Friday, April 22, 2016

Descendants Of The Sun

Assalamualaikum dan hai

Minggu lepas adalah minggu terakhir tayangan Descendants of the sun . Drama 16 episod ni memang popular di seluruh asia dan rating drama ni sangatlah tinggi dan  sejak ditayangkan 24 Februari lepas . Memang tak dapat dinafikan drama ni memang abosulutely terbaiklah .




sebab apa terbaik ? Sebab drama ini sangat berbeza drama korea yang aku tengok sebelum ni walaupun taklah banyak sangat aku layan drama korea Tengok pun gitu-gitu je .Dan asalnya aku tengok drama ni sebab nak tengok Song Jong Ki je . Tapi lama-lama dah jauh cinta dengan semua karakter dalam tu dah jatuh hati dengan DOTS ni.  Kisah percintaan Captain Yoo si jin(song jong ki) dan Dr kang Mo-Yeon (Song Hye Kyo ) Tak Silap , Song Hye Kyo ni pelakon Drama Fullhouse  .Still cantik macam dulu maintain betul kan .

Sambung balik heheh ok Asal nak dating ja pasti ada halangan . Dalam drama ni bukan sahaja kisah percintaan mereka saja yang ditayangkan tetapi kisah cinta karakter yang lain juga macam Sergeant Seo (Ji Goo ) dengan Myeong joo (Kim Ji won). The best one sebab Song jong ki and Ji goo bawak watak tentera memang terbaik . Semangat kenegaraan dan semanagat cintakan negara yang tinggi memberikan drama ni mendapat impak yang sangat tinggi . Perdana Menteri Thailand pun seru rakyatnya tengok DOTS tau ! haha . Plot cerita dia memang tak sangka baru ja happy tengok hilang pulak kan dan banyak lagi la kalau nak flashback balik .




Dan sekarang ni tengah ada special episode ada tiga episod semuanya . Hari ni merupakan hari last for special episod kalau tak silap . Aku hanya tengok episod 1 itu pun tak habis sebab macam flashback centu ja kan so baik aku qada semua episod terus hahaha .

Apapun i will miss big boss , wolf , snoopy , harry potter , picollo . semua ni aplha team . Beauty , medical team semualah kan rindu hahahah . Dan satunya scene dekat Uruk tu buatkan aku jatuh cinta dengan Drama ni. Sangat cantik memang pandai betul pilih tempat . Paling aku suka dekat bangkai kapal tu wow memang terbaiklah scenery dia .




Nilah tempat dia sangat cantik Uolls  . Sebenarnya ini adalah Navagio Beach atau Shipwreck Beach yang terletak di GRECEE  dan menjadi salah satu tarikan di sana tau .










Memang Cantik !

Setakat ini saja review DOTS ni apapun will miss this drama . Anneyongg

안녕히가세요