Thursday, May 12, 2016

REVIEW : GOOD VIRTUES CO.

Assalamualaikum dan hai semua .

Hampir sebulan duduk rumah tanpa membuat apa-apa terasa amat bosan . Tapi Sabtu dan ahad mesti akan keluar dan tempat wajibnya adalah watsons . bisasalah window shopping je

Sebernarnya i dah jatuh hati dengan satu produk yang dianamakan Good Virtues Co.  Seriously kalau tengok siapa yang first time tengok produk ni mungkin akan jatuh cinta pandang pertama . Packaging Good Virtues Co. ni memang sangat menarik . Rasa macam nak beli je semua . Aku pun pada mulanya memang tertarik dengan packaging dia . nak pakai tak pakai belakang kira . Cewah . Tak menyesal i beli tau .
Harga 
Harga GVC ini sebenarnya tak adalah mahal sangat setaraf dengan garnier , silkygirl dan seangkatan dengannya . Nak review harga barangan GVC ni bolehlah ke laman web GOOD VIRTUES CO. Boleh tengok sendiri harganya dan untuk more details abaout this product . cara nak gunakan dan ingredients pun ada juga .


Produk Good Virtues Co. ini sememangnya halal dan boleh dikatakan semua produknya mengandungi Habatus sauda atau organic black seed oil . And the most important is no animal testing . It is organic product . GVC ini ada 3 jenis produk iaitu produk untuk rambut , muka dan badan . Memang best sangat sebab dari atas sampai bawah kita boleh gunakan produk ni . Tak semua kedai ada produk ni boleh didapati di watsons dan tak semua watsons ada jado memang kena pandai cari dan setengah tu kalau ada takkan ada yang lengkap . Tapi ada ja yang ada semua . Ni berdasarkan survey yang aku dan akak buat . Guardian tak ada rasanya . Tapi ikut tempat jugaklah . 


Sekarang ni aku gunakan this scrub memang best sebab facial scrub ni memang wangi rasa macam nak pakai tiap - tiap hari . Lepas guna scrub ni muka rasa lembut dan tak berminyak . Itu yang best sebab muka aku memang cepat berminyak . Memang terbaik . Tapi kalau nak effect yang lebih cantik kena gunalah Facial cleanser , cream day and night dia . Harga Facial scrub ni RM 12.90 . 


Ni produk yang kedua nak review . Anti-dandruff shampoo . Sumpah memang wangi dan sangat wangi ! itu je keterujaan yang boleh digambarkan . Lepas gunakakan shampoo ni ada bau yang sangat menyenangkan . Bau dia memang tahan lama . kena guna conditioner kalau tak dia kering sikit . Ikut rambut juga kan . tapi memang takkan menyesal beli shampoo ni . Dia ada pelbagai saiz . saiz dalam gambar ni saiz sederhana 300ml dan harga RM 12.90 . Ada lagi yang lebih besar 700ml kalau tak silap . 

So far memang sangat puas hati gunakan produk ini . memang sangat yakin gunakannya tanpa rasa was-was cewah . Rasa taknak berpaling produk yang lain ahah . Sekarang ni tengah try nak beli adik-adik yang lain tapi tak bekesempatan lagi . Dan the best one is produk ni produk made in malaysia . Its Local product tau dan tahun asasnya pada 2014 . Memang tak akan menyesal kalau beli . Nak cari memang kena cari dengan teliti tau .Memang kena cuba tahu di mana keistimewaannya .





Have a nice day 



UPDATE : SEPTEMBER 2020 . 
I still guna this product .I use Multiple Repair Hair Serum . Wangi dan serum ni akan buatkan rambut jadi lembut . Selalu apply lepas mandi . Dan sebelum sarung tudung i akan pakai sikit serum ni , bila buka tudung rambut jadi lembut sangat dan tak bau kepam  hehehe . Shampoo pun i still pakai but after apply rambut jadi kasar tapi jangan risau conditioner kan ada hahaha. Overall i sangat suka Good Virtues and co  ni .