Wednesday, February 26, 2025

2025


Assalamualaikum,

Lama betul menyepi dan hampir terlupa yang i ada blog. if you read this Hai Hello. Thank you for reading my blog. Dan harini terasa nak menulis, sound weird right? hahahaha.

Kurang dari 4 hari lagi dah nak masuk bulan ramadhan and i feel bless this year cause i akan berpuasa di rumah. That's the fact. Rindukan zaman study, sahur and buka puasa dekat hostel, sekarang takde dah semua tu. Oh yaa, i already grad two years ago hahaha. When i look up this blog, hati ni tersenyum sebab somehow i dah tak ingat that memory tapi tengok balik blog dia macam eh aku pernah buat rupanya, rasa sekejap sangat masa berlalu. Dari zaman sekolah menengah, zaman diploma & zaman degree. Itu semua kenangan kan hahahhaa.

This year, 2025 betul betul my rahsia tuhan. Tahun menjadi lebih matang dan dewasa. Sedar tak sedar umurku pun dah nak penhujung 20-an. Macam tak percaya woo, tapi tulaa jiwa remaja masih tersemat di dada. Jodoh pun tak sempat cari lagikk (ini paling tragis). Travel pun ngak habis lagi. Now i know, the meaning of forever 21 hahahahahha. So i still 21 lah kan ☺

Okay back on track,  I mean, mungkin tahun ni Allah nak i jadi orang yang better than before, reflect diri untuk jadi manusia dan anak yang lebih sabar dan lebih baik. I redha jika ini jalan yang terbaik yang Allah aturkan untuk i. Apa yang i belajar kali ni, if rasa sedih, rasa gusar atau rasa tiada pengharapan, berdoalah. Berdoa pada sang pencipta. Dan untuk hari hari yang mendatang ni, semoga Allah kurniakan rezeki yang berlipat ganda, rezeki pekerjaan yang i mampu utk lakukan, rezeki kesihatan yang baik. Dan semoga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat. And if you read this, i doakan semoga Allah sentiasa permudahkan urusan korang dalam segala hal. 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعاً، وَرِزْقاً طَيِّباً، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
“Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon padaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

Semoga ramadhan kali ni lebih istiqamah dari sebelum sebelumnya, semoga jadi lebih baik. Eee ngak sabar yaa nak terawih. moga tahun depan pun kita dapat jumpa ramadhan lagi. Dan lebih kurang sebulan lagi laa nak raya. Tahun ni raya awal keen. bulan 3 dah rayaa. Dah beli belum baju raya? sekarang senang kan buka phone pilih ajaa, bayar and settle tunggu depan pintu aja kan hehehehe.

Hope to see you again my blog. Selamat berpuasa & selamat hari raya. Bye jumpa lagi ❤


 

Sunday, September 12, 2021

Flying high

Hai Assalamualaikum everyone. Moga sihat hedakNya. Dah berbulan bulan niat nak menulis tapi apa kan daya tak sempat busy sangat. Bukan apa nak sangat tulis dalam blog ni, nanti bila baca balik I nanti teringat lah kan. Recall memories agituu.

Since kecik, i suka betul kapai terbang dengan kapai terbang(itu sebab header I letak sayap kapai kahaha) . Mungkin sebab flight ni kita jarang tengok tiap tiap hari macam kereta / motor kan. So, bila nampak flight ni jadi excited lah kiranya. Lepastu kembali normal bila duduk asrama and time dip busy jadi tak sempat nak catch up pasai flight. Lepas tengok documentary easyjet inside the cockpit dekat Nat geo tahun lepas, I jadi excited balik and kebetulan waktu tu flight selalu lalu dekat rumah hehehehe.

Jadi bermula lah episode sis berlari lari anak keluar rumah nak tengok and tangkap gambar kapai kahkah over kan. I started waktu flight China airlines hold dekat area rumah. Jadi geram tau nak tahu kenapa flight ni hold. Pastu I pun dengar lah live atc. Excited gila wei dapat dengar live atc, tapi first dengar memang tak paham jadi I start tulis sikit, belajar waypoint, instument approach, apa semua kahahhaha gigih nyah. And now dah boleh expect atc nak cakap apa. Simple basic je lah belajar .Tiber rasa macam eh cool jugak ehh kerja atc ni. 

              Hasil berlari lari anak. Dynasty 6851

Before ni penah la dengar pasal atc tapi tak tahu how they work & communicate tu . 2021 baru rasa cam cool betul kerja ni, nyesal weii tak apply waktu habis dip  dulu sobsob. Live atc yang I selalu dengar ni butterworth radar, ada jugak kadang2 dengar kinabalu tapi kinabalu ni kena pasang telinga lebih sebab campur dengan ground, tower, approach and departure & area radar so jadi pening. Before rasanya boleh dengar jugak untuk lain lain tapi sekarang dekat malaysia ada certain tempat ja boleh dengar . I recommend betul dengar wmkb sebab pronunciation atc memang jelas and faham gila apa yang depa cakap. Memang faham bagi I yang bukan datang dari aviation field sebabnya dekat sini boleh dengar satu suara atc ja maksudnya part ground atau tower tak dengar, so boleh focus untuk satu saja. Tapi kena pasang telinga lebih jugak kalau waktu hujan 😂. Tabik lahh atc. 
 
Waktu awal tahun boleh kata setiap hari I akan bukak live ni sbb mostly flight akan lalu untuk approach runway 22. Pastu dah runway 04(asal) in use teruih cam maleh nak dengar ahaha sedih nyah tak boleh tengok flight dah. Sekarang pun dengar jugak tapi cam sat2 ja. Tapi I akan wajib dengar kalau cuaca nak hujan & angin kuat. Aritu smpai dah boleh hafal dah flight apa akan lalu tau aaa rinduu.Tapi nasib flight depart dri penang mcam cathay ke, China airlines, Korean air confrim akan nampak jugak terubat jugak hati ni heheheh.  

                    Eva6005 approaching igben

Even tak lah nampak rendah macam kita tengok dekat Airport kan tapi yahh I love eeee it. 3000ft, 2000ft for me rendah lah jugak kan. Dapat teka flight apa pun syukur dah. Tengok kapai terbang ni kan rasa excited, happy and kagum. Kagum manusia boleh cipta & terbang kan muatan yang berat bertan tan gah di Angkasa gituww. Okay byee nak gi tengok cathay lalu sat hehehe. Jumpa lagi


Saturday, September 19, 2020

GRADUATION DAY !

Assalamualaikum and hi everyone

Sebenarnya dah lama nak abadikan this story dalam blog tapi tak sempat memandangkan i isss super busy jadi tak sempat lah i nak tulis . So since RM0 kena kuarantin disebabkan oleh COVID 19 i is ada masa lah kan nak menulis ni hahaha.

29 SEPTERMBER 2019 I AM OFFICIALLY GRADUTE !

Selepas 3 tahun berhempas pulas tak tidur malam dapat jugak sis naik atas pentas pakai jubah dan topi  ambil segulung diploma . So iam officially Diploma of civil engineering holder . Hahahaha tiber . Grad diploma je pun haahahaha . Thank you everyone yang selalu ada dengan saya sepanjang saya belajar di PTSB . Thank you kawan-kawan , housemate , classmate dan terutamanya nam , ummi jimah tasya yang selalu tolong tika dalam kesusahan . Thank you to ummi and min , finally we did it kita punya konkrit kulit kerang yang sampai sekarang i tak boleh lupa . Thank u mak ayah and family selalu bagi pitih dan selalu ambik i dekat kulim hahahaha . Dulu tiap minggu i akan balik tau .

So 29 haribulan tu i dapat sesi petang . Tak ingat sesi keberapa rasanya sesi ke 2 . Kecewa wehh bila dapat tahu dapat sesi petang . Sebab apa ? Sebab rushing . Yes pagi pun rushing tapi petang ni rushing nak solat zohor satu , habis majlis pukul 5 solat asar then tangkap gambar sikit halah letih tapi Alhamdulillah semuanya dah habis . So pagi tu pukul 12 we all dah checkout dari hotel then tunggu solat zohor pastu rushing kena beratur untuk perarakan masuk dewan . Dah masuk dewan tu fuhh nervous dia lain macam . Nak menangis , happy , sedih pun ada . Ya la terkenangkan moment dekat dewan ni . Banyak betul moment hahahhaa . Bila majlis dah start deborr nak naik pentas pulak . Dah naik pentas lupa dah step semua . Bila dapat gambar konvo hammmpeh hahhaha .

But walau apapun yang terjadi Alhamdulillah i dah grad diploma . And now focus for degree. Jujur dalam hati diploma lifee much fun than degree weii . Degree ni aku asyik nak tidoqq jaa hahhaha. For degree i tak mengharapkan untuk jadi cemerlang tapi doakan i boleh berjaya dan bawa pulang segulung ijazah .Doakan kite habis degree dengan jayanya. 


p/s: Draft 27 March  2020. September baru publish .Almost a year i graduate hahaha.




Thursday, June 27, 2019

New Journey

Hai Assalamualaikum my blog .


 Lama gila i tak update it's been one and half year kot . paling lama ni . Now 22 tahun dah i hehehe muda lagi . Selama setahun setengah ni banyak sangat yang dah berubah . Life is change man ! Alhamdulillah i dah habis diploma . Tapi lama benor nak tunggu Convocation ni . Back to the previous post sebelum ni i ada suruh doakan i cepat dapat tempat praktikal kan . The answer is i got after and the journey sepanjang praktikal tu sangatlah dipermudahkan . I was so blessed .

After i habis praktikal Allah beri i  satu peluang dan rezeki yang sangat bermakna dalam sepanjang hidup ni . I dapat sambung kerja dekat tempat i intern and once again i was so blessed . First work kot. Banyak sangat belajar dekat situ starting from zero . Jujur cakap i was so enjoy working there and soo happy sampai taktau nak habaq lagumana hehehe .

I was so enjoy sampailah i dapat offer sambung study dekat tempat yang i idamkan selama ni dan course yang paling i idamkan . Sekali lagi Allah Maha pemurah lagi Maha mengasihani beri lagi peluang pada i yang kerdil ni . Dan waktu ni sangatlah buntu nak pilih yang mana . OHhh man hahahaa . Darah muda genggg . I cried and I buat keputusan untuk tolak tawaran tu . Tulis ni pun rasa nak menangis lagi tau . Sebenarnya i redha dan yakin setiap apa yang berlaku ni pasti ada hikmah-Nya . Biarlah jadi rahsia dan kenangan kenapa tawaran tu ditolak hehehehe . Dan awal tahun pun Allah beri lagi kebahagian buat diri ini satu lagi peluang yang tak ternilai . Terima Kasih Ya Allah .

2018. Setahun berlalu apapun i redha sangat sampai sekarang i masih cakap pada diri ni kena redha apa yang dah terjadi .So kesimpulannya jadi dewasa ni sangatlah susah . U have to make your own decision . Jaga hati semua orang . Belajar untuk perbaiki kesilapan diri ubah diri ke arah kenaikan dan yang paling penting dekatkan diri pada sang pencipta . Dan satu lagi apa yang dilalui jadikan sebagai pengajaran . Ingat seburuk dan sejahat mana keluarga kita takkan mampu sama sebaik baik orang luar yang mengasih kita . hmm nak menangis lagi Boleh tak kite nak jadi budak budak balik hahahahaha . Doakan kite dapat sambung belajar balik yeee .

Thursday, November 23, 2017

In Memories


Alhamdulillah 5 semester sudah pun berlalu . Sat ja masa berlalu . Macam tak percaya pon ada dapat jugak habiskan pengajian 5 semester ni . Tinggal lagi 1 semester untuk Intern . Seronok kemain macam dah habis 3 tahun kan . Mohon and izinkan saya untuk meraikan kejayaan yang tak seberapa ni ya hehehheh . Makasih ayah mak kakak abang abang iolss yang selalu tolong amik dan hantaq iolss sepanjang iols di Kulim ni Daoakn  Allah permudahkan urusan praktikal saya minggu depan ya .

memories, photo, and summer image

Sepanjang 2 tahun setengah duduk Kulim banyak sangat kenangan . Yang pastinya akan merindui kedai kedai makan dekat sana . Sedap wei tak tau nak habaq . Tomyam , nasi ayam penyet , makcik bungkuih . Tak boleh lupa sekali adalah Giant . Nanti iols gi Giant tu mesti akan ingat kawan kawan semua . ini jugak iols first time main bowling . Dulu dulu pi Kulim sebab nak beli baju raya . Sebab tu ja tau .

Semestinya akan merindui kawan kawan gue , classmates gue semualah , Housemate .  Since sem 1 until now . How time flies . To Ummi Marliana , Amira Mansor , Aziemah Rahman , Natasha Athirah , Syakila Ahmad kalau hampa bacakan iolss nak ucapkan terima kasih sudi tolongin saya tika saya dalam kesusahan , tolong ajarkan kalau iolss tak faham semualah. im sorry for the wrong things that i've done to u all  walaupun aku ni suka bluetick hampa tapi ite nak awak ite akan selalu merindui and ingat dekat awak awak hahahahh . Jangan sedih kalau dibluetickan . Tu sebabnya aku dah tak dak idea nak balas apa . hahahah . Kenangan kita akan tersimpan erat dalam memori iolss gitewwww . Thank you jugak hosmet . masa mulanya ya aku segan gila tapi masa last ni dah kurang segan hehehh. Akaan dirindui weh tak lupa semua kenangan seram seram .

Good Luck semua untuk kehidupan yang akan datang . real life dah nak start dah . Perjalanan masih jauh . Kita taktau jodoh & kematian yg akan jemput kita dulu . Kalau kahwin jangan lupa jemput nahh . Nak makan banyak banyak hihiihii