Wednesday, August 17, 2011

NUZUL AL-QURAN

assalamualaikum , salam 17 ramadhan , uolls puasa tak ?? KOWT lha tak puasa  nggeee,

suadh jadi kebiasaan , pada 17 ramadhan kita akan menyambut nuzul al-quran, nasib lha arinie cuti , HEHE jomm kita baca entry kali nie ,,,





 sejarah Al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Tuesday, August 16, 2011

OMG !!

CHERIETERA 1

 OMG !
y ?  bole tanya pasal pa doe ?
my result exam lha , hahaha , gred exam kali nie  bewarna warni lha , hooo, , jangan tanya lha dapat apa ! ada yang A , B , C ............. hihihi , terok lha , nie la padahnya banyak sanagt onL FB , BLOG , hahah, periksa akhir tahun nanti da tak bole bukak macam selalu KOWT , kowt jea ean , hahaha..





CERIETERA 2

haritu Lulu ada baca satu novel nie ,novel pinjam jea hahah . YA ALLAH best sangat , sangatlah tajuk dea CINTA INI MILIK KITA ,novel nie  terbitan  BUKU PRIMA . karya MAISARA SOFIA  maybe novel nie da lama kowt , thanks TEYRA ek , suruh lulu baca dulu yea , kalu tak , kempunan lha lulu .



cantik en cover dea ?


Itulah yang terjadi bila Nur Maisara mula jatuh hati ketika zaman sekolah sehingga hatinya terantai meskipun lima tahun terpisah dengan Mohd Ean.Terpisah dalam jarak dan waktu yang lama membuatkan penantian Nur Maisara memudar dan terganti dengan kehadiran Ahmad Hazeeq.
Apakah yang terjadi apabila pertemuan kembali tercipta antara Nur Maisara dan Mohd Ean Nazeerul setelah lima tahun terpisah?
p/s: 13 hari  lagi mau puasa  !!

Friday, August 12, 2011

FaNtAsI PeMaNdu tEkSi



Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."

"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata...
"iya...iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...

"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"

p/s : hahhahah 

Monday, August 8, 2011

TaNaH rUnTuH Di CaMeRoN HiGhLaNdS ~

TERKINI TANAH RUNTUH DI CAMERON HIGHLAND.  
seawal pagi tadi Malaysia , digemparkan dengan peristiwa tanah runtuh nie , cik lulu pown baru tau , lepas tengok berita tadi  selepas balik sekolah ,

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa lapan jam untuk mengeluarkan sembilan mangsa dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di sini.
Pengarah Bomba Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata operasi bermula jam 6.15 petang dan ditamatkan pada jam 2.15 pagi tadi selepas mangsa terakhir ditemui kira-kira jam 1.20 pagi.
Katanya, operasi membabitkan 248 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan Smart dan Majlis Perbandaran Cameron Highlands.
Beliau berkata sebanyak tiga jentolak digunakan untuk mengalih timbunan tanah serta anjing pengesan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membantu mengesan kedudukan mangsa.
Kejadian itu mengorbankan tujuh nyawa termasuk empat wanita manakala dua lagi cedera parah.
Mangsa yang maut ialah Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50, Jaafar, 49, Mohd Ikbal Jaafar, 15, Sara Gunung, 37, Norma Gunung, 51, dan Yusnizan Yusof, 22, dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata untuk bedah siasat.
Sementara itu, dua mangsa yang cedera iaitu Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15, dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut. – BERNAMA




SUMBER-BERNAMA

* TAKZIAH KEPADA KEPADA KELUARGA MANGSA YANG TERKORBAN , SEMOGA ROH MEREKA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG YANG BERIMAN , AMIN , AL - FATIHAH ,,

Saturday, August 6, 2011

KUceNG mAkAN aIsKrIm ? ~

kucing makan AISKRIM ? wahwawh , sedapnya , maklumla , sekarang kan bulan puasa , orang jarang makan aiskrim , so kuceng tak nak mensia-siakan harinya yang tak berapa nak berfaedah tu , dy pon makan AISKRIM , hahaha , 




cait kuceng liana pon tak penah makan aiskrim tau !