Thursday, October 15, 2015

Menjelang Final Exam


Untitled

Assalamualaikum and hi everyone .Hmm sedar tak sedar dah nak habis sem . Kira dalam penghujung akhiran semester la . Kelas semua dah habis minggu lepas so minggu depan jawablah soalan-soalan exam . Okayy berhuhuhu sat na .

So Final Exam , Hmmmm untuk semester 1 ni hanya empat subjek ja masuk final .Mathematic and sciene engineering , Pengajian Malaysia and Materials . Nampak sikit kan tapi Ya Allah nak baca hafal ingat semua la memang pecah otak juga la dibuatnya . Tak dinafikan agak berdebar + Excited nak jawab sebabnya baru pertama kali kan nak exam hahaha . So teruja la sikit . Heeeeehee .

For materials memang nak kena baca banyak sangat . And for this subject memang sangatlah penting dalam course civil . Civil untuk subjek form 4 and 5 tu dulu memang basic sangat . sebab bila buka buku awam form 4 and 5 macam dah tak tau nak baca apa . Buka tutup balik . Tapi ada juga advantages buku buku tu sebab boleh buat references kalau nak buat assigment kan .

Masa sekarang memang berlalu sangat cepat . Rasa macam baru sangat masuk situ . Kenangan this sem memang banyak . Banyak sangat belajar benda yang baharu . Life Changes . Perededaran sekolah ke ipta . Ahahahaaa Tu jela selalu dengaq masa sem 1 . Lecturer selalu cakap sini bukannya sekolah bla bla bla ......

So to my final exam , please be nice to me thank you . Wish me luck guys

Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan salam Maal Hijrah . Selamat tahun baru hijrah 1437 H


p/s Asyik mimpi ja bila nak tegur macam dulu lagi ahahaha. Sekadar luahan persaaan . Ahahahahah

Saturday, July 11, 2015

New Journey

Assalamualaikum dan hai

Hari ni dah masuk hari ke 24 ramadhan kan . Satnya masa berlalu . rasa macam baru ja berpuasa kan . Rutin harian sekarang bangun , pegi  kelas , balik kelas , buka puasa tengok tengok dah sampai akhir ramadhan . Ya Allah sekejapnya masa berlalu . Dah nak raya dah pun .




Dan 14 julai ni genaplah sebulan aku duduk PTSB . Ya baru sebulan . Harini pun tak sampai sebulan lagi sebenarnya . Hari selasa masa nak balik raya nanti baru cukup sebulan . hehe . Okay sepanjang aku duduk sini Alhamdulillah im fine . So far aku okay lagi walaupun sebenarnya masa Minggu Haluan Siswa  (MHS) tu aku ada la merungut kan . nak balik la walaupun Kulim-Jarak terlalulah dekat , nak tu la yang ni tak kena la hahaha . Seriously aku jealous dengan abang aku yang aku rasa dia happy good lucky duduk kamsis sini . Bagi aku masa MHS tu duduk kamsis teramatlah seksa kan . Tapi bila difikirkan kamsis la senang kan sebab sebab -__- senang lah kan nak ulang alik . Time tak ada kelas boleh balik kamsis rehat kan . Heeeee

Penang-Kedah kan tak sama hari kerja tak sama hari belajar dan paling tak best bezanya cuti . Itu yang sampai sekarang aku tak boleh nak move on . Sebab selalunya masa TARP dulu balik hari ahad kan , sini sabtu dah nak kena balik sini walaupun dekat tapi taktaulah hari sabtu ja mood tak best . ahhaha . tak ada lahh sebab hari sabtu tu la baru nak tengok muka sorang -sorang sebab hari jumaat aku sorang cuti , mak ayah kakak abang semua kerja . Itu yang tak best sebenarnya . Disebakan Tahun ni aku hanya sempat berbuka puasa dengan ayah hanya sekali . Hmmm
. | via Tumblr

Kelas memang best sebab bila kita sudah masuk alam IPTA ni kan dah tak sama macam sekolah yang kena masuk pukul 7.30 kan . Sini paling awal pukul 8.00 pagi dan habis kelas paling lewat pukul 5.00 . Tapi okaylah sebab ada time gap kan . kelas paling lewat mula pukul 10.00 pagi . Kira yang ni satu pengalaman baru la kan . Dan kelas tak tetap kan . Penat jugak lah dari JK nakpi JA nakpi sana sini . tapi kira oklah kan sebab jalan tak bagi mengantok . Kurang juga lah habit aku yang suka tidoq masa kelas awai kan . kira kuranglah sikit kan . hehehehe

Jadi apapun suka atau dak aku kena juga suka duduk sini .3 tahun disini sepatutnya aku kena bersyukur sebab rumah aku dekat kan tak jauh sangat . Berbanding jarak dari Tarp dengan Ptsb sini dekat lagi . Hahaha . But Tarp always number one . Sebab rutin bulan puasa tak sama macam kat sana . rindunya nak pi solat terawih dekat masjid negeri . Apapun kita terima sebagai satu pengalam baru kan . Sebab sudah meningkat dewasa corak kehidupan pun makin berbeza . Haaaaa And yeah budak kelas Awam 3 yang dapat sini kami berempat . Amira , Kakyong , Raja dan aku . Yang lain Tarpians Amylia , Fiqa , syifaa and Annisa . Kira tarpians 8 orang semuanya . hahaha


p/s: Raya dah nak dekat jumaat ni tapi apapun  tak beli lagi cuma baju dah tempah . tak semangat betul nak raya sebab assigment memang banyak . Nak balik cuti hari selasa ni pun adudududuu banyak benda sangat nak kena siap . sekarang ni pun tengah siapkan assigment . hahahaa curi masa sat sebab otak aku dah jemm loadin sloww . Hmmm rindu nak buat kuih raya .

Thursday, May 28, 2015

MALAS

Assalamualaikum dan hai

MALAS

̶C̶̶o̶̶o̶̶k̶̶i̶̶e̶

Tak terkecuali aku akan mengalami sikap yang sangat tidak disukai ramai . Yalah bila rasa malas ni dah mai mesti kerja takkan siap , kerja tertangguh . Disebabkan Malas . Hebat juga 'malas' ni kan boleh hasut manusia . Tak kira manusia haiwan pun sama kot . sebab kucing aku pemalas .


Agin..

Tapi tak kiralah macam mana pun rasa malas ni mengusai diri kita , kita kenalah lawan kan . Sejahat mana sikap pemalas ni kita kena halang dia daripada masuk merasuk dalam diri kita . Kalau sikap malas ni tak hakis tak makan lah kita , Dengan sikap malas ni juga kita akan kehilangan berharga . Malas juga menyebabkan kita tak berjaya . Jadi kalau nak berjaya mestilah berusaha bersungguh-sungguh dan tawakkal paling penting, Kejayaan takkan mai bergolek :)

Macam mana nak hilangkan rasa malas ni . Jadi sama-sama kita perbaiki diri dan buang jauh jauh sikap malas ni . Selagi boleh dijauhi la kan .

1. Solat

Sebagai seorang beragama islam pastinya solat itu wajib . Meninggalkan solat berdosa besar . Selain solat cukup 5 waktu sebelum melakukan kerja kita disarankan melakukan solat sunat agar dipermudahkan segala urusan sekaligus melancarkan perjalanan perkerjaan tersebut


2. Doa 

Selain solat doa juga adalah tunjang utama dan senjata mukmin . Jadi sebelum melakukan kerja juga disarankan agar membaca doa terlebih dahulu . Ya la kita doalah agar dihindari rasa malas kan. Sebab tulah di sekolah kita di praktikkan membaca doa sebelum dan selepas memulan pembelajaran . Dalam islam nak memulakan sesuatu perkara ada doannya kan . jadi Berdoalah .

Doa ini antara doa yang boleh diamalkan . 


3. Hirup Udara Segar 

Ambil masa beberapa minit tarik sedamlanya dan hembus . ini kerana tubuh kita memerlukan oksigen yang bersih dan segar untuk berfungsi dengan baik . memang sangat menyegarkan . rasa refresh balik sangat sekaligus rasa malas tu semakin terhakis . Tapi janganlah hirup udara yang dicemari macam pi hirup time orang sbeelah hisap rokok . ohh i kenot .


4. Menjadikan ia penting

Maksudnya sentiasa berfikiran sesuatu perkara yang hendak dilakukan dianggap penting secara efektif membuatkan rasa malas hilang begiru . Sebabnya kita akan merasakan ianya perlu disegerakan  membuatkan rasa malas itu pergi . Paling penting buangkan sikap suka menunda kerja .


5. Bersukan

Jika kita kerap bersukan ianya dapat menambahkan energy dalam badan kita . Jadikan bersukan sebagai amalan rutin kerana dengan bersukan bukan sahaja dapat menghilangkan malas tetapi dapat membuatkan kita lebih bersemangat sepanjang masa .




 Tips diatas lebih kepada student sebabnya  ingin berpesan kepada diri aku sendiri agar buang sifat malas . Ya la nak study balik kan . Dulu bolehla dok malas malas kan . Sekarang tak boleh sebab disebabkan malas aku kecewa . Kecewa teramat . Jadi ini sedikit sebanyak membantu agar lebih kembali bersemangat untuk belajar . Ayuhh Fighting FIGHTING !



Thursday, April 9, 2015

Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah

Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Kali ini nak join segmen Blogwalking lagi . Tapi segmen yang aku join kali ni special sikit sebab ada hadiah bertuah . Bestkann . Hadiahnya memang menarik . Golongan perempuan especially mesti suka .



Segmen ini tamat pada 15 mei 2015 . Lambat lagi kan . so cepat lah join yee , Rugi tau kalau tak join . Sama sama merapatkan ukhwah anatar blogger . yeahhhh

Bye

Thursday, April 2, 2015

Kucing

Assalamualaikum and hai semua 
🙈🙈✨
Siapa suka Kucing ? Meow meow .

 Harini hari yang sedih sebab Dedek , baby meow kesayangan telah menghembuskan nafasya yang terakhir . Si Dedek anak Klya gendut . Kyla sebenarnya baru beranak anak baru berapa minggu lepas . Semuanya ada tiga ekor . dan dua ekor lagi dah mati . Dan tinggalah seekor , Dedek . Then si Klya ni tak nak menyusu Dedek jadi terpaksalah menumpang kasih sayang seekor tok a.k.a Tobel Anabella yang kebetulan  baru beranak juga . Kebetulan sangat kan . Jadi Dedek memang menysusu dengan tok ajelah . Hmm mungkin umur tak panjang tak sampai setengah jam lagi . Tapi memang sedih sangat sebab memang kami semua sayang sangat dekat dia . Bulu dia kembang . baka cantik . Tapi tulah tak sempat tengok dia membesar . 

To Dedek . we will miss you . Syurga pasti tempat kamu sayang . 

adorable
Dedek lebih kurang macam ni

Dan sebelum ni Aneen the biggest cat , the gendut  gendut hilang . Tapi redha ja la . Bangkai pun tak ada . tapi memang instint memang dia tak ada kot . sebab dia tu sudah la pemalas , kuat tidur dan takut dengan orang luar . Takkan dia nak duduk rumah orang lain . Apapun Doakan yang terbaik ja . Rindu memang rindu . Rindu nak bau dia , rindu nak peluk cium dia . rindu macam macam lah dekat Anenn . Aneen hilang lepas mommy dia kyla beranak baru .

So sekarang tinggal Tobel , Klya , Imbo , Chan , Google , Abina , Acu and 3 lil baby meoww .

Jadi ironinya , bila kita ada kucing kan , automatik kita akan rasa sayang mereka dan sanggup buat apa sahaja untuk mereka dan paling penting sekali kita memang akan anggap mereka ni family dah macam anak sendiri . Istimewa sekali bila kita keluar jalan jalan tetiba nampak kucing terus kita panggil usap kepala dia dan rasa macam nak bawak balik kan . Itulah namanya kasih sayang yang lahir dari hati . Gituuu . hehehe

Tapi Zaman sekarang perangai manusia semakin berubah semakin kejam . Lihat saja kucing di sekitar market , pasar malam , kedai makan . Ada yang kakinya dipotong , telinga dihiris , seksa anggota badan si comel tanpa rasa bersalah , rasa berdosa . Kalau manusia sudah pandai bertopengkan syaitan  sanggup menyiksa haiwan inikan pula dengan manusia ?

p/s : Dedek dalam ingatan . 2 April 2015