Thursday, November 21, 2013

HOLIDAY

Hai people -_-

Last update aku bulan August wooiiiiiiiiiiiiii

paradisee! | via Facebook

Sedar tak sedar dah cuti sekolah dan penghabisan untuk tahun ni . Bermulalah episod duduk di rumah yang bagaikan syurga dunia . Wahaaaaa . Aku rasa bebas daripada neraka dunia iaitu Asrama . hari hari terakhir di asrama sangat menyeksakan . Lu tau ka ?  So balik rumah ni aku rasa tenang , nak rehat puas puas kononyalah kan . Sedar tak sedar jugak , tahun depan aku SPM . Aku sendiri tak percaya . Belajar pun main main . 

Azam aku cuti ni memang nak study . Tapi dah seminggu berlalu cuti , aku still lagi online , Tidur , yang paling penting makan . Yeahhaa . Walaupun homework bahasa melayu cikgu bagi soalan spm 2013 kertas 1 . wajib buat semua karangan A dan B . Tambah lagi sejarah kertas tiga termasuk semua bab tingkatan empat . Woahh . memang banyak . Aku dah try buat satu karangan tapi , Errrrr ! Baru semangat nak buat dah siap satu pendahuluan 

"Ahhh , mengantuklah"

With Fara , Haidah and Amira . Our Last day as form four 

Lukisan kejuruteraan aku memang ____ . So azam aku cuti ni juga nak buat latihan Lk . Aku taknak tahun depan form 5 lagi terketar ketar pegang nak pegag Set square bagai tuu . Aku taknak juga kena marah marah dengan cikgu Shukri yang InsyaAllah dia akan ajar kelas Lk aku . Dengan nak tampung Chemistry aku yang resultnyaaa Ya Rabbi . 

Dahlah result pun mengecewakan , hari hari terakhir aku pun mengecewakan . Dapat jadi KC bagi aku satu penyeksaaan . Aku tahulah ramai yang mempersoalkan kenapa aku . Termasuk warden aku sendiri . tapi aku taktahulah kann sebab dia pun dah explain bukannya dia apa apa apa . Aku sangat terasa bila mempersoalkan aku dekat surau . Yalahh kalau tak ada angin masakan pokok boleh bergoyang yee dak ? Tapi cara reaksinya aku tak buta lagi nak menilai orang suka aku ke tidak . Dari cara dia , memang tak suka aku . Kata dia aku ni lembut kena jadi keras . Kang aku tukar jadi singa aku makan habis satu blok . So aku dah buat keputusan , mungkin aku ni layak untuk jadi 'rakyat biasa' di asrama . lagi bebas melakukan apa sajaa . Tak payah nak cover cover manusia yang sudah terbukti bersalah . Last day aku dekat situ aku kena agi dengan dia . Aku pun ada hati perasaan . Mungkin aku jenis cepat terasa so terasalah aku . Dulu duduk di kelas penyeksaan di asrama bahagia , tapi sekarang duduk di kelas bahagia dia asrama terseksa .

Okay Sebenarnya aku tengah tension .

No comments: