Wednesday, October 26, 2011

NILAPURA? ape benda tuhh ? ha , nie mai cek nak bagitau , drama NILAPURA akan menggantikan drama SUPERMAK di slot Aksi. Drama nie ditayangkan mulai 31 Oktober , setiap hari isnin pukol 9 malam . 


antara barisan pelakonnya ialah , Amar Asyraf(my fav nie) , Jue Aziz , Ryzal Jaafar , Memey Suhaiza dan ramai lagi , Lokasi penggambaran Drama nie dekat kellie castle di Perak .

Drama nie mengisahkan  Drama 13 episod ini mengisahkan tentang pengorbanan cinta Puteri Ratna Emas Lela untuk berkahwin dengan Putera Rangga selepas negara Bimasakti tewas kepada Nilapura dalam sebuah peperangan.

Berkonsepkan Cerita epik percintaan ianya berkisar tentang kehidupan seorang lelaki bernama Putera Rangga yang dilakonkan oleh Amar Asyraf merupakan anak kedua kepada Sultan Zainal Abidin dari negara Nilapura.
Setelah abangnya, Raja Murtaza dibunuh dalam peperangan, Rangga menjadi harapan tunggal bagi ayahandanya untuk mewarisi takhta.
Namun, Rangga merupakan seorang yang suka berfoya-foya dan sering mengabaikan tanggungjawabnya.
Puteri Ratna Emas Lela (Jue Aziz) pula merupakan puteri bongsu kepada Raja Bumida Bimasakti yang berjiwa rakyat dan gemar melakukan kerja-kerja amal.
Ratna sangat rapat dengan Dindra (Ryzal Jaafar), seorang pengawal diraja. Bagi menjaga kepentingan negaranya, Ratna sanggup mengetepikan perasaan cintanya terhadap Dindra dan bersetuju dengan perkahwinan diplomatik yang diaturkan.
Walaupun Ratna cuba berbaik dengan Rangga tetapi Rangga masih meneruskan hubungan dengan Ulia serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bakal pemerintah negara Bimasakti.
Maka, Ratna terpaksa menggalas tanggungjawab tersebut untuk memerintah Bimasakti.
Tengok jangan tak tengok pulak .
p/s: Amar berlakon tu ,,, mesti tengok punyerrr .

2 comments:

Asmaa Hani said...

Terbaaeekk Fadh ! Saya ponn peminat fanatik Amar Asyraf :'>

yana saniey said...

ehh , Hahahaha ,, kita serupa derr :)