4 jangan nak berhoneymoon lagi . And sekarang nie bolehla memikior tentang lawatan ke PD , baca novel puas-puas tanpa sebarang gangguan ,tidur ,online  . Erhahaha. Nikmat tak terkata .

Sampai sekarang Yana rasa "eh aku dah habis PMR ke" . Rasa macam sekejap ja masa berlalu . Dulu kita tunggu , then lagi seminggu kita rasa takut , time kita PMR rasa macam exam biasa and macam takada apa apa yang berlalu an now PMR dah  melabuhkan tirainya . macam tak percaya . aku tak percaya cinta erkk?
ohh okayy . Tapikan dekat twitter adela orang jealous sebab kami dah habes exam . ehh , sukahatilah . Dulu engkau pernah amek PMR kan ? So apa masalahnya ? kau cakap bebudak jerr amek PMR . Ohhh , dulu kau tak pernah amek PMR ke ? chiill lhaa , sama-sama merasa PMR kan . dahhhhhhhhhh . STOP .
Orang baru je nak freedom kejap dah spoil mod .baru nak senyum then bila baca statement tu terus rasa nak hempuk Pc dengan torchlight .

Erhhh , oke tak sedih-sedih . PMR ah hasis , NOW kena banyak berdoa supaya pemeriksa yang periksa kertas kita nanti pemurah and berprihatin . 
Okbyeeee.

Saturday, October 6, 2012

Berjuang Untuk Hidup .

Assalamualaikum salam sejahtera dan salam satu Malaysia ,


8057446530_e7e43c5ebf_z_large

Yup , sekarang nie aku memang sedang bertarung untuk hidup . Siapa sakit ? Aku ? Wei , berjuang untuk hidup tak bermakna aku sakit . Aku berjuang untuk meneruskan hidup demi masa depan aku . Aku teringin jugak nak jadi orang gaji besar-besar . Nak jadi polis , doktor , pilot or cikgu.

Tak sampai 3 hari akan menjadi pelajar yang sedang menduduki peperiksaan awam , PMR . Ye , aku baru PMR . Memang sesetengah orang menganggap PMR tak penting , buat halai balai jerr , tapi kena ingat PMR penting jugak *Ayatskema*  sebab dengan result pmr , kita dapat pilih kelas apa yang kita minat . Sains Tulen ke , Akaun ke , sastera ke atau mungkin Perdagangan . Katakan , kalau kau nak jadi doktor , engineer or pilot , tapi kau amek perdagangan . Macam tak kena kan ? Lainlah kalau kau amek akaun and cita-cita kau nak jadi akauntan  aku , sampai sekarang takda cita-cita tetap . 


Scaled_large

Dalam nak PMR pun aku masih lagi Beronline bagaikan ? Harini mesti batch aku banyak baca buku , tapi aku relax jerr pegi sekolah hadir kursus kempimpinan . Cuma aku , Nina and Teyra budak form 3 tadi . Cikgu wan , cikgu zambry semua tegur kami . HAHAHA.  Pastu cikgu wan cakap , ouhh hampa nak tambah ilmu . baguih baguih . hahaha. And aku rasa tak rugi aku pegi tadi . At least boleh hilangkan tension aku . Kedua-dua penceramah memang superb ! Walaupun tajuk pasal Pengucapan Awam and slot kedua Minit mesyuarat yang aku rasa boring tapi penceramah tu memang pandai buat kami semua tak boring . Asyik gelak jerr .

Ohh okay , memandangkan PMR tinggal 3 hari je lagi . Saya Yana Saniey ingin meminta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika  sekiranya saya ada buat salah atau entri saya terguris perasaan anda semua . Saya minta maaf sangat . Doakan saya boleh mengembirakan family terutamanya mak and ayah dan sekaligus dapat straight A's dalam PMR yang tak pernah saya alami sebelum ini dan ini PMR pertama dan terakhir saya .Saya  Harap anda semua sudi  maafkan saya dengan hati yang telus dan ikhlas . Sekian terima kasih .
^
|
|
latihan bahasa melayu kertas 2 ,

WISH ME LUCK GUYS , 
I LOVE YOUALL. 
DOAKAN :)