Wednesday, February 26, 2025

2025


Assalamualaikum,

Lama betul menyepi dan hampir terlupa yang i ada blog. if you read this Hai Hello. Thank you for reading my blog. Dan harini terasa nak menulis, sound weird right? hahahaha.

Kurang dari 4 hari lagi dah nak masuk bulan ramadhan and i feel bless this year cause i akan berpuasa di rumah. That's the fact. Rindukan zaman study, sahur and buka puasa dekat hostel, sekarang takde dah semua tu. Oh yaa, i already grad two years ago hahaha. When i look up this blog, hati ni tersenyum sebab somehow i dah tak ingat that memory tapi tengok balik blog dia macam eh aku pernah buat rupanya, rasa sekejap sangat masa berlalu. Dari zaman sekolah menengah, zaman diploma & zaman degree. Itu semua kenangan kan hahahhaa.

This year, 2025 betul betul my rahsia tuhan. Tahun menjadi lebih matang dan dewasa. Sedar tak sedar umurku pun dah nak penhujung 20-an. Macam tak percaya woo, tapi tulaa jiwa remaja masih tersemat di dada. Jodoh pun tak sempat cari lagikk (ini paling tragis). Travel pun ngak habis lagi. Now i know, the meaning of forever 21 hahahahahha. So i still 21 lah kan ☺

Okay back on track,  I mean, mungkin tahun ni Allah nak i jadi orang yang better than before, reflect diri untuk jadi manusia dan anak yang lebih sabar dan lebih baik. I redha jika ini jalan yang terbaik yang Allah aturkan untuk i. Apa yang i belajar kali ni, if rasa sedih, rasa gusar atau rasa tiada pengharapan, berdoalah. Berdoa pada sang pencipta. Dan untuk hari hari yang mendatang ni, semoga Allah kurniakan rezeki yang berlipat ganda, rezeki pekerjaan yang i mampu utk lakukan, rezeki kesihatan yang baik. Dan semoga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat. And if you read this, i doakan semoga Allah sentiasa permudahkan urusan korang dalam segala hal. 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعاً، وَرِزْقاً طَيِّباً، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
“Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon padaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

Semoga ramadhan kali ni lebih istiqamah dari sebelum sebelumnya, semoga jadi lebih baik. Eee ngak sabar yaa nak terawih. moga tahun depan pun kita dapat jumpa ramadhan lagi. Dan lebih kurang sebulan lagi laa nak raya. Tahun ni raya awal keen. bulan 3 dah rayaa. Dah beli belum baju raya? sekarang senang kan buka phone pilih ajaa, bayar and settle tunggu depan pintu aja kan hehehehe.

Hope to see you again my blog. Selamat berpuasa & selamat hari raya. Bye jumpa lagi ❤


 

Sunday, September 12, 2021

Flying high

Hai Assalamualaikum everyone. Moga sihat hedakNya. Dah berbulan bulan niat nak menulis tapi apa kan daya tak sempat busy sangat. Bukan apa nak sangat tulis dalam blog ni, nanti bila baca balik I nanti teringat lah kan. Recall memories agituu.

Since kecik, i suka betul kapai terbang dengan kapai terbang(itu sebab header I letak sayap kapai kahaha) . Mungkin sebab flight ni kita jarang tengok tiap tiap hari macam kereta / motor kan. So, bila nampak flight ni jadi excited lah kiranya. Lepastu kembali normal bila duduk asrama and time dip busy jadi tak sempat nak catch up pasai flight. Lepas tengok documentary easyjet inside the cockpit dekat Nat geo tahun lepas, I jadi excited balik and kebetulan waktu tu flight selalu lalu dekat rumah hehehehe.

Jadi bermula lah episode sis berlari lari anak keluar rumah nak tengok and tangkap gambar kapai kahkah over kan. I started waktu flight China airlines hold dekat area rumah. Jadi geram tau nak tahu kenapa flight ni hold. Pastu I pun dengar lah live atc. Excited gila wei dapat dengar live atc, tapi first dengar memang tak paham jadi I start tulis sikit, belajar waypoint, instument approach, apa semua kahahhaha gigih nyah. And now dah boleh expect atc nak cakap apa. Simple basic je lah belajar .Tiber rasa macam eh cool jugak ehh kerja atc ni. 

              Hasil berlari lari anak. Dynasty 6851

Before ni penah la dengar pasal atc tapi tak tahu how they work & communicate tu . 2021 baru rasa cam cool betul kerja ni, nyesal weii tak apply waktu habis dip  dulu sobsob. Live atc yang I selalu dengar ni butterworth radar, ada jugak kadang2 dengar kinabalu tapi kinabalu ni kena pasang telinga lebih sebab campur dengan ground, tower, approach and departure & area radar so jadi pening. Before rasanya boleh dengar jugak untuk lain lain tapi sekarang dekat malaysia ada certain tempat ja boleh dengar . I recommend betul dengar wmkb sebab pronunciation atc memang jelas and faham gila apa yang depa cakap. Memang faham bagi I yang bukan datang dari aviation field sebabnya dekat sini boleh dengar satu suara atc ja maksudnya part ground atau tower tak dengar, so boleh focus untuk satu saja. Tapi kena pasang telinga lebih jugak kalau waktu hujan 😂. Tabik lahh atc. 
 
Waktu awal tahun boleh kata setiap hari I akan bukak live ni sbb mostly flight akan lalu untuk approach runway 22. Pastu dah runway 04(asal) in use teruih cam maleh nak dengar ahaha sedih nyah tak boleh tengok flight dah. Sekarang pun dengar jugak tapi cam sat2 ja. Tapi I akan wajib dengar kalau cuaca nak hujan & angin kuat. Aritu smpai dah boleh hafal dah flight apa akan lalu tau aaa rinduu.Tapi nasib flight depart dri penang mcam cathay ke, China airlines, Korean air confrim akan nampak jugak terubat jugak hati ni heheheh.  

                    Eva6005 approaching igben

Even tak lah nampak rendah macam kita tengok dekat Airport kan tapi yahh I love eeee it. 3000ft, 2000ft for me rendah lah jugak kan. Dapat teka flight apa pun syukur dah. Tengok kapai terbang ni kan rasa excited, happy and kagum. Kagum manusia boleh cipta & terbang kan muatan yang berat bertan tan gah di Angkasa gituww. Okay byee nak gi tengok cathay lalu sat hehehe. Jumpa lagi


Saturday, September 19, 2020

GRADUATION DAY !

Assalamualaikum and hi everyone

Sebenarnya dah lama nak abadikan this story dalam blog tapi tak sempat memandangkan i isss super busy jadi tak sempat lah i nak tulis . So since RM0 kena kuarantin disebabkan oleh COVID 19 i is ada masa lah kan nak menulis ni hahaha.

29 SEPTERMBER 2019 I AM OFFICIALLY GRADUTE !

Selepas 3 tahun berhempas pulas tak tidur malam dapat jugak sis naik atas pentas pakai jubah dan topi  ambil segulung diploma . So iam officially Diploma of civil engineering holder . Hahahaha tiber . Grad diploma je pun haahahaha . Thank you everyone yang selalu ada dengan saya sepanjang saya belajar di PTSB . Thank you kawan-kawan , housemate , classmate dan terutamanya nam , ummi jimah tasya yang selalu tolong tika dalam kesusahan . Thank you to ummi and min , finally we did it kita punya konkrit kulit kerang yang sampai sekarang i tak boleh lupa . Thank u mak ayah and family selalu bagi pitih dan selalu ambik i dekat kulim hahahaha . Dulu tiap minggu i akan balik tau .

So 29 haribulan tu i dapat sesi petang . Tak ingat sesi keberapa rasanya sesi ke 2 . Kecewa wehh bila dapat tahu dapat sesi petang . Sebab apa ? Sebab rushing . Yes pagi pun rushing tapi petang ni rushing nak solat zohor satu , habis majlis pukul 5 solat asar then tangkap gambar sikit halah letih tapi Alhamdulillah semuanya dah habis . So pagi tu pukul 12 we all dah checkout dari hotel then tunggu solat zohor pastu rushing kena beratur untuk perarakan masuk dewan . Dah masuk dewan tu fuhh nervous dia lain macam . Nak menangis , happy , sedih pun ada . Ya la terkenangkan moment dekat dewan ni . Banyak betul moment hahahhaa . Bila majlis dah start deborr nak naik pentas pulak . Dah naik pentas lupa dah step semua . Bila dapat gambar konvo hammmpeh hahhaha .

But walau apapun yang terjadi Alhamdulillah i dah grad diploma . And now focus for degree. Jujur dalam hati diploma lifee much fun than degree weii . Degree ni aku asyik nak tidoqq jaa hahhaha. For degree i tak mengharapkan untuk jadi cemerlang tapi doakan i boleh berjaya dan bawa pulang segulung ijazah .Doakan kite habis degree dengan jayanya. 


p/s: Draft 27 March  2020. September baru publish .Almost a year i graduate hahaha.




Thursday, June 27, 2019

New Journey

Hai Assalamualaikum my blog .


 Lama gila i tak update it's been one and half year kot . paling lama ni . Now 22 tahun dah i hehehe muda lagi . Selama setahun setengah ni banyak sangat yang dah berubah . Life is change man ! Alhamdulillah i dah habis diploma . Tapi lama benor nak tunggu Convocation ni . Back to the previous post sebelum ni i ada suruh doakan i cepat dapat tempat praktikal kan . The answer is i got after and the journey sepanjang praktikal tu sangatlah dipermudahkan . I was so blessed .

After i habis praktikal Allah beri i  satu peluang dan rezeki yang sangat bermakna dalam sepanjang hidup ni . I dapat sambung kerja dekat tempat i intern and once again i was so blessed . First work kot. Banyak sangat belajar dekat situ starting from zero . Jujur cakap i was so enjoy working there and soo happy sampai taktau nak habaq lagumana hehehe .

I was so enjoy sampailah i dapat offer sambung study dekat tempat yang i idamkan selama ni dan course yang paling i idamkan . Sekali lagi Allah Maha pemurah lagi Maha mengasihani beri lagi peluang pada i yang kerdil ni . Dan waktu ni sangatlah buntu nak pilih yang mana . OHhh man hahahaa . Darah muda genggg . I cried and I buat keputusan untuk tolak tawaran tu . Tulis ni pun rasa nak menangis lagi tau . Sebenarnya i redha dan yakin setiap apa yang berlaku ni pasti ada hikmah-Nya . Biarlah jadi rahsia dan kenangan kenapa tawaran tu ditolak hehehehe . Dan awal tahun pun Allah beri lagi kebahagian buat diri ini satu lagi peluang yang tak ternilai . Terima Kasih Ya Allah .

2018. Setahun berlalu apapun i redha sangat sampai sekarang i masih cakap pada diri ni kena redha apa yang dah terjadi .So kesimpulannya jadi dewasa ni sangatlah susah . U have to make your own decision . Jaga hati semua orang . Belajar untuk perbaiki kesilapan diri ubah diri ke arah kenaikan dan yang paling penting dekatkan diri pada sang pencipta . Dan satu lagi apa yang dilalui jadikan sebagai pengajaran . Ingat seburuk dan sejahat mana keluarga kita takkan mampu sama sebaik baik orang luar yang mengasih kita . hmm nak menangis lagi Boleh tak kite nak jadi budak budak balik hahahahaha . Doakan kite dapat sambung belajar balik yeee .

Thursday, November 23, 2017

In Memories


Alhamdulillah 5 semester sudah pun berlalu . Sat ja masa berlalu . Macam tak percaya pon ada dapat jugak habiskan pengajian 5 semester ni . Tinggal lagi 1 semester untuk Intern . Seronok kemain macam dah habis 3 tahun kan . Mohon and izinkan saya untuk meraikan kejayaan yang tak seberapa ni ya hehehheh . Makasih ayah mak kakak abang abang iolss yang selalu tolong amik dan hantaq iolss sepanjang iols di Kulim ni Daoakn  Allah permudahkan urusan praktikal saya minggu depan ya .

memories, photo, and summer image

Sepanjang 2 tahun setengah duduk Kulim banyak sangat kenangan . Yang pastinya akan merindui kedai kedai makan dekat sana . Sedap wei tak tau nak habaq . Tomyam , nasi ayam penyet , makcik bungkuih . Tak boleh lupa sekali adalah Giant . Nanti iols gi Giant tu mesti akan ingat kawan kawan semua . ini jugak iols first time main bowling . Dulu dulu pi Kulim sebab nak beli baju raya . Sebab tu ja tau .

Semestinya akan merindui kawan kawan gue , classmates gue semualah , Housemate .  Since sem 1 until now . How time flies . To Ummi Marliana , Amira Mansor , Aziemah Rahman , Natasha Athirah , Syakila Ahmad kalau hampa bacakan iolss nak ucapkan terima kasih sudi tolongin saya tika saya dalam kesusahan , tolong ajarkan kalau iolss tak faham semualah. im sorry for the wrong things that i've done to u all  walaupun aku ni suka bluetick hampa tapi ite nak awak ite akan selalu merindui and ingat dekat awak awak hahahahh . Jangan sedih kalau dibluetickan . Tu sebabnya aku dah tak dak idea nak balas apa . hahahah . Kenangan kita akan tersimpan erat dalam memori iolss gitewwww . Thank you jugak hosmet . masa mulanya ya aku segan gila tapi masa last ni dah kurang segan hehehh. Akaan dirindui weh tak lupa semua kenangan seram seram .

Good Luck semua untuk kehidupan yang akan datang . real life dah nak start dah . Perjalanan masih jauh . Kita taktau jodoh & kematian yg akan jemput kita dulu . Kalau kahwin jangan lupa jemput nahh . Nak makan banyak banyak hihiihii






Monday, September 11, 2017

Feels


Assalamualaikum dan Hai


Harini iolss dah niat nak update blog . cause i miss this so much . So kena tulis lah jugak sebab esok cuti . Alhamdulillah iolss dah pun melepasi hari hari yang kemurungan tiap tiap hari pi kelas macam burung hantu but its work it . iolss dah lepas present fyp . Walaupun kena lah jugak dengan panel tu but its okay and im okay . okay lah sangat kan .

I have 6 or 5 weeks left before i finished my studies here . Kalau tak sangkut dengan apa apa subjek apa lah . Doakan na  hahahh . Pejam celik pejam celik dah tiga tahun duduk kulim hikss . 3 tahun ulang alik kulim ni . Dah nak habis . Nanti dah habis mulahlah rindu semua kann .

Sejak sejak sea game ni memang his name asyik jadi sebutan ja kan . uolss mesti dah tahu kan . Start he's back to his island and gi sotogrande iolss dah agak confirm dia join sea games kan and yeah  one week before he arrived here, nama dah keluar pun dekat media . so suprised ! Okay je nak suka dia but i think tak payah la gaduh pasal dia okay hahaha .  dekat instagram dia pulak tu . Gaduh nanti lagi kang dia tutup insta tu ha habis semua meroyan pulak kan .But sekarang ni dia nampak more matured dari dulu and boleh semua gambar masa Hari keputeraan baru baru ni he smile tau . Ada ja tanya kenapa minat sangat dekat dia . erm biasa ja minat tu but he's personality yang tertarik tu . Dia macam  tak mensia siakan hidup dia and  the only Son yang ikut jejak his father . Iolsss tak sabar nak tengok dia kahwin tau . Gudluck U ahahahahaha

Doakan iolss dapat tempat praktikal cepat

p/s : spotify u dah banyak follower nampak haahha gudluck u  . Doesnt likes song ker . Dari matamu tu apa tu ? heheehhh

Saturday, June 3, 2017

Turning 20 !


Assalamualaikum 

Alhamdulilah dah masuk 8 ramadhan and one week left before i starting  my new semester . sedihnya nak tinggalkan rumah . 2 bulan rasa sat ja . Nak pi jalan jalan pun tak kesampaian lagi tau sobs sobs . betul lah orang kata tak semestinya kita rancang tu akan jadi kan . Yang last minit tu selalusnya akan menjadi . iolls tak sedia lagi wei nak hidup as student lagi . Tambah semester ni iolss bakal menempuhi fyp . 





Today Alhamdulillah Allah panjangkan umur iolss lagi . so yaa today im turning 20 ! Today is my birthday . Thank you Allah for giving me another chance to be here . Semoga tahun depan umur panjang umur boleh sambut lagi . Selalunya my birthday akan sambut dekat rumah ja kiranya tak pernah lagi sambut dekat sekolah or poli sebabnya 3 Jun akan cuti sekolah and semester so chill . Cuma iolss pernah sambut my birthday jauh masa 12 tahun dekat Johor and 16 dekat kajang . Dua duanya sebab softball . Sebab tu iollss sangat sayangkan softball wei . kenangan terindah kot sekarang pun teringat lagi tau .

                                       

Sempena yang ke 20 tahun ni , iolls tak mintak banyak pun hanya nak wish boleh jumpa my old friend jee . Asyik teringat ja kan tapi susah sangat nak jumpa . Duduk dekat ja kan nak jumpa pun hahah. And one more harapanku satu lagi orang yang jauh disana wish my birthday today walaupun ianya takkan jadi kenyataan . 

Okay Doakan semoga iolls menjadi anak yang mendengar kata ya , cool je sentiasa ahhahah *only mak ayah kakak abang abang knowsss me well .  Mak & Ayah thank you for bringing me to this world . Dan doakan iolss habiskan study yang berbaki sisa setahun lagi okay .

pasepa wei spotify ni takda chat . kalau ada kan senang sikit aahahah


p/s : missing you dear ! 

Wednesday, May 3, 2017

Diary ?

Assalamualaikum dan hai




Today my result for semester 4 came out . Bagi aku membanggakan la jugak walaupun tak la anugerah ketua jabatan (Deanlist) Tapi apapun bersyukur sangat sebab i was unexpected pun dapat banyak tu Alhamdulillah . Tak sia-sia aku gi kelas BI dengan make up bagai . Thank you my friend yang sudi make up kan i . Terharu giteww . Ala kasi chance la nak kongsi kat sini hihi . Bukan apa untuk masa depan juga heheh.

Latetly ni aku kerap sangat jadi pelupa . Lupa kisah kisah lama . Macam la banyak sangat kisahnye kan . Tak ada la banyak sangat baru 19 tahun 11 bulan hidup . So baru-baru ni sementara habiskan cuti semester yang sangat membosankan lagi membebankan ini , aku terjumpa buku-buku lama yang masih disimpan rapi di tempat asalnya gitewww . Actually that was my diary when i was in form 1 and 2 . Aku pun tak sangka yang aku ada buku catatan cam giteww tau hahaa . I read up again and ehh betul ka ni aku yang dulu . Lawak pun ada , gedik pun ada dan tak percaya aku buat semua tu . Sama jugak bila aku baca apa yang aku tulis masa duduk asrama dulu .Boleh katakan setiap hari ada catatan tau . Jangan memain tau ! Full of tears , love and macam-macam lagi . Itu tak termasuk dalam blog lagi hahaha ,

So the conclusion is sepanjang riwayat aku , aku sangat suka menulis tentang kehidupan aku walaupun hakikatnya eee apeni orang tu ada diary overnya , apala si markonah tu bawak nota ketinggalannya . Betullah kata orang bila satu jari kita tunjuk orang , 4 bertadah dekat kita balik kan . But i'm very happy bila baca balik dan ingat semua kenangan yang pernah hadir dalam hidup aku .

Bila lupa ya just read that !




Thursday, December 8, 2016

Menara Condong Teluk Intan

Assalamualaikum dan hai .


credit by Hasifi Sani


Baru-baru ni i ikut kakak gi kenduri dekat Teluk Intan . So kami bertolak dari rumah pukul 9.00 pagi sampai Teluk Intan dah nak pukul 12.30 tengah hari . Sampai ja terus gi kenduri dekat Sungai Manik 

First time gi kenduri ada acara pertandingan . Meriah gila wei siap ada majlis penyampaian hadiah lagi . Dan paling best sepanjang gi kenduri ni adalah makanan ! Disebabkan tuan rumah ni keturunan banjar so depa sediakan masakan orang banjar which is Wadai kiping . Dah berapa kali sebut pun still tak ingat . Bubur tu sedap sangat sangat . Time i tulis ni pun dok teringat teringat lagi . 


Atas menara condong sebelun hujan lebat bat bat


Dah lepas gi kenduri and solat  weolss terus ke Pekan Teluk Intan . First time datang sini . Cari parking punya parking akhirnya dapat jugak . 

Okay Menara Condong ni lebih kurang menara pisa Itali . Menara ini dibina tahun 1885 lama kan . Sampai sekarang alhamdulillah masih kukuh lagi . Menara ini sebenarnya takungan air tapi sekarang tak digunakan lagi . Selalunya kalau dah sampai sini mesti orang akan tanya kenapa menara ni boleh condong ? Menara ni condong sebab struktur tanah menara ni lembut dan tambah pulak dengan beban tangki air yang tampung air jadikan menara ni condong ke arah barat laut . Nah ni gambar masa gi sana . 



Warisan Kebangsaan !



Nampak duit syiling n kertas dalam tu . 



Eh ? Posing jap


Potrait Menara condong


Suka sangat tapi masa weolss dalam menara tu hujan lebat turun so kami diarahkan untuk turun dari menaraa dan  tu duduk kat bawah je la . lepas hujan turun sikit kami pun amik keputusan untuk balik sebabnya esok tu i ada kelas pukul 8 pagi dahla first class pulak . InsyaAllah kalau ada rezeki nak sampai sana lagi .

Saturday, November 12, 2016

Rindu

Hai Assalamualaikum .

Rindu ? Ya rindu . 

Rindu ni bukan maksudnya hanya satu rindu saja , rindu ni boleh dikelasifikasikan banyak maksud . Wei apa yang aku tulis ni wei . hahaaha . Tak kiralah rindu ni dikelas kelas tapi rindu aku ni rindu yang sangat rindu . Mood kelaut . Feeling sat .

Apeni ?


Rindu wei sapa tak pernah rasa rindu dalam hati ni kan . Tapi Ego ni selalu jadi penghalang kan . i dont know about my own feeling . Bila kita semakin jauh rindu tu semakin membara . Amboi ayat . Iya la bila dah dekat tak rindu pulak . Apa apalah . 

Sebenarnya aku pun apa tujuan aku tulis ini semua . Tapi ianya sekadar luahan perasaan . Tak pernah tau i luah kat sini . Tapi bila aku baca balik semua entry aku dekat blog ni ya aku rindu semua . I miss everything . Aku rasa dulu akulah perempuan yang gembira walaupun sifat pendiam tu memang ada . Orang yang dekat dengan aku dulu selalu gelak tawa , share masalah , share story gila-gila  semakin hilang and lama gila tak contact . sampaikan ada yang aku dah terhilangkan number phone . Jujurkan aku ?  

 To awak semua saya nak awak awak tahu ya saya sedang rindukan awak semua .

Ini hanya sekadar luahan seketika sahaja . tidak berkait yang hidup mahupun yang sudah tiada .

p/s : rindu awak juga hahahahaha bila nak macam dulu hahahah


Wednesday, November 9, 2016

New Look !

 Assalamualaikum and hello everyone .

Akhirnya berjaya jugak tukarkan dari blogskin ke template biasa . Sebenarnya dah lama nak tukar sebab blogskin ni leceh sikit asal nak letak  macam macam pun susah kan . So tukar kepada yang asal ni senang lah sikit . Tapi berjasa jugak blogskin tu sebab dah lama pakai dah berapa tahun tak tukar . Tapi harini tiba tiba mood rajin sikit try buat header baru then terus nak tukar template Tapi tak jauh beza pun tukar mana yang perlu ja and kali ni dia punya lain tu tak lah lain sangat tapi more matured than before la . heheheehe
                                                                 


Template lama tapi baru tukar header 

 Sebenarnya aku terajin sangat ni sebabnya cuti semester baru je start . Nak hilangkan stress final punya pasal maka inilah jadinya . Daripada tak buat apa kan . And next sem insyaAllah i dah semester 4 . Sat ja masa berlalu . So ada lagi 2 sem and 1 sem untuk LI . Itupun kalau tak ada repeat . Harap sangat tak ada . tapi tengok exam final yang lepas pun takut sangat wei nak tengok result . Tapi dah buat yang terbaik kan so apapun kenalah terima hakikatnya . Doakan aku okay mohon okay okay semuanya .

Friday, August 12, 2016

Hiking Gunung Brinchang

Assalamualaikum dan salam jumaat .

Okay hari ni genap seminggu i pergi Cameron Highlands . Tak pernah bosan pergi sana sebab dulu masa kecik-kecik teringin sangat nak pi kan . sekarang Alhamdulillah rezeki ke cameron Highlands tak pernah putus hehehh . bunyik nya macam tiap hari dapat pi hahahaha .




Kali ni i mai sini ikut bawah Kelab Audio Visual dan misi kami hanya satu cewah nak menggapai Gunung Brinchang . Sebenarnya semua ni dah rancang lama tapi disebabkan bas tak confrim so weolss sangatlah relax sebab rasa macam tak peluang nakpi tapi tiba tiba lecturer cakap confrim pulak memang kelam kabut prepare barang kan . So kami bertolak hari jumaat dan sabtu nak naik puncak gunung brinchang dah .Hari jumaat tu ke Mardi dan Ladang Teh Cameron Valley dan malam tu acara barbeque .

Hari sabtu awal awal lagi dah siap lepastu sarapan . Dan disebabkan bas kami tayar pancit jadinya hanya ada satu bas saja yang bergerak kiranya terbantut sikit la perjalan ke kaki Brinchang . Bagi sesiapa yang nak naik Brinchang dan Irau kena ada permit tau bukan main saja saja redah je ya . Kena apply dekat Pejabat Perhutanan Daerah Raub dan Cameron Highlands . Untuk mendaki Gunung Brinchang sebenarnya tak jauh pun dengan pasar malam Brinchang hanya bersebelahan dengan deretan bangunan lama bangunan kuartes polis kalau tak silap ada lorong kecil tu .

Track laluan memang mencabar . Sepanjang hidup pi hiking kali ni lah rasanya macam tak sanggup nak hiking dah sebab laluan 1 jam pertama sangatlah memenatkan . Tenaga kaki digunakan 100 % . Actually kami mula mendaki lebih kurang 9.15 dah sampai pukul 12 . Bila dah sampai fasa yang kedua kira stamina kita dah boleh adapt dengan persekitaran hahahaa . You know masa awal tu aku memang tak boleh breath properly bunyi nafas memang taktau nak cakap lah , nak tarik nafas memang rasa sakit & tersekat . Tapi bila dah fasa kedua tu kira alhamdulillah boleh kawal nafas tu boleh daki ikut mana yang mampu .


Bila dah masuk fasa ketiga ni diuji dengan track jalan yang mencacak memang kena guna tangan nak panjat . Tanah lembik dan masa nak turun tu lagilah lembik . Penat memang penat tapi penat tu akan hilang bila kita nampak kabus kabus depan mata kita Ya Allah hanya Dia saja yang tahu macam mana perasaan best sangat mai dan bila orang depan cakap Yeeay dah sampai . Syukur Alhamdulillah sampai jugak akhirnya .


Ini track Irau tapi lebih kurang sama 

2 jam duduk di atas puncak masa untuk turun . Kiranya masa tu hilang sikit rasa takut dari masa nak mendaki tadi . 1 jam lebih dah sampai bawah dan perasaan bangga dengan diri sendiri sebab dapat tawan Gunung Brinchang dan lega sebab semuanya dah habis . Masa turun tu 4 petang dan orang pun ramai memenuhi pekan Brinchang dan peliksebab baju belemuih kotoq . Masa turun tu baru rasa kaki sakit semua sakit hahaha .

Fadh Ateen Umi


Mulut memang cakap takmau pi dah tapi hati Ya Allah bagilah nikmat ini sekali kali . Memang cantik daun dan pokok sangat mysterious lumut sangat cantik .

Saturday, June 18, 2016

JOM JOIN Giveaway Kad Raya Syeeda Saniey

ASSALAMUALAIKUM SALAM RAMADHAN AL - MUBARAK .

JOM JOIN GIVEAWAY KAD RAYA BY SYEEDA SANIEY . 

Dengan kad raya kita boleh mengimbau kenangan zaman kad kad raya kan . Sekarang ni laman sosial dan media sudah mendahului jadinya zaman berutus surat dan penghantaraan kad raya pun semakin dilupakan . Untuk menaikkan dan mengimbau kenangan lama jom dan jemput join GIVEAWAY KAD RAYA BY SYEEDA SANIEY .  

KLIK BANNER UNTUK JOIN
ASSALAMUALAIKUM


Seperti kebiasaannya dulu-dulu pakat hantar kad raya. Punya excited bila dapat kad raya. Pastu kumpul banyak-banyak & gantung kat ruang tamu. Sekarang ni fungsi kad raya dah kian tenggelam dek adanya teknologi serba canggih. Jadi dengan buat giveaway kad raya nie harapnya dapat kembalikan nostalgia kad raya. Rindu bangett!
Syeeda nak bagi kad raya kepada 20 orang bertuah. Bolehlah buat koleksi kad raya. 




SYARAT-SYARATNYA :
  • Blogger Malaysia
  • Buat satu entry bertajuk 'Giveaway Kad Raya Syeeda Saniey'
  • Dalam entry tersebut, letakkan banner di atas dan link kan ke entry ini.
  • Tinggalkan URL entry di ruangan komen entry ini.


Syarat yang sangat simple kan? Harapnya mendapat sambutan sebab Syeeda pun dah lama tak menulis. Memanjang letak alasan 'malas' la tu kan..haha  
Jom la ramai-ramai join na.


Friday, June 17, 2016

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016

Assalamualaikum dan salam Ramdhan .

Nampaknya ramdhan kali ini memang meriah dengan giveaway dan sebagainya . Tapi belum rezeki nak dapat hadiah lagi hahaha . Okay Nile.com ni selalu juga terjah sebab tengok baju dan beg serta kasut yang sangat best . Harga dekat Nile ni jauh lebih murah berbanding shopping online yang lain . Sangat berpatutan tau . Memang best sangat kalau tengok dekat nile ni . Rasa nak beli semua je hahaha .


Klik Banner untuk join ya 




5 items daripada "Jualan Raya Meletop 2016" yang  nak sangat-sangat daripada nile.com.my



ProductWaterproof Backpack
JLM2016 Sales price: RM22.90
Date: 27/06/2016
Time Start:4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 100 units only





ProductStylish 3-in-1 Women Bag
JLM2016 Sales price: RM24.50
Date: 17/06/2016
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 360 units only





ProductMixed Color Purse/ Wallet
JLM2016 Sales price: RM10.50
Date: 21/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 290 units only







ProductStylish N Design Shoes 
JLM2016 Sales price: RM16.00
Date: 23/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 480 units only







ProductPortable Car Vacumn
JLM2016 Sales price: RM8.50
Date: 17/06/2016
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 200 units only


. Nanti boleh check result >> DI SINI << .

Tarikh tutup pada 30 Jun 2016 . 11.59 pm

HACKED

Assalamualaikum dan hai .

Sekarang ni hatiku sangat patah dan kecewa . Sedih tak terhingga .



Sedihnya bila dapat tahu Twitter kena Hacked . Ya ampun gambaq tak senonoh keluaq ish . Nasib zaza yang gigih call wassap i nak gitau tapi i tapi tak balas . Lepas tu baru tengok nah siap hantar gambar lagi mak aii . sakitnya hatiku . Twitter tu tersangatlah bermakna sebab dah since i form 2 lagi . Dah lama kot bukannya 2 3 tahun . Kiranya seiring dengan kelahiran blog ni tau ,

Patutlah  jarang buka dia tengok dia pon sayu , merajuk lah tu , tu la kan dah kena hacked . Terpaksa la padam awak sayang . Hahaha

SELAMAT TINGGAL TWITTERKU 

ANNYEONG

Monday, June 13, 2016

Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!

Assalamualaikum dan salam ramadhan




Klik banner untuk join ya . tarikh tutup 26 jun 2016

Giveaway Ramadan 2016 By NurAlja

Hai Assalamualakum dan salam ramadhan


Klik Banner untuk join ok .

“Giveaway Ramadan 2016 Oleh NurAlja adalah satu cara untuk mengenali blogger lain disamping merapatkan ukhwah terutama pada blogger baru. Jom meriahkan lagi Giveaway ni yang berlangsung dari 10-13 June 2016 sahaja”


Banyak hadiah menarik . jom join cepat sebab tarikh tutup hari ni .

Friday, June 10, 2016

FIRST GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BY AYU BARBYDOL

... Assalamualaikum ...



FIRST GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BY AYU BARBYDOL bersempena bulan ramadhan yang mulia nie.  Ayu mencari TIGA PEMENANG BERTUAH !! yang akan memenangi 
TUDUNG & SIMKAD ONE XOX. Giveaway terbuka kepada semua blogger di Semenanjung Malaysia dan dapat mengeratkan lagi silratulrahim bulan ramadhan yang mulia ini.  Bermula pada
 07 June 2016 ~ 30 June 2016 dan tamat pada jam 12.00 pm


Tinggalkan link di Comment  ini

Giveaway terbatal jika penyertaan kurang daripada 30 orang 






jom join ramai ramai semuaaa . 

Thursday, May 12, 2016

REVIEW : GOOD VIRTUES CO.

Assalamualaikum dan hai semua .

Hampir sebulan duduk rumah tanpa membuat apa-apa terasa amat bosan . Tapi Sabtu dan ahad mesti akan keluar dan tempat wajibnya adalah watsons . bisasalah window shopping je

Sebernarnya i dah jatuh hati dengan satu produk yang dianamakan Good Virtues Co.  Seriously kalau tengok siapa yang first time tengok produk ni mungkin akan jatuh cinta pandang pertama . Packaging Good Virtues Co. ni memang sangat menarik . Rasa macam nak beli je semua . Aku pun pada mulanya memang tertarik dengan packaging dia . nak pakai tak pakai belakang kira . Cewah . Tak menyesal i beli tau .
Harga 
Harga GVC ini sebenarnya tak adalah mahal sangat setaraf dengan garnier , silkygirl dan seangkatan dengannya . Nak review harga barangan GVC ni bolehlah ke laman web GOOD VIRTUES CO. Boleh tengok sendiri harganya dan untuk more details abaout this product . cara nak gunakan dan ingredients pun ada juga .


Produk Good Virtues Co. ini sememangnya halal dan boleh dikatakan semua produknya mengandungi Habatus sauda atau organic black seed oil . And the most important is no animal testing . It is organic product . GVC ini ada 3 jenis produk iaitu produk untuk rambut , muka dan badan . Memang best sangat sebab dari atas sampai bawah kita boleh gunakan produk ni . Tak semua kedai ada produk ni boleh didapati di watsons dan tak semua watsons ada jado memang kena pandai cari dan setengah tu kalau ada takkan ada yang lengkap . Tapi ada ja yang ada semua . Ni berdasarkan survey yang aku dan akak buat . Guardian tak ada rasanya . Tapi ikut tempat jugaklah . 


Sekarang ni aku gunakan this scrub memang best sebab facial scrub ni memang wangi rasa macam nak pakai tiap - tiap hari . Lepas guna scrub ni muka rasa lembut dan tak berminyak . Itu yang best sebab muka aku memang cepat berminyak . Memang terbaik . Tapi kalau nak effect yang lebih cantik kena gunalah Facial cleanser , cream day and night dia . Harga Facial scrub ni RM 12.90 . 


Ni produk yang kedua nak review . Anti-dandruff shampoo . Sumpah memang wangi dan sangat wangi ! itu je keterujaan yang boleh digambarkan . Lepas gunakakan shampoo ni ada bau yang sangat menyenangkan . Bau dia memang tahan lama . kena guna conditioner kalau tak dia kering sikit . Ikut rambut juga kan . tapi memang takkan menyesal beli shampoo ni . Dia ada pelbagai saiz . saiz dalam gambar ni saiz sederhana 300ml dan harga RM 12.90 . Ada lagi yang lebih besar 700ml kalau tak silap . 

So far memang sangat puas hati gunakan produk ini . memang sangat yakin gunakannya tanpa rasa was-was cewah . Rasa taknak berpaling produk yang lain ahah . Sekarang ni tengah try nak beli adik-adik yang lain tapi tak bekesempatan lagi . Dan the best one is produk ni produk made in malaysia . Its Local product tau dan tahun asasnya pada 2014 . Memang tak akan menyesal kalau beli . Nak cari memang kena cari dengan teliti tau .Memang kena cuba tahu di mana keistimewaannya .





Have a nice day 



UPDATE : SEPTEMBER 2020 . 
I still guna this product .I use Multiple Repair Hair Serum . Wangi dan serum ni akan buatkan rambut jadi lembut . Selalu apply lepas mandi . Dan sebelum sarung tudung i akan pakai sikit serum ni , bila buka tudung rambut jadi lembut sangat dan tak bau kepam  hehehe . Shampoo pun i still pakai but after apply rambut jadi kasar tapi jangan risau conditioner kan ada hahaha. Overall i sangat suka Good Virtues and co  ni . 






Friday, April 22, 2016

Descendants Of The Sun

Assalamualaikum dan hai

Minggu lepas adalah minggu terakhir tayangan Descendants of the sun . Drama 16 episod ni memang popular di seluruh asia dan rating drama ni sangatlah tinggi dan  sejak ditayangkan 24 Februari lepas . Memang tak dapat dinafikan drama ni memang abosulutely terbaiklah .




sebab apa terbaik ? Sebab drama ini sangat berbeza drama korea yang aku tengok sebelum ni walaupun taklah banyak sangat aku layan drama korea Tengok pun gitu-gitu je .Dan asalnya aku tengok drama ni sebab nak tengok Song Jong Ki je . Tapi lama-lama dah jauh cinta dengan semua karakter dalam tu dah jatuh hati dengan DOTS ni.  Kisah percintaan Captain Yoo si jin(song jong ki) dan Dr kang Mo-Yeon (Song Hye Kyo ) Tak Silap , Song Hye Kyo ni pelakon Drama Fullhouse  .Still cantik macam dulu maintain betul kan .

Sambung balik heheh ok Asal nak dating ja pasti ada halangan . Dalam drama ni bukan sahaja kisah percintaan mereka saja yang ditayangkan tetapi kisah cinta karakter yang lain juga macam Sergeant Seo (Ji Goo ) dengan Myeong joo (Kim Ji won). The best one sebab Song jong ki and Ji goo bawak watak tentera memang terbaik . Semangat kenegaraan dan semanagat cintakan negara yang tinggi memberikan drama ni mendapat impak yang sangat tinggi . Perdana Menteri Thailand pun seru rakyatnya tengok DOTS tau ! haha . Plot cerita dia memang tak sangka baru ja happy tengok hilang pulak kan dan banyak lagi la kalau nak flashback balik .




Dan sekarang ni tengah ada special episode ada tiga episod semuanya . Hari ni merupakan hari last for special episod kalau tak silap . Aku hanya tengok episod 1 itu pun tak habis sebab macam flashback centu ja kan so baik aku qada semua episod terus hahaha .

Apapun i will miss big boss , wolf , snoopy , harry potter , picollo . semua ni aplha team . Beauty , medical team semualah kan rindu hahahah . Dan satunya scene dekat Uruk tu buatkan aku jatuh cinta dengan Drama ni. Sangat cantik memang pandai betul pilih tempat . Paling aku suka dekat bangkai kapal tu wow memang terbaiklah scenery dia .




Nilah tempat dia sangat cantik Uolls  . Sebenarnya ini adalah Navagio Beach atau Shipwreck Beach yang terletak di GRECEE  dan menjadi salah satu tarikan di sana tau .










Memang Cantik !

Setakat ini saja review DOTS ni apapun will miss this drama . Anneyongg

안녕히가세요