Taman Negara Pulau Pinang ? Ia merupakan salah satu tarikan pelancong dari dalam negara mahupun luar negara . Ni kali pertama mai sini . selalu dengar orang mai sini tapi tak sempat mai lagi . Disebabkan Hasifi Sani pernah mai sini , so kami bertiga yang lain pun nak try jugaklah hiking taman negara ni . Nak rasa jugak camna hiking . Asyik dok naik Bukit Mertajam ja kann . Haaa
Bila sampai dekat Taman Negara ni , kena daftar dulu sebelum nak hiking . Takut apa-apa berlaku , senang depa nak detect kan .Hanya tulis butir peribadi dan ke mana kita nak pergi . sebab sini banyak tempat yang kita boleh pergi macam dalam peta yang tertera ni .
Monkey Beach ( Teluk Duyung)
Untuk kali ni kami pergi Monkey Beach . Nak pergi monkey beach ni boleh jugak naik bot , tapi berbayar la
. Tak pasti berapa harganya . Monkey beach (Teluk Duyung) memang pemes sebab ramai pelancong yang bermandi manda sesuai untuk aktiviti air . Kebanyakannya pelancong luar yang selalu mai kat sini . Tempat dia memang cantik dan mendamaikan . untuk sampai sini ambik masa 1jam 15 minit . 2.5KM .haripun pun makan masa lama jugak la . 1 jam 15 minit tu untuk orang yang memang kuat stamina . memag penat la . Tapi penat tu akan hilang bila kita dah sampai tempat yang cantik ni Nak kata mencabar tu mencabar la bagi yang tak pernag hiking macam kami ni . Rasa putus asa pun ada jugak , tapi punya azam nak sampai sana , tiba tiba semangat kus kus mai balik .
sebelum sampai Monkey Beach kita kena lalu sini dulu . pusat kajian USM . Kalau mai pagi siap boleh lalu lagi bawah jeti tu , tapi kalau tengah hari dah tak boleh lalu bawah tu.
Dah sampai !
Kebetulan masa kami mai sini , memang ramai pelancong dari luar negara . Banyak gila mat mat saleh . gambar terpaksa disensored . Haahhaaaa . Ikut musim la , kalau sesetengah masa tu takda sangat pun . Mungkin kebetulan memang ramai sangat berjemuran di atas tanah . Hahahaa . Masa hiking pun memang banyak kali terserempak dengan depa depa ni . Depa bawak anak-anak yang kecik lagi , yang dah berumur taraf tok tok mai hiking sini .
Ni masa dah nak balik .
Penat tak terkata . Tapi memang kenangan sangat . Mungkin kali pertama dan terakhir . Hahaha . kalau ada rezeki nanti boleh mai sini lagi . Tapi kalau diberi pilihan nak mai sini dengan bukit mertajan rela sini lagi sebab sana nak naik memang kaki kena kuat . Nak turun Best ! Sebab laju . cerun sangat . Jadi kepada sesiapa nak bercuti sini . jadikan taman negara sebagai destinasi anda ! Jangan lepaskan peluang . Nak relaxing atau lari dari kesibukan kota try mai sini . memang best tak menyesal tak rugi .
Lepas tu bolehla pi mandi dekat Air Terjun Teluk Bahang .
Have Fun .
special thanks to : Hasifi Sani
1 comment:
peta monkey beach tu nampak mcm dinosaur katek. hahaha
Post a Comment