Saturday, March 23, 2013

Awas Charlie!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tumblr_mk3ssc2t8i1qmk3n9o1_500_large

Yowww , kali ni memang rasa lama gila tak update blog ni . Dah jadi 'hostelrian' kann . Time balik rumah pun tak menyempat nak buat homework manakan nak update blog . Sekarang ni cuti sekolah dah mula , Bolehlah berholiday kann. Tapi sekolah aku macam bagi amaran tak boleh nak berholiday ,siap letak tagline 'cuti cuti Belajar' dekat kertas homework . Dengki keapaan kah itu ?

Charlie . Pernah kena cium dengan 'abang' charlie ni ? Aku  pernah kena dengan si charlie ni .Baru lagi . Baru hari Rabu lepas . Okayy bagi sesapa yang tak tahu Charlie tu apa , Charlie tu adalah Sejenis serangga yang agak merbahaya . Kalau  kena gigit dengan charlie ni memang teruk laa . First tu memang tak rasa apa apa sangat . Tapi bila dah lama sikit tu mula la rasa sengal sengal . Then dia naik merah merah and rasa gatal gatal , rasa macam nak garu garu je , tapi tak boleh sebenarnya .


ini rupa si makhluk charlie .
Comelkan ? Macam nak bawa tido je . Tapi apakan daya . .

Kepada sesiapa yang kena charlie ni di haramkan menggaru bekas gigtan charlie sebab nanti dia akan merebak dan dinasihatkan jangan makan makanan laut dan daging merah . 
Dan ada melalui sumber sumber yang agak sahih jangan letak minyak gamat atau bedak sejuk sebab ia akan merosakan lagi kulit and lagi teruk daripada itu .
Kalau korang kena dekat kaki ataupun tangan tak apa tapi kalau korang kena dekat muka memang rasa takmau keluar rumah . Kesan charlie ni dia akan lekat parut . Macam aku , aku kena dekat mata . Bila tengok dekat cermin terasa nak nangis . Tapi nak buat macam mana . Benda dah jadi kann . Nak kena cari cream hilang parut pulakan.

Tadi pergi klinik . First tu rasa okay lagi . Bila nama dah terpampang masuk dalam bilik doktor tu . Ohh Doktor perempuan rupanya , ingatkan lelaki *sakit sakit pun menggatal :) . Then doktor tu tanya sakit apa , aku cakap kena charlie . 

"Charlie ? ohh charlie je pun"
 sambil gelak-gelak .

Then dia check and cakaplah ,
  Tak ada apa apa lah dik . Charlie ja pun ,tak bahaya pun.  Kena charlie ni tak ada ubat "

Aku boleh terima . Tapi bila dia cakap tak bahaya , terasa pelik lah pulak . Kalau mata aku tak rabun ni baca kelmarin , Charlie ni bisanya 12 kali ganda daripada ular tedung sawa . Tak tahulahkan kalau 'statement' tu tipu aku . Then dapat ubat biji gatal and ubat yang jenis titik dekat mata . Kalau ergi Hospital sinun XXXXX memang doktor akan bagi ubat banyak gila kot . 

Moral of the Story , kalau kena charlie ni cepat cepat lah ya pegi jumpa doktor ya . 

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai ‘pederin’ (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannyapada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai ‘dermatitis linearis’, ‘paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis’, ‘whiplash dermatitis’ dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.
Asrama pelajar di Pulau Pinang ? Patutlaaa kann . Kbyeeee :) 



p/s: Habislahh mata aku ada parut . Jadi lanun lhaa akuuu .
Ohhhh Tidakkkk !

1 comment:

Syuhada Nasya said...

nama dea memang charlie ke? hehhe ke awak yg bg nama tu hehehe