Thursday, May 31, 2012

Goodbye May welcome June

(1) Titulné fotky

harinie 31 mei 2012. Hari terakhir bagi bulan mei . esok 1 jun 2012 bakal menyusul. 

segala kenangan bulan mei tak boleh yana lupakan. Hari pekerja , hari ibu hari guru. minggu exam dan paling tak boleh dilupakan, moment moment indah bersama MR AF dari DETIK perkenalan sehinggalah detik  perpisahan. ouhoho.  huarhhh. AF lagi ! macam takda benda lain nak cakap ! okeke, sudah sudah. Yana akan ingat sampai bila bila. wahwah. romantik gitu.

kedatangan bulan Jun amat dinanti nantikan oleh Yana. kenapa erk ? sebabnya 3 jun is my birthday ! hewhew . 17 and 21 jun birthday my lovely abang - abang Yana. kami tiga beradik bulan jun. hebatkan ? and bulan jun jugak birthday MR. I. haha. i remember okay. tiap tahun Yana wish dekat dia tahu . and bulan jun jugak musim cuti sekolah. so , sambil celebrate bufday  ketiga tiga anak encik sani dan Pn azizah, bolehlha berholiday. hahaha. macamlha sempat. bulan enam nie jugaklha ramai orang yang nak kahwen . yeahaha. Tak lupa jugak, hari Bapa !

diharapkan bulan jun tahun ni lebih bermakna dari tahun lepas. okay ?

kbye 

p/s: empat hari lagi :) smile smile.

Simple GA (Musical Xiao Simple) Giveaway

hye Uolss, harinie mood yana nak join Giveway. hewhew.

♕Musical Xiao♕

just tembak banner tue if korang nak join.
simple jea kan ?

oke bye.

Airbus A380 .

 selamat pagi Uolsss. lagi 4 hari. yeahahah

As rakyat Malaysia seperti semua maklum, pesawat airbus yang terbesar didunia, A380 milik malaysia airline (MAS) selamat tiba di KLIA. Alhamdulillah,




Pesawat yang menggunakan enjin Rolls-Royce Trent 900, menyediakan ciri-ciri premium tiga kelas, yang boleh membawa seramai 494 penumpang.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan ialah tempat baring rata sepenuhnya dalam Kelas Pertama dan Perniagaan, serta tempat duduk lebih lebar yang baharu pada Kelas Ekonomi.

Tempat duduk dalam kesemua kelas dilengkapi dengan sistem hiburan individu dalam penerbangan, USB port dan kemudahan telefon satelit.

"Pesawat A380 ini akan menjadi pesawat perdana dengan menawarkan produk dan perkhidmatan premium terbaharu, yang menawarkan tahap keselesaan, kemewahan dan kemudahan terbaharu bagi penerbangan jarak jauh," 

Sejak memasuki perkhidmatan pada 2007, A380 mencatatkan rekod melangkaui jangkaan, dengan menerbangkan lebih ramai penumpang pada jarak lebih jauh dan pada kos yang lebih rendah, sambil mengurangkan pengeluaran karbon secara signifikan.

A380 berupaya terbang sejauh 8,300 batu nautika atau 15,300 kilometer.

Ini membolehkannya melakukan perkhidmatan tanpa henti dengan muatan penuh dari Kuala Lumpur ke mana-mana destinasi di Eropah atau perkhidmatan sehenti ke destinasi utama di Amerika Syarikat.

penerbangan pertama pesawat nie dijadualkan pada 1 julai 2012 from kl to london. 
A380 nie memang besar . besar dari pesawat yang lain. 
Airbus A380 yang tiba semalam merupakan salah satu daripada enam buah pesawat yang ditempah oleh MAS.

p/: 1.agak agak lha kan, flight nie lalu tak dekat rumah ? nanti bolehlha Yana  tumpang sekali yea .:)
2. besday nie nak suruh ayah beli model flight. hewheww. haritue dah selamat menegok model flight dekat kedai. huarhhh. cantik woo.
3. mimpi malam tadi puns pasal flight. 

kbye .

Wednesday, May 30, 2012

Tuesday, May 29, 2012

Holiday..

hyehye Uolss, dahdah, stop talking about AF. first entri selepas beberapa hari asyik menulis pasal AF . boring kann? mestilha boring,

Tumblr_m4rpnetlqh1r9iqjuo1_500_large

seperti sedia maklum*ayatskema jea kens cuti mid year dah puns bermula. Dah rancang korang nak pergi holiday kea, bertunang kea, kahwin kea ? hihi.

 holiday dekat mana cik akak comel and bro handsome  london ? paris? penang ? langkawi ? huih.banyak sangat destinasi pelancongan dalam dunia nie. korang pilihlah mana satu yang best yea ~
macam yana tahun lepas , yana and da family pergi pulau pangkor . yang bestnya, rancang macam tue jea. best ha jugak. hihi. tapi tahun nie, maybe tak pegy mana kot. my ayah tak dapat cuti, just harinie and kemarin. sedih kan? duduk rumah, online, study , tv, movie, games , makan ! yang tue jea keja.

to uolss yang nak pergy holiday, berhati hati, bawak kereta elok elok, berseronok tue tak salah, tapi macam orang tua tua cakap "jangan seronok sangat, satgi teriak(menangis) " .okay? to gegirls , jaga korang punya handbag. keselamatn diri. and kalau nak beli apa, tengok harga dulu, and buat perbandingan dengan kedai lain. kedai mana murah, kedai tu lha beli. HAHA.

okay , selamat bercuti uolsss, ingat Yana oke ? (sapa lha nak ingat kita) :)
kbye.

kejap suka kejap tak .

kejap suka kejap tak suka pehal kau ? haihh.


Dallas Wedding Photographer – Lynette J » Specializing in South Asian wedding photography

entahlha, perasaan nie memang sukar dibendung kan? kejap suka dia, kejap benci dia, haih. apalha.
sorie oke, harinie entry pasal AF lagi. hahaha. meroyan tak habes lagi .

pagi tadi, pegy sekolah dengan mood yang sebal, sakit hati, marah, gembira, mengantok. sedih. macam macam perasaan ada. harinie keas tambahan sujek matematik and bahasa inggeris. huaa. masa cikgu bagi latihan matematik, seryes otak jadi hang and dalam otak nie asyik terpikior jea. nasiblha kelassejam setengah, kalau 3 jam . lagi merana lha. lepas rehat pulak kelas Bi, mengantok sebab? sebab tak sempat sarapan, huahua, tepat pukul 11.30 habis lha kelas. yeahh, mata terasa sedikit segar bugar. 

tengah jalan nak balik erk, yana and da geng lalu depan pejabat, tengah best tue en, teyra cakap "wehh, tue weh tue weh, bukan kereta AF ka" WHAT ? AF ? melompat jea yana dengar. terus lupa KEJEALOUSAN yang melanda sejak kemarin.terus jadi macam tisu basah . LEMBIK. haih, im melting again . sementara tunggu dia , kami puns tangkap gambar dekat pejabat. padahal tak tangkap puns. gedikss kan? arhh, lantaklha, janji nampak muka dia . tetiba , dia terpacul, yana dah berdebar gila, macam nak luruh jantung tengok dia. baju hitam lagi . Af, kau takde baju lain ehh ? sempat tengok dia kejap jea sebab ayah dah mai. haiha. lepas tue,, nampak dia masuk pejabat balik. huh. apa yang best sangat kat dalam tuhh ?

okeke, berita terbaruu ! lepas yana balik nie, macam biasa, sign up Fb, dekat home nampak senior punya gambar, ada gambar dia lagi. dekat panatai jugak. haih. biarlha, tapi tak jeles sangat dari yang kemarin. sebab AF menyerlahkan kepoyoaannya. gambar, poyo yang amat. kelakar puns ada. okekeke.

haih, sudahlha, malas nak cerita pasal af, kalau nak cerita pasal AF nie kan, sampai bila bila puns tak akan habes. tapi last last ada jugak entri AF, sembang jerr takde.

p/s:esok kalau ada tusyen lagi kens best !!

Monday, May 28, 2012

Jealous.


Ɖяɛα



Hai uolsss :) mesti korang bosan kan , entri yana sejak akir akhir nie semua pasal AF, AF, AF dan AF. mesti dah muak dah dengar nama tue kan ? before nie yana tak pernah ha suka someone sampai macam nie. first time nehh. dulu just suka suka. tapi AF nie rasa lain. .

semalam Hani text Yana yang esok esok AF mai school.Hanya Allah saja yang tahu betapa gumbiranya hati nie. memang melompat jugak lha. sampai my sis cakap "hang nie awat , gila ka ?" HAHA. Allah itu maha pengasih lagi maha penyayanh :). tetiba Yana jadi bertenaga nak pegy tusyen sekolah esok !

Hari nie, bangun pagi memang semangat gila. pegy jea sekolah terus tengok sekuter merah ! ouh, belum ada, dia takmaii lagi.tetiba cikgu sains buat announcement "3g pegy lab" . haiyaa. masa rehat puns kami tunggu dia, tapi tak nampak puns. dia duduk dekat bilik keselamatan. budak kem jawab periksa apa tah . HUhu. masa balik nampak AF. wahwah. pakai baju hitam belang belang. semart gua cakap. Alhamdulillah, terubat jugak hati nie, tapi yang terkilan tak dapat sembang dengan dia. ala, sapala kita kan ? dia just rapat dengan senior jea. so, takda peluang lha nak beramah mesra dengan dia. 

lepas balik tadi ingat nak terus online , tapi abang yana guna pulak. Yana tak kesah pun. pc nie bukannya yana punya.tapi rasa,  tetiba hilang mood . entahlha. sekarang baru teringin nak online . bukak jea fb, tengok ada pic junior pegy  pantai with cikgu Liyana,kita yang tak tahu menahu apa,   bukak jea lha en,Terkejut mak!  perhh, ada pic AF ha . tetiba jea rasa mood gila tak dak. its  okay, dia kan rapat dengan budak junior and senior. dia tak hajar budak spm and pmr :(. sebab tue budak batch 3 and 5 tak rapat dengan dia.  tapi itu hak dia, sapa puns tak boleh nak halang . suka hati dia lha nak keluar dengan sapa puns. kan ?
kan kalau best yana and da geng buat macam junior buat ? hangout dengan dia . haishhh merepek lha kau yana. sudah sudah tak payah nak berangan !.

Unspoken soul

p/s: hilang mood aku. haih..
sudahsudah tak payah nak berangan .
study lagi bagus dari ingatkan AF.

Sunday, May 27, 2012

This entry is unavailable



we-like Bali


salam Uolss.Beberapa harinie yana asyik buad entri yang jiwang and sedih kan ? entahlha, perasaan suka dekat AF tak boleh dikikis lha. setiap hari online, sign up fb , mesti fb si dia yang yana terjah dulu and twitter tweet pasal dia, gila kan ? huhuhu.


Rays of the Sun

seryes cakap , Yana rindu moment bersama dengan AF. rindu nak dengar suara merdu AF menyanyi and baca yassen.  Mungkin yana takkan jumpa dengan AF lagi and mungkin boleh jumpa. 
Hope sangat lha en one day boleh jumpa dia and dia kenal lagi. (impian). susah tau nak jumpa lelaki yang serupa macam AF. 
AF suka pengaruh orang jadi lawyer. BHAHA. hebadkan? tapi, yana tak terpengaruh sebab yana bukannya pandai nak bercakap depan orang ramai, huahua.
2minggu yang sangat bermakna. walaupun 2minggu tue sangat singkat, tapi bagi yana and da geng, 2 miggu tue sangatlha berharga, banyak moment yang tak dapat dilupakan sampai bila bila. :)
cikgu KF, awak inspirasi saya ! awak buat saya tersenyum sepanjang masa ! dan awak juga kenangan saya !

p/s: gilakan sukan dekat cikgu sendiri? nasiblha cikgu sandaran jea, kalau cikgu betul lagi parah lha en ? BHAHA.

Saturday, May 26, 2012

Tudung Murah Collections GIVEAWAY !

selamat pagi. harinie mood nak join GA . meh kita join oke.

 just cium dekat banner tue if nak join :)
join oke ?




kbye :)

Friday, May 25, 2012

Terima Kasih Allah



CarO DiariO*
pernah kan ?

Uolsss, just nak story nie yerk.sebab hati Yana sekarang nie dah parah dek ada seseorang dah menggoncang hati nie. 

Hari nie hari last buat MR AF. korang tanya sedih tue, memang tak tahu nak cakap macam mana. macam tak nak lepas dia pergi jea en .Tapi apakan daya. 

semalamkan, Yana and da geng, kyla and Hani memang doa sangatlha hope harinie ada keajaiban yang berlaku. Alhamdulillah, Allah mendengar doa kami semua. Terima kasih Allah. itu maknanya Allah sayangkan kita kan? Tapi keajaiban tue menyakitkan kawan yana. kawan Yana kena histeria. And untuk pengetahuan uolss.setiap kali member yana nie kena kacau dengan "benda halus" selama dia ada, dia yang tolong rawatkan member Yana. Kalau korang dengar lha dia baca Yassin kea, ayat-ayat memang sedap sangat. 
dia dah stay dekat sekolah yana lebih kurang 2 bulan. Bak kata pengetua walaupun AF duduk kejap jea sekolah nie tadi dia banyak berjasa . memang pon, first dia masuk dah kena hajar kawad bomba, debat . macam2 lha. dia kan Cikgu SERBA BOLEH. cikgu kan kuat. 

sambung balik. so harinie, benda yang tak diduga berlaku. kawan yana kena histeria lagi. seryes wa cakap, memang tak sangka, sebab before tue , member yana nie hepi jea, siap boleh nyanyi lagi. 
lepas dah oke, nampak sangat AF macam taknak lepas kami jea. Siap  bagi PSP dia and cadangkan pegi library lagi. Heran jugak kan. kalau cikgu lain , mesti dah halau balik kelas. And latest ,lepas Yana baca blog Hani and kyla baru yana perasan yang sebenarnya dia telah menipu kami. tipu sunat kot. dia cakap dia takdak kelas, dia duduk library sampai balik, padahal dia bawak kelas dia pegy library. Padahal tadi muka dengan penuh  yakin "saya takdak kelas". 

Dialah cikgu paling sporting, baik. otak gila gila. serba kebolehan kan . serious cakap, dulu yana and da geng memang tak suka dia. Dulu, kalau jumpa dia mesti cakap "mata aku bernanah" ataupun "sakitnya mata ". sebabnya dia suka pakai baju yang ketat. betul lha kata orang "dulu benci sekarang sayang" . tapi yang terkilannya 2 minggu before dia keluar baru lha suka dekat dia. so, To cikgu KF aka panggilan mesra yang direka oleh da geng mr AF, gudluck oke dekat dunia luar sana, hope cikgu dapat capai impian cikgu yang nak jadi Lawyer tueh. Teruskan menyanyi .sebab suara anda tersangatlah merdu sampai boleh gugur jantung dengar AF nyani lagu perpisahan masa Hari guru . lagu tue dah lha sedih. memang gugur juga airmataku. semoga cikgu bahagia selalu. Kahwen nanti jangan lupa jemput ehh :)

AlYcEeA

thanks cikgu sebab buat saya gembira dan merasai akan kehadiranmu .
kbye .

st GiveAway by Nabila Medan


salam jumaat.. kali nie yana di tag oleh cik puan  kyla . thanks beb !
yana join oke ?


just tembak banner kalau nak join oke .

tag


kbye.

Wednesday, May 23, 2012

Suami Aku Ustaz !


Fammi ridere il cuore

Alhamdulillah, suami aku USTAZ :)
selamat petang cik abang anghandsome dan cik akak yang comel lagi bergaya. 
Suami aku ustaz ! yep, suami saya ustaz(baru nikah tadi  nie. gedik kejap). 

nie novel yang agak latest lha jugak, tapi dah menebusi pasaran dah lama. agak-agak en, bila lha Yana boleh peluk cium novel nih. jealous tau tengok orang lain dah tahu ending novel nie,kita baru baca bab belas belasjea. tue pun baca dekat belog penulis novel nie. sis Hannah.


novel SUAMI AKU USTAZ memang best ! kahwin diusia muda. hihi. kalau korang baca novel nie memang tersenyum punya. first time yana baca pun dah tersenyum meleret. tak dapat banyangkan kalau kahwin dengan ustaz sendiri and merangkap sepupu kita pulak.. HAHA.

sinopsis

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?



“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?


“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

agak rugi lha kalau korang tak baca. cerita paling sweet .

p/s: 1.japjap, just nak tahu, sekarang nie memang ternd kahwin awal erk ?
2. esok last exam. yeahuuuuu.

Monday, May 21, 2012

exam week.


May the odds be ever in your favour ★

heyy, selamat petang . esok 1 rejab. moh yea kita puasa.

peperiksaan pertengahan tahun dah bermula. sebenarnya dah lama mula, sekaj hari khamis lepas. okee.
soalan kauorang janagn tanya lha. susah bebenor. 

dapat soalan Bm kertas dua pun dah tersentap. tetambah Bi paper2 en. lagi tersentap hati mak nak. 
so harinie isnin. mathematics. lagi lha susah. dah baca buku, tapi still tak bole . apa masalah erk ? huhu.
esok selasa sains hari rabu geografi and khamis kemahiran hidup dan sejarah. haha. sorie lha entri nie dah jadi 
schedule pula. maklumlha , jadual periksa takde. HAHA harap kawan jea. hihi.

kbye.

p/s:4 days to go :/

i really.

Sunday, May 20, 2012

1st GA:MairaDiana Nak Kasi Brooch

gud moring guys.. yana join GA nie 

klik banner tue if nak join .

join erk 

kbye

Saturday, May 19, 2012

Ibarat lilin membakar diri.

selamat pagi uolsss , dah lama bebenor yana tak update. exam midyear dah serang Yana. haih.

Tumblr_m3zf1xy46y1r5swz5o1_500_large
pernah buat ceni? XD

Tanggal 16 mei setiap tahun disambut sebagai hari guru. Selamat hari guru buat guru seluruh malaysia , guru2 di skpm , smkgpi. and terutamanya guru terhebat yana, mak and ayah. .

hai rabu haritue sekolah yana pun tak ketinggalan buat sambutan hari guru kali keempat. :) Tema tahun nie purple blink blikn. HAHA. so, hari tue, pegy jea sekolah , semua cikgu jadi purple jea.Tapi ada jugak lha cikgu yang tak ikut tema (lumrah lha tuh). sambutan hari guru kali nie buat sampai time rehat jea , lepas rehat belajar. HAHAHA.(kay puas dah gelak?)

okekey, acraa pepagi tue mula dengan perarakan masuk warga cikgu2 sekalian .


lepas bla bla bla. masa untuk cikgu2 sekalian menyanyi (tiap2 tahun lagu tue, aku pun terhafal sekali)




lepas habis semua. SENIOR sekalian umumlha cikgu paling ceria ,paling sporting,cikgu paling popular(tak silap lha, bukan dengar pun). to cikgu yang menang tue,tahniah oke ? pemenang dipilih berdasarkan undian para murid sekalian.

tak lupa jugak ada persembahan. hihi :) macam tahun lepas ada persembahan sajak, nyanyian oleh para cikgu sekalian. ada sukaneka. (yang tue jea kot)


dalam banyak2 persembahan, persembahan nie paling best kot . hihi. cikgu kharul fahmi a.k.a ustaz hot. 
cikgu nie dah nak keluar dah . dea guru ganti jea.hari jumaat nie dea last dekat sekolah .
suara cikgu nie, boelha, sedap lha jugak. 3 lagu dea nyani first dea nyanyi lagu kau ilhamku, second berduet  lagu zombie and last lagu perpisahan and paling best yang tiptop masa dea nyanyi lagu perpisahan. perhhh. 

cikgu zamberi pun nyanyi jugak. sedap jugak suara dea. macam jamal abdillah jugak. pastu cikgu perempuan pun ada jugak. cikgu Fadhlina,cigu zaidatul and cikgu maziah(cikgu sejarah saya tuhh) masa cikgu nie nyanyi takdengar sangat sebab budak2 dah ramai bising. haih.

pastuada jugak acara potong memotong kek. lepas tue ada jugak sukaneka .tapi yang sedihnya tak ramai sangat cikgu yang masuk. just beberapa orang jea. cikgu yang lain entah hilang kemana.


nampak jelas muka keceriaan :D

lepas tue rehat and masuk kelas. belajar. sebab esok tue periksa. kesian kan?

terima kasih cikgu. Tanpa cikgu mungkin saya tak tahu cena nak buad summary, kenal polygons. tahu sejarah , and tahu tentang bentuk muka bumi.  tahu nak buad solat istikharah, hajat , karangan pepanjang. :)

TERIMA KASIH CIKGU.

oke. kbye

p/s:1. SEKALIAN, ayat tue jea banyak :D
2. soalan susah,tenganga mulut kau. :/

Sunday, May 13, 2012

I love you mak .

Girls love chocolate...

ibu ,ibu,engkaluah ratu hatiku.Bila ku berduka engkau menghiburkan selalu.

tiba jea bulan mei. mesti semua orang akan sibuk nak plan macam maccam kan?
hari pekerja jatuh bulan mei. begitu jugak dengan hari ibu dan hari guru.
hari ibu disambut setiap tahun pada 13 mei . 

so, dalam kesempatan nie. Yana nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada wanita yang bergelar ibu.
terutamanya buat my mak  ,Pn Azizah bt Jusoh, selamat hari ibu, mak.
walaupun mak sekarang tak ada dekat rumah sebab ada kursus(hish sebal betul dapat tahu mak kena pergi kursus) tapi hari hari berikutnya mak ada dekat rumah with me. hihi.

mak sekarang nampak sibuk sangat. pergi kerja. lepas tue pergi rumah mak lang , pegy mandikan tok. pukul 7.30 baru balik. lepas balik tue. nampak mak baru boleh rehat lepas tue  buad ringkasan mengajar,akaun lagi perhh.(susah tau jadi cikgu tadika).
pagi pagi nak kena masak untuk kami sefamily pulak. tiap tiap hari buad benda yang sama.
yana rasa berapa jam jea bole duduk dekat dekat, sembang denga mak. yea lha. Malam yana pulak tusyen. pukul 10 malam baru balik. huhu..

mak. i just wanna to say. i'l love you until my last breath even anakmu ini tak selalu cakap sayang dekat mak.


love you.

kbye.

Saturday, May 12, 2012

Lomo Wave ! By Miraa Hussin & Amer C.

kali nie Yana nak join GA pulak. kali nie hadiah yang teramatlah menarik. hadiah lomo wehh.


klik banner yang comel tue kalau nak join

nak join giveaway nie teramatlah senang.
nie syarat syarat dea

1.Wajib untuk follow blog Miraa Hussin and Amer Corner
2.Like fanpage kami berdua. Boleh tengok kat tepi blog kami berdua ataupun klik je button like kat atas tu
3.Copy paste code tu dekat entry korangAmbil banner bawah ni then letak kat sidebar korang
4.Pastikan korang bagi link penyertaan bukan link blog


hope lha bole menang. Amin :D
XD

kbye.

Friday, May 11, 2012

apakah ini ?

selamat malam semua. first , minggu depan Yana exam, so doakan yana . insyaAllah, yana buad yang terbaik. second,
my mum takde pergi kursus sampai hari isnin nie. huhu. sedeh teramat sebab kena kemas  rumah, bagi makan ayam, kucing. (hey merungut nampak )

X_516d23f4_large
XD

korang pernah makan keropok roda ? tak pernah ? haish, takkan kowt. hihi. Dekat kantin pun ada jual.
HAHAHA.

nie lha keropok roda.

sebernarnya, Yana pun taktau nama apa keropok nie. tapi selalu dengar orang panggil keropok roda. so panggil jea lha. time kecik kecik, mak Yana tak bagi makan keropok nie sebab banyak ajinomoto. super ring pun tak bole. tapi sekarang nie dah besau  melantak jea. haish :/
nak makan tue bole lha, tapi tak bole lha selalu sangat.(tapi nafsu makan suruh makan , makan jea).
sekali 'ngap' jea habis. 

dulu kenduri ada bahulu, kuih kapal terbang. macam macam lagi lha. sekarang nie pun ada jugak kuih muih nie nie, tapi kebanyakan kenduri dorang pek keropok jea. tetambah keropok roda nie. senang. kalau kuih nak kena tempah segala bagai, keropok nie, senang jea. pergi kedai, amik, beli , bayar. balik rumah terus pek. 

murah jea kan 50 sen jea.
nyumnyum.

kbye. 

Monday, May 7, 2012

Gonna Travel the world.


Tumblr_m3n8jyisip1rts7kao1_500_large

kalau diberi pilihan kan, Yana nak pegy Mekah, Madinah, Paris and korea. hehew.
korang ? nak pegy mana pulak ?
bumi Allah nie kan luas. so bolehlha kita pegy melihat keindahan alam nie. XD

and teringin sangat nak pegy jabbal rahmah and kaabah. ouh, untunglha sapa yang dah pegy umrah and haji. doakanlah, yana dapat pegy sana jugak one day k . Amin :D
XD

mak selalu cakap,
"doalah banyak banyak . insyaAllah kalau ada rezeki tak kemana mana pun.
yang penting kenalha belajar rajen rajen. dapat keje besar, pegylha mana pon nak pegy. 
nie tak asyik online24 jam jea "

hahah, acene nih ?

kbye.

p/s:ketandusan idea. so so sorei. hihi

Exclusive Giveaway By Cik Bunny

selamat petang , and hye.

masih lagui mood nak join giveaway and segmen. 

giveaway kali nie cik bunny. yana pernah menang Ga cik bunny nie . tapi masa tue tarikh tuntut hadiah dah habes. so nak join lha sekali lagi. mana tau ada rezeki sekali lagi. yea tak ? 


nak join, klik banner dekat atas tu yer :)

 Giveaway ini dianjurkan oleh Inspire Bunny ditaja bersama NMA ShopButikpinkkuBunny Inspired dan Heart Inspiration (boutique)




kbye.