Friday, February 15, 2013

Raya Cina

Assalamualaikum .

Memandangkan Kaum Cina tengah raya Tahun Baru cina , Kita pun raya sekali lah . Hahaha . 
Nampa tak permainan dia ?

Setelah seminggu merehatkan dan membina badan di rumah akhirnya hari ahad yang penuh bersejarah ini dah kena pulang ke Hostel . Oh Tidak ! Rasa baru ja aku balik rumah . Tidurdengan penuh syahdu . Tetiba nak kena balik pi sana pulak . Sejujurnya , Homework aku tak siap lagi . Nampak sangat tahap kemalasan kan ? LK lah , fizik , kimia , Bm , sejarah . Petang ni baru nak buat lah kot :)


Kejadian Pertama .
Sempena cuti raya cina ni , kami pergi Bukit Bendera . Erhhh Bukit Bendera . Kalau nak diikutkan tiap tiap hari dari sekolah aku boleh nampak Bukit bendera dengan jelas sekali . Ya Jelas sekali . Tak sampai 10 minit pun dari Sekolah aku . Tapi haritu kami pergi ke Bukit Bendera untuk kesekalian kalinya .
Seawal 11 pagi kami dah terpacak dekat depan bukit Bendera tu . Ramai gila orang . Beratur nak beli tiket hampir sejam and beratur nak naik kereta api lagi .

 Masa tunggu kereta api .

Bila sampai dekat atas , terasa angin sepoi sepoi bahasa . Tapi sekarang ni dah tak sesejuk dululah kan . Sekarang ni teropong tu dah maju . Dulu kena masukan duit syiling RM1 . Tapi sekarang ni duit kertas dah . Wahh Tahniah tahniah . Tak menyusahkan orang nak tukar duit syiling . First teropong mestilah nak teropong sekolah dulu . Hahaha . 


Betullah cakap senior senior masa orientasi dulo , Duduk atas bukit Bendera boleh nampak sekolah kita . Tak guna teropng pun boleh nampak Bangunan yang bumbung pelik tuu . Hahahaaa
Kami duduk atas Bukit Bendera tu sampai pukul 3 petang . Nak turun bawah pun kena beratur dengan serombongan mamat mamat bangla . Herhhh . Sesak nafas eden tau . Memang berebut dengan depa ja . Seksanyaa tau ndakk . Sesampai dekat bawah , Still ramai manusia berpusu pusu nak naik Atas . 




Kejadian Kedua .

Lepas pergi kenduri , kami pergi Carefour . Dan kalau pergi Carefour tak sah kalau tak masuk Kedai Buku Hassani kan . Ehh mestilah , tu tempat wajib kami tau . Sampai tiap tiap minggu datang sini . Rasa malu jugak lah tapi kisah apa kan . HAHAHA. Lepas balik memborong apa yang patut , Perot pun terasa lah lapar . 
Selalunya kami selalu makan dekat area exit Sungai Dua tu . Tapi disebabkan cuti dan jalan tu memang Jammed , So kami pun pegi makan Mee udang sg Dua dekat Bawah Jambatan . Act tak lah bawah jambatan , Tepi jambatan sebenarnya , tapi orang dah selalu sebut macam tu .


Hanya mampu kata Sedap :)

Ahad yang memilukan :(

Byeeeee

Tuesday, February 12, 2013

Suasana Baharu .

Assalamualaikum .

Lama tak updateee blog yang usang lagi tua serta bangka ni .Dah tiga minggu Aku menjadi rakyat Teknik Tunku Abdul Rahman Putra a.k.a TI Penang. So minggu ni balik cuti chinese New Year . Cuti seminggu ayang . So bolehlah berlibur kejap dekat rumah yang terchenta ni :)
20080331223703_large
Wuhuuu . First Week aku dijangkiti penyakit Homesick . Nak balik rumah lha . Protes sana Protes sini . Nak Balik Guar Perahu Indah lha . Tapi bila difikirkan balik , tak sampai hati nak patah balik ke sekolah lama . Nak masuk sekolah tu memang banyak pakai duit . Dekat sana duit tu Umpana daun kering je . Masa Telefon mak tu pernah lha aku menangis . And lepas tu aku jadi malas nak call rumah . Tapi kalau jumpa face to face gelak pulak .

Dekat Hostel rasanya dah bolehlah sesuaikan diri . Cuma nak bangun pagi agak 'liat' ahhh . Pukul 5 dah bangun .  Tapi dekat sekolah tu , Errr , errrr . agak 'kureng' sikit lahhh . Sebabnya entahh , tak ada feel ahhh nak stay up dekat kelas tu . Ad jugak lha nak tukar kelas tapi bila difikirkan balik , kena buat surat then nanti cikgu mesti tanya kenapa nak pindah kelas tapi dalam course yang sama and nak bagi alasan yang munasabah . Padahal masalah kecik je pun . Haaaaaa ~

satu kebaikan duduk asrama ni ialahh Jeng jeng jeng <>
Penyakit mengonline 24 jam dah sembuh . Yeaaaa . Bila balik rumah , rasa macam malas nak online . Dulu setiap saat , minit nak berkepit dengan komputer , phone . Sekarang tengok komputer buat macam tak nampak jaa . Haaaaa. Balik rumah asyik Tidoo . Qada' Tidur lah katakan . Tidur dekat rumah syahdu gila kot . keburukan duduk asrama aku semakin malas nak buat homework . Rasa tak boleh nak buat homework . lahh . Jadual padat gila kot . mandi pun mandi kerbau . kadang kadang tu time malam baru nak terhegeh nak mandi . normal lahh kot . Hahahaha

Kawan ?
Setakat ni kawan kawan okay lahhh . Minggu kedua and ketiga ni baru kenal . Memang best kenal mereka semua . Sebelum masuk sekolah tu memang agak takut lah jugak takut tak dapat kawan kan . Kita ni bukan jenis 'huha huha' sangat . Kebanyakan luar penang lahh . Dari Kedah , perak , selangor . Dalam Kelas aku ramai budak perak . Haaaaaaa . So , jadi Satu Malaysia ! .

 :( Minggu depan balik lagi . Balik Naik Feri . Yeaaaayyyyyy :)


" berjumpa sahabat baru , sahabat lama jangan ditinggalkan "