Monday, February 2, 2015

Taman Negara Pulau Pinang .

Assalamualaikum and hi !

 Taman Negara Pulau Pinang ? Ia merupakan salah satu tarikan pelancong dari dalam negara mahupun luar negara .  Ni kali pertama mai sini . selalu dengar orang mai sini tapi tak sempat mai lagi . Disebabkan Hasifi Sani pernah mai sini , so kami bertiga yang lain  pun nak try jugaklah hiking taman negara ni . Nak rasa jugak camna hiking . Asyik dok naik Bukit Mertajam ja kann . Haaa

Bila sampai dekat Taman Negara ni , kena daftar dulu sebelum nak hiking . Takut apa-apa berlaku , senang depa nak detect kan .Hanya tulis butir peribadi dan ke mana kita nak pergi . sebab sini banyak tempat yang kita boleh pergi macam dalam peta yang tertera ni  .



           Monkey Beach  ( Teluk Duyung)



Untuk kali ni kami pergi Monkey Beach . Nak pergi monkey beach ni boleh jugak naik bot , tapi berbayar la
 . Tak pasti berapa harganya . Monkey beach (Teluk Duyung) memang pemes sebab ramai pelancong yang bermandi manda sesuai untuk aktiviti air . Kebanyakannya pelancong luar yang selalu mai kat sini . Tempat dia memang cantik dan mendamaikan . untuk sampai sini ambik masa 1jam 15 minit . 2.5KM .haripun pun makan masa lama jugak la . 1 jam 15 minit tu untuk orang yang memang kuat stamina .  memag penat la . Tapi penat tu akan hilang bila kita dah sampai tempat yang cantik ni Nak kata mencabar tu mencabar la bagi yang tak pernag hiking macam kami ni . Rasa putus asa pun ada jugak , tapi punya azam nak sampai sana , tiba tiba semangat kus kus mai balik .





sebelum sampai Monkey Beach kita kena lalu sini dulu . pusat kajian USM . Kalau mai pagi siap boleh lalu lagi bawah jeti tu , tapi kalau tengah hari dah tak boleh lalu bawah tu.






                                                                  trek hiking



Dah sampai !

Kebetulan masa kami mai sini , memang ramai pelancong dari luar negara . Banyak gila mat mat saleh . gambar terpaksa disensored . Haahhaaaa . Ikut musim la , kalau sesetengah masa tu takda sangat pun . Mungkin kebetulan memang ramai sangat berjemuran di atas tanah . Hahahaa . Masa hiking pun memang banyak kali terserempak dengan depa depa ni . Depa  bawak anak-anak yang kecik lagi , yang dah berumur  taraf tok tok mai hiking sini . 


Ni masa dah nak balik . 

Penat tak terkata . Tapi memang kenangan sangat . Mungkin kali pertama dan terakhir . Hahaha . kalau ada rezeki nanti boleh mai sini lagi . Tapi kalau diberi pilihan nak mai sini dengan bukit mertajan rela sini lagi sebab sana nak naik memang kaki kena kuat . Nak turun Best ! Sebab laju . cerun sangat . Jadi kepada sesiapa nak bercuti sini . jadikan taman negara sebagai destinasi anda ! Jangan lepaskan peluang . Nak relaxing atau lari dari kesibukan kota try mai sini . memang best tak menyesal tak rugi .


Lepas tu bolehla pi mandi dekat Air Terjun Teluk Bahang .



Have Fun .

special thanks to : Hasifi Sani


Mini GiveAway Kiss Proof Lipstik

Assalamualaikum and hi



kalau pilih pilih lipstick ni memang tak pandai . tapi rasanya yang nombor 9 tu macam cantik . hihihi 
kalau dapat memang confirm pakai ni .

so to all bloggers , jom join special mini giveaway ni especially the girlssss yaaaa . jom ramai ramai meriahkan giveaway ni yaa :)

tarikh tutup pada 7 Februari . sempat lagi yaa



have funnn .


BLOGWALKING JOURNEY WITH JJAJJA

Assalamualaikum and hi

Dah lama tak join Blogwalking segemn ni ya . Jadinya setelah sekian lama tak join , aku join blogwalking by cik jjajja . To bloggers , jom ramai ramai join this blogwalking yaaaa . tengok postcard dia comel sangat ni . Ramai ramai rapatkan ukhwah silaturrahim :*



close date 28 Februrari 2015 .

Have Funnnnn  .

Monday, December 22, 2014

End Year Holiday

Assalamualaikum n hai


Holiday ni sebenarnya dah dirancang sebelum aku ambik spm lagi . nak bercuti kelantan dan terengganu . semangat spm okay . Dulu sebelum spm aku ada dua hajat kononnya . hajat yang mula mula tu dah dihajati , nak tengok manisnya cinta di cappadocia.  Dah terlaksana .hahaha . yala novel paborite aku kot , gila tak tengok .

Memandangkan sekarang ni musim tengkujuh bg kawasan pantai timur , maka hajat nak ke sana tak kesampaian . masa hari nak pi tu , sebenarnya kami memang pi pun . masa dalam perjalanan tu hujan ya rabbi . sampai rnr dekat gerik hujan makin lebat . tanya orang yang kebanyakan dkat situ , jalan banyak tutup sebab banjir . ramai yang pusing balik . orang tu kata kalau nak pi sampai tanah merah je lah . so cancel pegi sana so terpaksa tukar trip . nak pi mana ni ?

Kita pi pulau pangkor dan cameron highland yob . pusing balik .
Pukul 7.00 petang baru naik feri . tapi nasiblah naik dekat jeti marina island . taklah lama naik feri .  pangkor best . pagi tu pi mandi dekat giam island . naik bot . Rugi la kan kalau pi pulau pulau ni tak mandi manda . hhaha



Lepas tu kami pi cameron highlands pulak . samapi dekat sana pun agak lewat petang . malam tu sempat pi pasar malam . cameron best sebab cuaca dia sejuk tak macam tempat kita kita ni ha . kebetulan sekarang ni musim hujan jadinya bertambah sejuk lerr . pagi tu sempat la pegi jalan jalan kat sana . tapi tula pembangunan kat sana semakin pesat . hotel sana , bangunan sini . banyak cerun baru buat , cerun runtuh pun ada . sereeeem seremmm . agaknya berapa tahun lagi cameron highlands camna ya ? 


Walaupun tak dapat ke kelantan n terengganu , holiday express ni tapi holiday kali ni memang enjoy . tukar trip last minit . jadi mari sama sama kita  doakan spya banjir di kelantan , terengganu , pahang , johor pulih seperti sedia kala.
Tengok berita tadi semakin teruk . 

Jadi kepada sesiapa cancel trip last minit . kalau nak balik rumah terus tak salah , tapi kalau nak tukar trip ke lain , make sure cancel apa apa yang hampa tempah tu . inform cepat . kepastu cepat cepat fikir nak pegi mana . dah decide nak gi mana , carilah dulu hotel, resort , chalet yang sesuai . lepas tu tempah . zaman sekarang ni mudah . semua dihujung jari , hanya klik , pilih dan yeah dah settel kan . 












Tuesday, December 16, 2014

spm

Asslamualaikum dan hi people .






Akhirnya dapat jgak update. Dah dkat tiga minggu spm habis tpi harini baru nak update. Pc tak ada internet . tabby ja la kann . hahaa .

Belum trlambat lagi kot aku nak horayyyyy horaayyyy and cakapkan 'freedom' . aku antara batch last yang habis spm . last paper kejuruteraan petang tu maka tamatlah spm 2014 . haha . so the last day tu macam macam rasa ada . sedih nak tinggalkan kawan kawan , happy sebab dah habis spm . tapi agak ahh aku sedih sbnarnya . smpai sekarang rasa lagi . rutin harian yang slalu buat dkat asrama dah tak ada

Sejujurnya aku rindu kawan kawan aku . zalifah  , ira , izzati , budak budak cemerlang 4 ,  budak awam 3 . semualah . cikgu zamri aku rindu jugak . ahaha. Tapi memang tak nafikan rutin harian kat asrama aku tak boleh lupa . Al-mathurat sebelum subuh  dan maghrib , baca Al-Quran, solat jemaah , dengar tazkirah cikgu zamri , sujud sajadah , prep , prep kat DM , order makanan .  Sungguh aku rindu ! Sekarang semua memori tu aku takkan dpat kat mna mana sekalipun . walaupun aku dah pergi jauh .

Waalaupun dulu aku prnah cakap yang aku agak menyesal masuk tarp , tapi sejak aku brgelar ex-tarpian , sumpah aku tak rasa menyesal . rindu nak makan nasi kandaq , roti canai , rocstarz. Macam macam ahh .

So spm kali ni agak ahh . KBAT je aku rasa .haha . paling aku
Stersss bila paper chemist ahh . mungkin aku tak suka chem kot . hahaha . dan aku rasa past year paper sekarang ni kurang membantu. Soalan senang , real , macam $&$572 . soalan KBAT tu mmg soalan nampak tapi cara and teknik nak menjawab tu kurang . mungkin tu satu kelemahan . Aku ada pngalaman pahit aku time spm bila aku dah masuk dewan exam , pengawas dah mula nak bukak kertas physics paper 2, aku baru teringat yang aku lupa bawak calculator . agak ahh , gila x mengelabah aku. Tanpa segam silu aku pun mntak keluar dari dewan nak ambil calculator . sejak tu aku dah serik . hahahaa.

Kbye .