Monday, November 30, 2015

New Semester

Assalamualaikum and hai .

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Dream, colors, and color image


Masa bergerak sangat pantas . Sekarang dah masuk sem 2 . Rasanya baru masuk ja kan ni dah mula sem baru . So sem ni alhamdulillah dapat stay dekat kamsis lagi walaupun terpaksa mengharungi mimpi mimpi ngeri yang gelap tak diterangi cahay dekat sini . Hahaha . Tak ada la sebenarnya of course kena join lagi aktiviti kamsis kan . Redha ja la kan . Apapun sem ni tak duduk dekat blok sem lepas . So rasa lain sikit la .

Jadual pun pagi agak padat and petang freeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee .
Dan boleh cakap semua kelas for this sem semua dekat Jabatan Awam . Tak macam sem lepas asyik ulang alik JMSK dengan jabatan Awam . 

Hope this sem lebih baik daripada sem lepas . Aminn . Chaiyok

bye 


Saturday, November 28, 2015

Giveaway Bawal Crepe From Muja & Huda

Assalamualaikum and hai .

As student memang kita nak nak cepat cepat nak gi kelas takut terlambat so mesti kita nak pakai pakaian tudung yang cepat siap tak kedut kedut , selesa di pakai and so on . So Bawal crepe antara pilihan ramai sebab senang nak iron , senang jadi tak payah la nak tiup tiup . So Jom join giveaway from Muja dan Huda .


Klik Banner untuk join 
Tarikh tutup pada 5 . 12 . 2015 . Jom join cepat cepat.


Thursday, November 5, 2015

Tuan Anas Mikael

Assalamualaikum dan Hai semua .

Harapan agar semua sentiasa sihat hendakNya . Musin jerebu dah pun pergi diganti dengan hujan . Dekat sekitar rumah pagi cerah panas lit lit bila mai petang gelap yang amat hujan kilat guruh . Minta dijauhkan dari perkara buruk Amin .


Jom countdown ! Tuan Anas Mikael bakal bersiaran di Asrto Ria 104 pada pukul 10 malam setiap hari isnin hingga khamis tak lama lagi Excited ceq tak tau nak habaq . Mimimiiiihh mihun . Since novel dia nak keluar pun i dah excited apatah lagi drama kan . Tapi tulah kira-kira balik rasanya macam tak sempat nak tengok minggu last sekali tu .

Novel hasil nukilan Syamnuerizmil memang sangat best mantop plus plus . Since novel suamiku   Encik perfect 10 memang selalu ikut novel cerpen yang super best . Tuan Anas Mikael ataupun TAM tayangan pertamanya pada hari isnin ni 9 November 2015 pada pukul 10 malam . Pelakon yang mantap  seperti Aaron Aziz sebagai Tuan Anas Mikael dan Zara Zya sebagai Cik Ayu Maisarah sememangkan awesome .Memang tepat sangat .  jom baca sinopsis pulak


" Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.
Tetapi... Di Krabi...

“Saya suka awak, Ayu Maisarah.” - TUAN ANAS MIKAEL

Tuan Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu Maisarah menyebabkan Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala bintang dan bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah menukar hasratnya dan memilih...

Mom perkenalkan, the love of my life, my girlfriend, Raisya Putri. - TUAN ANAS MIKAEL
Ayu Maisarah, kecewa!

“Tuan... Tuan tahu apa kopi yang paling pahit? Oh, tak tahu, ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit! Saya benci tuan... Tapi, macam mana, saya dah tersayang tuan.” - AYU MAISARAH

Konflik mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam kesusahan. Untuk menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan rahsia identiti dirinya sendiri dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh.

Tetapi adakah pengorbanannya itu berbaloi? Perlukah Ayu Maisarah terus menyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael yang kekwat itu.... Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat kepadanya?


“Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” - TUAN ANAS MIKAEL "