Thursday, November 5, 2015

Tuan Anas Mikael

Assalamualaikum dan Hai semua .

Harapan agar semua sentiasa sihat hendakNya . Musin jerebu dah pun pergi diganti dengan hujan . Dekat sekitar rumah pagi cerah panas lit lit bila mai petang gelap yang amat hujan kilat guruh . Minta dijauhkan dari perkara buruk Amin .


Jom countdown ! Tuan Anas Mikael bakal bersiaran di Asrto Ria 104 pada pukul 10 malam setiap hari isnin hingga khamis tak lama lagi Excited ceq tak tau nak habaq . Mimimiiiihh mihun . Since novel dia nak keluar pun i dah excited apatah lagi drama kan . Tapi tulah kira-kira balik rasanya macam tak sempat nak tengok minggu last sekali tu .

Novel hasil nukilan Syamnuerizmil memang sangat best mantop plus plus . Since novel suamiku   Encik perfect 10 memang selalu ikut novel cerpen yang super best . Tuan Anas Mikael ataupun TAM tayangan pertamanya pada hari isnin ni 9 November 2015 pada pukul 10 malam . Pelakon yang mantap  seperti Aaron Aziz sebagai Tuan Anas Mikael dan Zara Zya sebagai Cik Ayu Maisarah sememangkan awesome .Memang tepat sangat .  jom baca sinopsis pulak


" Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.
Tetapi... Di Krabi...

“Saya suka awak, Ayu Maisarah.” - TUAN ANAS MIKAEL

Tuan Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu Maisarah menyebabkan Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala bintang dan bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah menukar hasratnya dan memilih...

Mom perkenalkan, the love of my life, my girlfriend, Raisya Putri. - TUAN ANAS MIKAEL
Ayu Maisarah, kecewa!

“Tuan... Tuan tahu apa kopi yang paling pahit? Oh, tak tahu, ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit! Saya benci tuan... Tapi, macam mana, saya dah tersayang tuan.” - AYU MAISARAH

Konflik mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam kesusahan. Untuk menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan rahsia identiti dirinya sendiri dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh.

Tetapi adakah pengorbanannya itu berbaloi? Perlukah Ayu Maisarah terus menyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael yang kekwat itu.... Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat kepadanya?


“Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” - TUAN ANAS MIKAEL "

Thursday, October 15, 2015

Menjelang Final Exam


Untitled

Assalamualaikum and hi everyone .Hmm sedar tak sedar dah nak habis sem . Kira dalam penghujung akhiran semester la . Kelas semua dah habis minggu lepas so minggu depan jawablah soalan-soalan exam . Okayy berhuhuhu sat na .

So Final Exam , Hmmmm untuk semester 1 ni hanya empat subjek ja masuk final .Mathematic and sciene engineering , Pengajian Malaysia and Materials . Nampak sikit kan tapi Ya Allah nak baca hafal ingat semua la memang pecah otak juga la dibuatnya . Tak dinafikan agak berdebar + Excited nak jawab sebabnya baru pertama kali kan nak exam hahaha . So teruja la sikit . Heeeeehee .

For materials memang nak kena baca banyak sangat . And for this subject memang sangatlah penting dalam course civil . Civil untuk subjek form 4 and 5 tu dulu memang basic sangat . sebab bila buka buku awam form 4 and 5 macam dah tak tau nak baca apa . Buka tutup balik . Tapi ada juga advantages buku buku tu sebab boleh buat references kalau nak buat assigment kan .

Masa sekarang memang berlalu sangat cepat . Rasa macam baru sangat masuk situ . Kenangan this sem memang banyak . Banyak sangat belajar benda yang baharu . Life Changes . Perededaran sekolah ke ipta . Ahahahaaa Tu jela selalu dengaq masa sem 1 . Lecturer selalu cakap sini bukannya sekolah bla bla bla ......

So to my final exam , please be nice to me thank you . Wish me luck guys

Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan salam Maal Hijrah . Selamat tahun baru hijrah 1437 H


p/s Asyik mimpi ja bila nak tegur macam dulu lagi ahahaha. Sekadar luahan persaaan . Ahahahahah

Saturday, July 11, 2015

New Journey

Assalamualaikum dan hai

Hari ni dah masuk hari ke 24 ramadhan kan . Satnya masa berlalu . rasa macam baru ja berpuasa kan . Rutin harian sekarang bangun , pegi  kelas , balik kelas , buka puasa tengok tengok dah sampai akhir ramadhan . Ya Allah sekejapnya masa berlalu . Dah nak raya dah pun .




Dan 14 julai ni genaplah sebulan aku duduk PTSB . Ya baru sebulan . Harini pun tak sampai sebulan lagi sebenarnya . Hari selasa masa nak balik raya nanti baru cukup sebulan . hehe . Okay sepanjang aku duduk sini Alhamdulillah im fine . So far aku okay lagi walaupun sebenarnya masa Minggu Haluan Siswa  (MHS) tu aku ada la merungut kan . nak balik la walaupun Kulim-Jarak terlalulah dekat , nak tu la yang ni tak kena la hahaha . Seriously aku jealous dengan abang aku yang aku rasa dia happy good lucky duduk kamsis sini . Bagi aku masa MHS tu duduk kamsis teramatlah seksa kan . Tapi bila difikirkan kamsis la senang kan sebab sebab -__- senang lah kan nak ulang alik . Time tak ada kelas boleh balik kamsis rehat kan . Heeeee

Penang-Kedah kan tak sama hari kerja tak sama hari belajar dan paling tak best bezanya cuti . Itu yang sampai sekarang aku tak boleh nak move on . Sebab selalunya masa TARP dulu balik hari ahad kan , sini sabtu dah nak kena balik sini walaupun dekat tapi taktaulah hari sabtu ja mood tak best . ahhaha . tak ada lahh sebab hari sabtu tu la baru nak tengok muka sorang -sorang sebab hari jumaat aku sorang cuti , mak ayah kakak abang semua kerja . Itu yang tak best sebenarnya . Disebakan Tahun ni aku hanya sempat berbuka puasa dengan ayah hanya sekali . Hmmm
. | via Tumblr

Kelas memang best sebab bila kita sudah masuk alam IPTA ni kan dah tak sama macam sekolah yang kena masuk pukul 7.30 kan . Sini paling awal pukul 8.00 pagi dan habis kelas paling lewat pukul 5.00 . Tapi okaylah sebab ada time gap kan . kelas paling lewat mula pukul 10.00 pagi . Kira yang ni satu pengalaman baru la kan . Dan kelas tak tetap kan . Penat jugak lah dari JK nakpi JA nakpi sana sini . tapi kira oklah kan sebab jalan tak bagi mengantok . Kurang juga lah habit aku yang suka tidoq masa kelas awai kan . kira kuranglah sikit kan . hehehehe

Jadi apapun suka atau dak aku kena juga suka duduk sini .3 tahun disini sepatutnya aku kena bersyukur sebab rumah aku dekat kan tak jauh sangat . Berbanding jarak dari Tarp dengan Ptsb sini dekat lagi . Hahaha . But Tarp always number one . Sebab rutin bulan puasa tak sama macam kat sana . rindunya nak pi solat terawih dekat masjid negeri . Apapun kita terima sebagai satu pengalam baru kan . Sebab sudah meningkat dewasa corak kehidupan pun makin berbeza . Haaaaa And yeah budak kelas Awam 3 yang dapat sini kami berempat . Amira , Kakyong , Raja dan aku . Yang lain Tarpians Amylia , Fiqa , syifaa and Annisa . Kira tarpians 8 orang semuanya . hahaha


p/s: Raya dah nak dekat jumaat ni tapi apapun  tak beli lagi cuma baju dah tempah . tak semangat betul nak raya sebab assigment memang banyak . Nak balik cuti hari selasa ni pun adudududuu banyak benda sangat nak kena siap . sekarang ni pun tengah siapkan assigment . hahahaa curi masa sat sebab otak aku dah jemm loadin sloww . Hmmm rindu nak buat kuih raya .

Thursday, May 28, 2015

MALAS

Assalamualaikum dan hai

MALAS

̶C̶̶o̶̶o̶̶k̶̶i̶̶e̶

Tak terkecuali aku akan mengalami sikap yang sangat tidak disukai ramai . Yalah bila rasa malas ni dah mai mesti kerja takkan siap , kerja tertangguh . Disebabkan Malas . Hebat juga 'malas' ni kan boleh hasut manusia . Tak kira manusia haiwan pun sama kot . sebab kucing aku pemalas .


Agin..

Tapi tak kiralah macam mana pun rasa malas ni mengusai diri kita , kita kenalah lawan kan . Sejahat mana sikap pemalas ni kita kena halang dia daripada masuk merasuk dalam diri kita . Kalau sikap malas ni tak hakis tak makan lah kita , Dengan sikap malas ni juga kita akan kehilangan berharga . Malas juga menyebabkan kita tak berjaya . Jadi kalau nak berjaya mestilah berusaha bersungguh-sungguh dan tawakkal paling penting, Kejayaan takkan mai bergolek :)

Macam mana nak hilangkan rasa malas ni . Jadi sama-sama kita perbaiki diri dan buang jauh jauh sikap malas ni . Selagi boleh dijauhi la kan .

1. Solat

Sebagai seorang beragama islam pastinya solat itu wajib . Meninggalkan solat berdosa besar . Selain solat cukup 5 waktu sebelum melakukan kerja kita disarankan melakukan solat sunat agar dipermudahkan segala urusan sekaligus melancarkan perjalanan perkerjaan tersebut


2. Doa 

Selain solat doa juga adalah tunjang utama dan senjata mukmin . Jadi sebelum melakukan kerja juga disarankan agar membaca doa terlebih dahulu . Ya la kita doalah agar dihindari rasa malas kan. Sebab tulah di sekolah kita di praktikkan membaca doa sebelum dan selepas memulan pembelajaran . Dalam islam nak memulakan sesuatu perkara ada doannya kan . jadi Berdoalah .

Doa ini antara doa yang boleh diamalkan . 


3. Hirup Udara Segar 

Ambil masa beberapa minit tarik sedamlanya dan hembus . ini kerana tubuh kita memerlukan oksigen yang bersih dan segar untuk berfungsi dengan baik . memang sangat menyegarkan . rasa refresh balik sangat sekaligus rasa malas tu semakin terhakis . Tapi janganlah hirup udara yang dicemari macam pi hirup time orang sbeelah hisap rokok . ohh i kenot .


4. Menjadikan ia penting

Maksudnya sentiasa berfikiran sesuatu perkara yang hendak dilakukan dianggap penting secara efektif membuatkan rasa malas hilang begiru . Sebabnya kita akan merasakan ianya perlu disegerakan  membuatkan rasa malas itu pergi . Paling penting buangkan sikap suka menunda kerja .


5. Bersukan

Jika kita kerap bersukan ianya dapat menambahkan energy dalam badan kita . Jadikan bersukan sebagai amalan rutin kerana dengan bersukan bukan sahaja dapat menghilangkan malas tetapi dapat membuatkan kita lebih bersemangat sepanjang masa .




 Tips diatas lebih kepada student sebabnya  ingin berpesan kepada diri aku sendiri agar buang sifat malas . Ya la nak study balik kan . Dulu bolehla dok malas malas kan . Sekarang tak boleh sebab disebabkan malas aku kecewa . Kecewa teramat . Jadi ini sedikit sebanyak membantu agar lebih kembali bersemangat untuk belajar . Ayuhh Fighting FIGHTING !