Friday, March 30, 2012

Biru menang !

yeahaha, rumah biru menang ! cayalah ! go biru,go biru ?

ehh? asal Yana terlebih excited ? HAHAHA. padahal Yana tak sumbang APA APA mata pon kay ?

→carolinanykvist← -

harinie,school yana baru buat merentas desa kali ke4.masa sampai dekat sekolah  , semua orang tanya "weh,hampa nak lari dak?" HAHA. terbaik!
Lepas tue,ada acara senamrobik. Yanag peliknya, senamrobik tapi lagu macam nak menari zapin. pelik kens?
Masa dekat garisan MULA, tak sempat nak ready lagi, cikgu dah mula lepas . haishh cikgu, kalut tak menyempat.

Yana,Kyla,Nina and Hani punya bersemangat nak berlari lari . sebab taknak jadi orang last yang ada dekat belakang.(taknak sejarah berulang)
sampai jea dekat depan kompleks semua dah tercungap-cungap. HAHA,. tadi semangat terlebih.
lepas tue kitorang jalan jea. tapi ada jugak lha lari. 
tengah seronok jalan tengok budak budak kelas 2 dah mula potong kitorang . chaiyok dek!

lepas kitorang lepas check point yang first (tak dapat getah pon) tetiba flight lalu. woahaha. para peminat fanatik flight meroyan lha bila tengok flight.bukan satu fliht jea lalu, tapi banyak kowt. Maybe area kitorang nie memang jalan dea kowt. hihi. jalan kedepan sikit , tetiba nampak lembu sedang makan rumput. 'mowww'
lembu tue macam marah kitorng jea. siap buat gaya kaki dea. haha. dahlah Hani pakai baju warna merah. Kang tak pasal kena serondoi dengan lembu tuh..

lebih kurang satu jam setengah,Alhamdulillah,selamat jugak sampai sekolah yang terchinta(HOHO).
rumah BIRU dinobatkan juara merentas desa. wah. rumah sukanYana tue. tapi yana tak sumbang mata pon. haha. takdak perasaan pon masa cikgu RM umumkan :P

pukul 12 balek and sekolah bagi cuti 2 hari saje. sabtu dan ahad. hua

p/s:rabu lepas,rumah yana jadi;roundboard'helikopter. HAHA. bangga pulak ? err,

k bye






Tuesday, March 27, 2012

5 Cara Elak Dirompak.


Alles nur in meinem Kopf

bagaimana cara nak elak barang-barang korang dirompak ?

1.untuk mengelakkan rumah korang dirompak,pasang perangkap tikus sebanyak mungkin, letakkan umpan emas atau besi ataupun duit.

2.Untuk melindungi kereta korang, langgar apa-apa agar kereta korang kemek, pancitkan tayar . beli rim'second hand  yang paling buruk. beli ezsos paling murah dan jangan letak striker pada kereta.

3.Untuk motor,pancitkan tayar,cabut'spark plug' dan sentiasa memastikan tangki minyak kosong.

4.Untuk anak korang or adek,beli baju bandle untuk mereka pakai,beri hanya 50 sen sehari pada mereka.

5.Untuk korang sendiri, jangan suka menunjuk-nunjuk(berdosa tau!!) 

so ? boleh pakai ker idea nieh ? 
HAHAHAHAHA

p/s:just joking untuk menghilangkan stress yang belungguk nie.


1st Giveaway by Ceritera Alline





nak join klik banner kat atas :D

syeeda
anak tabuan comot

join yer :D

kbye.


Monday, March 26, 2012

10 petanda sidia adalah jodoh anda.

hye uolss. korang dah ad awekss or boyss ? HAHAHA. 
jom kita tengok , adakah boys or awekss orang tue adalah jodoh korang atau...


classic case 


1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. 



3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. 



5.Percaya Mempercayai
 Adakalanya rahsia  perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat.



6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. 



7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



p/s:Allah s.w.t telah menetapkan siapakah jodoh dan rezeki kita.


Segmen: Bloglist April-Mei Bersama Jebat


yana join jugak yer :D
dah lama tak join segmen. HAHAA

 

korang nak join? klik banner dekat atas tue.
tarikh tutp segmen nie 31.03.2012.
sempat lagi rasanya kalau korang nak masuk oke ?

join ramai ramai tau

kbye

Sunday, March 25, 2012

500+

hye.followers blog Yana dah meningkat 500+. nie mesti penangan 2nd Giveaway. 
jom tengok sapa followers yang bertuah tue


jeng

jeng

jeng

.
.
.
.

.
.

.
.



thanks sis sebab sudi jadi followers blog Yana yang ke-500 :D




Wednesday, March 21, 2012

congratulations..

Ocean of Emotion 

"Congratulations and celebrationsWhen I tell everyone that you're in lovewith meCongratulationsand jubilationsI want the world to know I'm happy as can be."
lagu kat atas tue cam takda kena mengena je. HAHAHA
Tumblr 

Tahniah kepada kakak2 and abang2 yang dapat result SPM harinie. congrates yaw!kepada yang cemerlang tu tahniah lagi. tapi buat sesiapa rasa reslut dea kurang bagus. its ok. jangan rasa kecewa sangat . tak bermakna korang gagal selama-lamanya oke ?
abang Yana pun amek result jugak harinie.congrates tau abang min. dalam semua adik beradik, abang min selalu dapat result highest dari yana , kakak dengan abang. tahniah jugak buat my cik ah and my sis in-law, sis syifa <3
perjuangan korang semua masih panjang. peluang masih banyak lagi.

bye
p/s:huhuh. PMR pon tak lepas lagi. nie kan pulak SPM lagi lambat lagi. huaaaa




Tuesday, March 20, 2012

kelas Tambahan Dibatalkan...

å·¥ ❤ ã„š◯∪ 

"harinie Tusyen dibatalkan. cikgu demam. so, cikgu tak larat"

harinie budak-budak kelas 3 Gemilang bersorak keriangan tatkala cikgu Nora mengumumkan kelas tambahan dibatalkan.(ayatskema)
HAHAHA

setiap hari selasa dengan khamis budak PMR tusyen. budak SPM tak tahu pulak. diorang punya schedule.setiap hari tue mesti kena balik pukul 3.15. HUH.
setiap hari Yana  balik lambat. isnin kena jaga library.cuma hrai jumaat jeabalik pukul 12 TEPAT !
harinie jea balik awal. haha. terasa Bahagia.

"ALHAMDULILLAH"

k bye 

p/s:folio der. entah bila nak siapkan. 




Saturday, March 17, 2012

super sweet fifteen...

"Hepi besday to you,hepi besday tou you, hepi besday to Nadhrah, hepi besday tou you ,"

283372_194275707296360_172690352788229_552196_793910_n_large 

hepi besday to Nur Nadhrah Nabilah. panjangkan nama dea? hahaha. korang mesti tertanya-tanya sapa dea kan? Nad nie kawan baik yana masa sekolah rendah  dulu. kitaorang satu kelas, pegy tusyen sesama, apa yang kitaorang buat mesti sesama. dah macam kembar lha. tapi ita bole terpisah sebab skolah tak sama. mula yana tau kitaorang skolah tak sama macam nak nanges pon ada. 


 
nie lha besday girl .
comel kens?

semalam ingat nak celebrate besday Nad. yana ngan ruby beli aiskrim jea. hhahha.
*nampak sangat duit da takde. hahaha. aiskrim seringgit jea.
tapi bila pegy ruma Nad,tok dea kata takda, keluar ngan family. hahaha.
last2 aiskrim tue bagi dkat ruby. hahaha.
takpa, InsyaAllah nanti yana bagi hadiah k?

gud luck k, PMR nanti buat yang trbaik yea sayanss.
and May Allah Bless you Always :D

hepi besday Nad
sayangss hang. 
huahahaahah

p/s:lepas balik dri ruma Nad, Ruby main kejar itik. huaaa. sian itik tu. apala chek ruby sayangs.
27 nie besday kau pulak. hahaha




Err, Kau ada ?


Tumblr_m0hyf7aui11ql7td4o1_500_large 

kau ada camera sekaligus jadi kek ?
takda kan :D
hahaha

p/s:tak tau nak buat apa .


Tuesday, March 13, 2012

Tak Sabarnye..

serious cakap tak sabar gila! tak sabar nak baca novel ISM. ISM ap tue? hahah, novel Isteri Sparuh masa lha. dijangka bulan April nie keluar. novel nie karya suri ryana. ala, penulis novel MAID .


Mula mula tue Yana baca novel nie dekat penulisan2U. kat situ novel nie tak silap sampai bab16 jea kowt. pastu, sambungan dya dekat blog kak suri sampai bab20 jea. Nak tau sambungan dea , kena lha beli. tak sabanyer !

i'm waiting Medina Izwani and Dr Nazrin Shah

p/s:hope my mum kasi beli. hiihi

Monday, March 12, 2012

saya tahu Awak Cantik .

Melihat dia dari jauh, sudah cukup buat aku terpegun. Sesekali mata menjeling, cuba mengimbas mana yang sempat pada susuk tubuhnya. Alangkah indahnya ciptaan Tuhan.
Dia melangkah rapi, umpama  langkah seekor kucing yang menyilangkan kaki pada setiap hayunan langkahnya. Rapi dan teliti. Saat angin menghembus lembut pada wajahnya, terbang rambut panjang yang dibiarkan lepas tanpa diikat, mahupun ditutup. Hitam bersinar tatkala disuluh cahaya mentari.
Pakaiannya canggih, moden, dan terkini. Menyarung kemeja sendat berwarna ungu, sambil digayakan dengan seluar slack panjang berwarna hitam, serta digayakan dengan tumit tinggi berwarna hitam berkilat bertakhtakan batu permata, juga beg tangan berjenama mahal dikepit pada lengannya. Sungguh melambangkan wanita korprat. Sesekali mendabik dada tatkala berselisihan dengan sesiapapun, menandakan dia berkeyakinan tinggi. Pandangan matanya tertancap ke hadapan, seolah-olah melihat matlamat yang ingin dicapai dan dilaksanakan untuk hari ini. Hebat sungguh wanita ini.

Namun, kekesalan mula terserlah, bila dia tidak tahu yang sebenarnya dia cantik. Sayang seribu kali sayang, dia tidak tahu. Wajah yang indah, serta tubuh badan yang mampu menggetarkan iman sang arjuna, itu dia tidak sedari dan tidak tahu.
Sebab apa dia tidak sedar dan tahu? Kalau dia tahu dan mengerti akan kecantikan dirinya, sudah tentu dia tak perlu membuka dan mendedahkan kecantikannya kepada umum. Tidak perlu dia ralit menghebahkan dan memperagakan susuk tubuhnya pada pandangan mata bukan pada orang yang selayaknya. Kalau dia tahu akan kecantikannya, sudah tentu dia tidak perlu menghebahkan kepada orang lain, orang lain sendiri akan menilai dan menyedari akan kecantikan dirinya. Cukup baginya menutup apa yang haram pada pandangan mata. Itu penilaian umum untuk menjatuhkan hukum kecantikan padanya.
Hari ini ada wanita yang sudah terlalu murah. Mempamer susuk tubuh pada umum, setiap inci ruang tubuh ingin didedahkan. Semakin hari semakin hebat hebahan dan tayangan dilakukan. Demi mengail pandangan arjuna padanya. Supaya sang lelaki melihat dan kagum akan kecantikannya. Supaya lelaki memuji dan memujanya.

Wanita, usah kau berlumba-lumba memurahkan maruah mu. Jagalah sebaik mungkin. Tiada lelaki yang berminat menjadikan kau suri hidupnya bila kau sudah rosak dan murah akhlak. Tiada lelaki berminat untuk menanggung dosa kau yang sibuk melaram bukan untuk suami tetapi untuk pandangan lelaki luar yang tiada hak keatas kamu.
Ingat wahai wanita, jagalah akhlak dan maruah mu, meskipun tidak  dipandang lelaki, kerana Tuhan akan pandang kau sebagai muslimah sejati, dan moga kau menjadi bidadari dunia yang indah dan mendapat keredhaan Allah SWT...
sumber:iluvislam.

Friday, March 9, 2012

Err, kau nie perempuan ke orr .........?

hello guys, minggu nie minggu last sekolah before kita cuti kan? cuti nie korang pegy mana? hihi.


EΔSY!❤ - Page 1 of 4
gambar nie takde kaitan langsung dengan citer nie :)

entry ni khas untuk that girl.jangan terasa kay.err,
sebenarnya,kau nie pompuan kea maknyah kea, papa ja lha. serious aku cakap,tolong la jangan berjalan macam tue. dengan badan melentok. macam nak menunjuk yang body yang kurus sangat tu.
 that girl nie dulu  kawan rapat ngan Yana. err,,rapat kea? dah lah tahun lepas , pompuan nie sanggup tipu kawan2 Yana (:)). Engatkan dah insaf sebab cita ni cita lama,tapi, perangai dia still tak berubah.huhu.
dekat sekolah tadi ,pompuan ni lalu seelah Yana masa nak salam dengan cikgu before keluar kelas.tetibe yana terlanggar dia. nak tau apa yang dia cakap ? "aiiiiiiiiiii" err, geli geleman. kalau suara dia tue merdu sangat tak kisah. tapi suara macam ______?
hey,kucing ak bermeow-meow sedap lagi.huh

please la kawan.tolongla ubah sikap. please be yourself.
tolong la yer.. 
muka penuh harapan.


Wednesday, March 7, 2012

comel kan ?



Tumblr_m0hdix0way1qd4q01o1_500_large
comel kan anak cik rimau nie ? cam nak bela jea. buat bantal tido. zz

alhamdulillah, akhirnya exam up1 da berakhir harinie.last paper tadi sejarah. jangan lha tanya soalan tue susah kea tak. bhaha. lepas cikgu kutip kertas OMR. yana senyum sampai telinga. nie baru exam awal tahun da susah, kalau PMR? haishh, sabo. itulah dugaan. hihihi.
harinie enjoy ,masa dapat result nagis tak sudah . huaa.

Tuesday, March 6, 2012

Cik Bunny Buat Giveaway LAGI, Join Sekarang!


yana join jugak :)



nak join ? klik kat banner tue :)
1) Mempunyai alamat di Malaysia.

2) Tak wajib follow Blog Cik Bunny dan like facebook fanpage.

3) Buat satu entri bertajuk "Cik Bunny Buat Giveaway LAGI, Join Sekarang!" Tajuk lain selain ni akan di reject.

4) Copy banner giveaway DI SINI dan linkkan ke entri ni.

5) Letak link sponsor dalam entri:


6) Wajib like dan follow sponsor KECUALI dinyatakan untuk tidak wajib follow/like *pihak sponsor bukan sekadar menaja, tapi segelintir daripada mereka akan umumkan pemenang giveaway. So, please be alert k.

7) Tag kalau nak tag *tak wajib

8) Dah siap? Tinggalkan link entri anda di bahagian komen entri ini. Kat tempat lain tidak diterima.

Tarikh Tutup: 6 March 2012


syeeda

Friday, March 2, 2012

crazy..

Tumblr_lxjj9611ma1r6gy8vo1_500_large

Saya join contest blog ala tomey-tomey.

Yana join contest nie. wahwah.lama tak join contest kens?
Photobucket
nak join, klik banner di atas. senang kan ?

hepi sweetfifteen dear


"hepi besday to you","hepi besday to you",hepi besday to Asmaa Hani","hepi besday to you !

ha, nie lha birthday girl kita, comel kan ?



harinie, hari yang ditunggu-tunggu oleh hani, kelmarin memang excited gila nak tunggu harinie. hahaha(ayat tunggang langgang). badrina da bagi hadiah , ak bila lagi ? huahua. esok baru nak pegy cari.(ish2 apa punya kawan lha)



Tumblr_m05ujhlcjz1qe4fuio1_500_large
nah, asmaa. kek nie aku buad sendiri tau! jemput makan semua.
aku takde duit nak beli rumah yang 1 juta tue. rumah barbie tu pun mahal . hahahaha. 

asmaa, tahun nie kita nak pmr and minggu depan nak periksa UP1 da. do the best tau!
chaiyok chaiyok. !

p/s: sorie kawan, entry yang tak seberapa+merapu=ayat tak betui :)