Friday, November 22, 2013

Tiru meniru ?

Hai people -_- .

Dah seminggu aku duduk di rumah . Ada lagi satu bulan satu minggu .

Okay , setelah berapa bulan aku tak bukak , tak update entry bagai bagai macam dulu akhirnya semalam aku bukak . Memandangkan dah lama tak bukak , so aku pun tengoklah Stats . Nak tengok overview lah kann . mana tahu kot kot peberet blogger wa tengok blog wa kann . Tak ke aku guling guling gembira . Haaaa . okay balik kepada pangkal cerita . Nak di jadikan cerita aku tengoklah dekat  traffic sources . Aku menang Giveaway ke ? Haaa , selalunya facebook yang top dekat situ .


So , aku pun bukaklah dengan penuh rasa keterujaan . manalah tahu kot kot dapat hadiah kan . 
Tapi bila aku bukak , kau tahu , hati aku bagai dirobek robek . wei dahlah aku tengah tension , kau tambah lagi ketensionan tu . Gila terkejut aku .

Yang atas blog aku , yang bawah si budak budak .

Seee ? Samakan ?

Woww ? Aku tau kau excited baru buat blog bulan jun lepas . Tapi tak payah nak copypaste entry aku bagai . Dia cuma tukar yang dekat atas tu . And aku pun dengan semangat yang membakar aku pun teruslah scroll blog dia . Dan . kejutan demi kejutan yang dia bagi dekat aku . WOW . Pandai ehh ekauuu .
Setakat satu entri dia tiru aku aku bolehlah maaf kalau dia mintak lah kan . Kalau kau tiru entri berbentuk ilmiah, macam cerita ke , cerpen ke . ni tak kehidupan seharian aku lepastu kau main main tukar nama pulak . Adik kau memang comel lah .


Adik ni kira pandai lah , dia tukar tukar siket . Tapi kalau kau nak cakap totally kau yang tulis entry ni . memang tipu tipu tipu lah . Hang sekolah Guar perahu indah jugak ka? Kau balik sekolah kau naik feri ? Ahahaha . mande mande jee kan . Ada lagi weii .


Wahh . Aku ingat lagi . ni entry time aku nak pegi voktek kebangsaan . Aku softball dia pulak bola . Time ni aku nak hangout dengan kawan kawan aku dekat sunway dengan Asmaa , Badrina , Aqilah dengan Sab . Dia pergi Alamanda dengan kawan dia  Adilah , Aisyah .

Dah Aku tak larat nak screen picture banyak banyak . Bila kita dah ada blog sendiri tak payah nak ciplak entry entry orang lepastu kau just tukar tukar nama jee. buat lah sendiri . Kot lah kau amik idea aku lepastu kau ciptalah ayat sendiri . Aku bukannya nak kata blog aku bagus ka apa takk . Tak sakit hati ke tengok orang tiru kita sebijik sebijik . Dah la banyak entry pulak tu .

To Adik *Aku tahu kau budak lepasan PMR pemilik blog berkenaan .Nama kau Wani kan ?tak payah nak tiru sangat blog aku . Kau pegi lah tiru blog blog blogger yang pemes tu . Tak payah nak tiru aku . Lebih Afdhal kau buat lah entry tu sendiri Yee dak dak . Kalau kau nak tiru jugak tolonglah credit penulis asal ataupun mention nama penulis tu ataupun mintak kebenaran dekat tuan punya blog tu. Walaupun kau cakap ala benda remeh je ni . Tapi kalau kau rasa sendiri . Cuba kau rasa sendiri . memang sakit hati macam nak belasah belasah jee .

Dik kau ingat aku dengan kau penulis blog bersama ke ?

Pm aku cepat !

Kbye.

1 comment:

Izzati Amira said...

wahhh. berani gilaaaa. eeeeee. sabar je laa. haihh. macam2 la copycats ni.