Thursday, May 31, 2012

Airbus A380 .

 selamat pagi Uolsss. lagi 4 hari. yeahahah

As rakyat Malaysia seperti semua maklum, pesawat airbus yang terbesar didunia, A380 milik malaysia airline (MAS) selamat tiba di KLIA. Alhamdulillah,




Pesawat yang menggunakan enjin Rolls-Royce Trent 900, menyediakan ciri-ciri premium tiga kelas, yang boleh membawa seramai 494 penumpang.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan ialah tempat baring rata sepenuhnya dalam Kelas Pertama dan Perniagaan, serta tempat duduk lebih lebar yang baharu pada Kelas Ekonomi.

Tempat duduk dalam kesemua kelas dilengkapi dengan sistem hiburan individu dalam penerbangan, USB port dan kemudahan telefon satelit.

"Pesawat A380 ini akan menjadi pesawat perdana dengan menawarkan produk dan perkhidmatan premium terbaharu, yang menawarkan tahap keselesaan, kemewahan dan kemudahan terbaharu bagi penerbangan jarak jauh," 

Sejak memasuki perkhidmatan pada 2007, A380 mencatatkan rekod melangkaui jangkaan, dengan menerbangkan lebih ramai penumpang pada jarak lebih jauh dan pada kos yang lebih rendah, sambil mengurangkan pengeluaran karbon secara signifikan.

A380 berupaya terbang sejauh 8,300 batu nautika atau 15,300 kilometer.

Ini membolehkannya melakukan perkhidmatan tanpa henti dengan muatan penuh dari Kuala Lumpur ke mana-mana destinasi di Eropah atau perkhidmatan sehenti ke destinasi utama di Amerika Syarikat.

penerbangan pertama pesawat nie dijadualkan pada 1 julai 2012 from kl to london. 
A380 nie memang besar . besar dari pesawat yang lain. 
Airbus A380 yang tiba semalam merupakan salah satu daripada enam buah pesawat yang ditempah oleh MAS.

p/: 1.agak agak lha kan, flight nie lalu tak dekat rumah ? nanti bolehlha Yana  tumpang sekali yea .:)
2. besday nie nak suruh ayah beli model flight. hewheww. haritue dah selamat menegok model flight dekat kedai. huarhhh. cantik woo.
3. mimpi malam tadi puns pasal flight. 

kbye .

No comments: