Friday, February 15, 2013

Raya Cina

Assalamualaikum .

Memandangkan Kaum Cina tengah raya Tahun Baru cina , Kita pun raya sekali lah . Hahaha . 
Nampa tak permainan dia ?

Setelah seminggu merehatkan dan membina badan di rumah akhirnya hari ahad yang penuh bersejarah ini dah kena pulang ke Hostel . Oh Tidak ! Rasa baru ja aku balik rumah . Tidurdengan penuh syahdu . Tetiba nak kena balik pi sana pulak . Sejujurnya , Homework aku tak siap lagi . Nampak sangat tahap kemalasan kan ? LK lah , fizik , kimia , Bm , sejarah . Petang ni baru nak buat lah kot :)


Kejadian Pertama .
Sempena cuti raya cina ni , kami pergi Bukit Bendera . Erhhh Bukit Bendera . Kalau nak diikutkan tiap tiap hari dari sekolah aku boleh nampak Bukit bendera dengan jelas sekali . Ya Jelas sekali . Tak sampai 10 minit pun dari Sekolah aku . Tapi haritu kami pergi ke Bukit Bendera untuk kesekalian kalinya .
Seawal 11 pagi kami dah terpacak dekat depan bukit Bendera tu . Ramai gila orang . Beratur nak beli tiket hampir sejam and beratur nak naik kereta api lagi .

 Masa tunggu kereta api .

Bila sampai dekat atas , terasa angin sepoi sepoi bahasa . Tapi sekarang ni dah tak sesejuk dululah kan . Sekarang ni teropong tu dah maju . Dulu kena masukan duit syiling RM1 . Tapi sekarang ni duit kertas dah . Wahh Tahniah tahniah . Tak menyusahkan orang nak tukar duit syiling . First teropong mestilah nak teropong sekolah dulu . Hahaha . 


Betullah cakap senior senior masa orientasi dulo , Duduk atas bukit Bendera boleh nampak sekolah kita . Tak guna teropng pun boleh nampak Bangunan yang bumbung pelik tuu . Hahahaaa
Kami duduk atas Bukit Bendera tu sampai pukul 3 petang . Nak turun bawah pun kena beratur dengan serombongan mamat mamat bangla . Herhhh . Sesak nafas eden tau . Memang berebut dengan depa ja . Seksanyaa tau ndakk . Sesampai dekat bawah , Still ramai manusia berpusu pusu nak naik Atas . 




Kejadian Kedua .

Lepas pergi kenduri , kami pergi Carefour . Dan kalau pergi Carefour tak sah kalau tak masuk Kedai Buku Hassani kan . Ehh mestilah , tu tempat wajib kami tau . Sampai tiap tiap minggu datang sini . Rasa malu jugak lah tapi kisah apa kan . HAHAHA. Lepas balik memborong apa yang patut , Perot pun terasa lah lapar . 
Selalunya kami selalu makan dekat area exit Sungai Dua tu . Tapi disebabkan cuti dan jalan tu memang Jammed , So kami pun pegi makan Mee udang sg Dua dekat Bawah Jambatan . Act tak lah bawah jambatan , Tepi jambatan sebenarnya , tapi orang dah selalu sebut macam tu .


Hanya mampu kata Sedap :)

Ahad yang memilukan :(

Byeeeee

No comments: