Monday, December 22, 2014

End Year Holiday

Assalamualaikum n hai


Holiday ni sebenarnya dah dirancang sebelum aku ambik spm lagi . nak bercuti kelantan dan terengganu . semangat spm okay . Dulu sebelum spm aku ada dua hajat kononnya . hajat yang mula mula tu dah dihajati , nak tengok manisnya cinta di cappadocia.  Dah terlaksana .hahaha . yala novel paborite aku kot , gila tak tengok .

Memandangkan sekarang ni musim tengkujuh bg kawasan pantai timur , maka hajat nak ke sana tak kesampaian . masa hari nak pi tu , sebenarnya kami memang pi pun . masa dalam perjalanan tu hujan ya rabbi . sampai rnr dekat gerik hujan makin lebat . tanya orang yang kebanyakan dkat situ , jalan banyak tutup sebab banjir . ramai yang pusing balik . orang tu kata kalau nak pi sampai tanah merah je lah . so cancel pegi sana so terpaksa tukar trip . nak pi mana ni ?

Kita pi pulau pangkor dan cameron highland yob . pusing balik .
Pukul 7.00 petang baru naik feri . tapi nasiblah naik dekat jeti marina island . taklah lama naik feri .  pangkor best . pagi tu pi mandi dekat giam island . naik bot . Rugi la kan kalau pi pulau pulau ni tak mandi manda . hhaha



Lepas tu kami pi cameron highlands pulak . samapi dekat sana pun agak lewat petang . malam tu sempat pi pasar malam . cameron best sebab cuaca dia sejuk tak macam tempat kita kita ni ha . kebetulan sekarang ni musim hujan jadinya bertambah sejuk lerr . pagi tu sempat la pegi jalan jalan kat sana . tapi tula pembangunan kat sana semakin pesat . hotel sana , bangunan sini . banyak cerun baru buat , cerun runtuh pun ada . sereeeem seremmm . agaknya berapa tahun lagi cameron highlands camna ya ? 


Walaupun tak dapat ke kelantan n terengganu , holiday express ni tapi holiday kali ni memang enjoy . tukar trip last minit . jadi mari sama sama kita  doakan spya banjir di kelantan , terengganu , pahang , johor pulih seperti sedia kala.
Tengok berita tadi semakin teruk . 

Jadi kepada sesiapa cancel trip last minit . kalau nak balik rumah terus tak salah , tapi kalau nak tukar trip ke lain , make sure cancel apa apa yang hampa tempah tu . inform cepat . kepastu cepat cepat fikir nak pegi mana . dah decide nak gi mana , carilah dulu hotel, resort , chalet yang sesuai . lepas tu tempah . zaman sekarang ni mudah . semua dihujung jari , hanya klik , pilih dan yeah dah settel kan . 












Tuesday, December 16, 2014

spm

Asslamualaikum dan hi people .






Akhirnya dapat jgak update. Dah dkat tiga minggu spm habis tpi harini baru nak update. Pc tak ada internet . tabby ja la kann . hahaa .

Belum trlambat lagi kot aku nak horayyyyy horaayyyy and cakapkan 'freedom' . aku antara batch last yang habis spm . last paper kejuruteraan petang tu maka tamatlah spm 2014 . haha . so the last day tu macam macam rasa ada . sedih nak tinggalkan kawan kawan , happy sebab dah habis spm . tapi agak ahh aku sedih sbnarnya . smpai sekarang rasa lagi . rutin harian yang slalu buat dkat asrama dah tak ada

Sejujurnya aku rindu kawan kawan aku . zalifah  , ira , izzati , budak budak cemerlang 4 ,  budak awam 3 . semualah . cikgu zamri aku rindu jugak . ahaha. Tapi memang tak nafikan rutin harian kat asrama aku tak boleh lupa . Al-mathurat sebelum subuh  dan maghrib , baca Al-Quran, solat jemaah , dengar tazkirah cikgu zamri , sujud sajadah , prep , prep kat DM , order makanan .  Sungguh aku rindu ! Sekarang semua memori tu aku takkan dpat kat mna mana sekalipun . walaupun aku dah pergi jauh .

Waalaupun dulu aku prnah cakap yang aku agak menyesal masuk tarp , tapi sejak aku brgelar ex-tarpian , sumpah aku tak rasa menyesal . rindu nak makan nasi kandaq , roti canai , rocstarz. Macam macam ahh .

So spm kali ni agak ahh . KBAT je aku rasa .haha . paling aku
Stersss bila paper chemist ahh . mungkin aku tak suka chem kot . hahaha . dan aku rasa past year paper sekarang ni kurang membantu. Soalan senang , real , macam $&$572 . soalan KBAT tu mmg soalan nampak tapi cara and teknik nak menjawab tu kurang . mungkin tu satu kelemahan . Aku ada pngalaman pahit aku time spm bila aku dah masuk dewan exam , pengawas dah mula nak bukak kertas physics paper 2, aku baru teringat yang aku lupa bawak calculator . agak ahh , gila x mengelabah aku. Tanpa segam silu aku pun mntak keluar dari dewan nak ambil calculator . sejak tu aku dah serik . hahahaa.

Kbye .





Wednesday, July 16, 2014

Segmen Kad Raya

Assalamualaikum dan salam ramadhan .

Alhamdulillah puasa sudah masuk hari yang ke 15 . Lebih kurang 2 minggu lagi kita nak sambut raya .
Raya . sempena Hari raya tahun ni Cik  syeedasaniey buat segmen kad raya .

 Tujuannya untuk mengembalikan memori memberi kad raya yang kini semakin dilupakan akibat pengaruh media sosial dan juga sms .



KLIK BANNER UNTUK JOIN

sangat mudah untuk join segmen kad raya ni . Antara syarat-syarat untuk join segmen ini adalah :

1. Follow blog Syeeda dan Yana. Like Fanpage KbK kucingbacakitab
2. Buat satu entry dengan tajuk "Segmen Kad Raya"
3. Letakkan banner di atas dalam entry dan backlink ke blog ini
4. Tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen entry ini.

Tarikh tutup untuk segmen ini pada 16 JULAI 2014 jan 11.59 MALAM . Segmen ini hanya dijalankan selama 4 HARI SAHAJA 

seramai 12 pemenang bertuah akan menerima Kad Hari Raya .

Cepat , jangan lepaskan peluang ini ya .

Salam ramadhan .







Sunday, July 13, 2014

It's July Giveaway

Assalamualaikum dan salam ramadhan .



Klik Banner untuk join

Wah , memang menarik hadiah hadiah disediakan . pretzel cookies dan shawl pun ada . jadi tunggu apa lagi , Cepat join July Giveaway by vidolaaa ni .

Tarikh tutup pada 20 Julai 2014 .

Salam ramadhan .

Saturday, July 12, 2014

Segmen Saya Mahu Kad Raya Dayang Deno

Assalamualaikum dan salam ramadhan .



Klik Banner untuk join

Tarikh tutup Segmen saya Mahu Kad Raya  by Dayang Deno pada 14 Julai 2014 . jadi cepat cepat cepat lah ya ^_^

salam ramadhan .