Wednesday, May 23, 2012

Suami Aku Ustaz !


Fammi ridere il cuore

Alhamdulillah, suami aku USTAZ :)
selamat petang cik abang anghandsome dan cik akak yang comel lagi bergaya. 
Suami aku ustaz ! yep, suami saya ustaz(baru nikah tadi  nie. gedik kejap). 

nie novel yang agak latest lha jugak, tapi dah menebusi pasaran dah lama. agak-agak en, bila lha Yana boleh peluk cium novel nih. jealous tau tengok orang lain dah tahu ending novel nie,kita baru baca bab belas belasjea. tue pun baca dekat belog penulis novel nie. sis Hannah.


novel SUAMI AKU USTAZ memang best ! kahwin diusia muda. hihi. kalau korang baca novel nie memang tersenyum punya. first time yana baca pun dah tersenyum meleret. tak dapat banyangkan kalau kahwin dengan ustaz sendiri and merangkap sepupu kita pulak.. HAHA.

sinopsis

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?



“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?


“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

agak rugi lha kalau korang tak baca. cerita paling sweet .

p/s: 1.japjap, just nak tahu, sekarang nie memang ternd kahwin awal erk ?
2. esok last exam. yeahuuuuu.

3 comments:

HAJAR said...

Waa...Novel nih memang best..
Saya pon dapat bce sikit jek..
Tu pun bce kat penulisan2u...^^

AsmaaHunneyy ♥ said...

Novel ni sumpah best! Haha :D
Rugi kalau tak baca, serius!

yana saniey said...

Hajar:yana puns baca sikit . best sesangat. :)

Hani:memang rugi sangat kalau yana tak baca. novel nie buatkan yana teringat dekat AF :)