Tuesday, July 26, 2011

SUPERMAK ~

Ahaloooo ,,  semalam  SUPERMAK sudah mula ditayangkan ,  menggantikan JUVANA pada jam 9.00 malam setiap hari isnin , wahwah . mula -mula nampak cam tak best jea , bila tengok , hurrmm , cam best sngat sngat , wahwah , seronok pulak ..







Supermak mengisahkan tentang seorang ibu yang bernama Amy Salim ( Nasha Aziz) yg jugak surirumah sepenuh masa ada kuasa dan kekuatan luar biasa ( kira cam superman lah ni). Amy Salim rupanya mempunyai kuasa tersebut dari warisan nenek moyangnya berketurunan dari Riau.
Neneknya yang bernama Thani dulu pernah selamatkan burung garuda yg terkena panah dan cedera. Panah tu pulak dari kayu yang susah dicari. Setelah Thani selamatkan burung tu, tetiba ia bertukar jadi seorang wanita jelita. Wanita tu telah memberi 5 kuasa sakti kepada Thani kerana nak balas jasa Thani. Kini kuasa tu diwarisi oleh Amy Salim.
Amy sudah berkahwin dan suaminya seorang polis, mereka hidup bahagia dan ada 2 orang anak iaitu Ayesha dan Amril.
Kebahagiaan mereka akhirnya diganggu oleh musuh tradisi nenek moyang Amy iaitu muncul lah Bashar ( Zul Yahya) yang menguasai Kuala Lumpur yang mula mengganggu ketenteraman awam. Bashar ni ditakuti oleh semua orang sebab ada kuasa api yg kuat. Kiranya dalam Supermak nant korang leh la tengok Nasha bertarung dgn Zul Yahya..hehehe!!

Akan muncul lagi beberapa watak yang ala ala X men dalam Supermak ni iaitu watak Camelia yg ada kuasa ais, salah seorang pewaris dari nenek moyang Amy yang nak berebut pingat yang telah retak pada zaman lampau. Camelia dan Bashar telah bersatu untuk berlawan dgn Amy.
Watak komedi lain dalam Supermak ni ialah Khalil (Syawal) yang mempunyai kekuatan telekenetik dan Ghazi (Henzy Andalas) yang berupaya untuk menjadi halimunan juga berasal dari keturunan yang sama. Namun, watak mereka berbeza, gemar berjenaka dan suka mengusik Amy.
jangan lupa tengok yea ,  drama nie ada 13 episesod jea , kalu ditengokkan balik , citer nie sebenarnya lawak la juga , hahahaaha , rasa - rasanya boleh tanding dengan juvana tak ?? hem ,,

No comments: