Saturday, December 17, 2011

Amalan Di Sebalik Mengambil Wuduk


harinie Yana nak kongsi amalan disebalik berwuduk, jom kite tengok yerrr :)

BERKUMUR
membersihkan dosa mulut dan lidah yang banyak mengumpat dan menyebut perkara sia-sia.

MEMBASUH MUKA
wajah akan berseri dengan cahaya ketenangan di akhirat.

BASUH TANGAN KANAN
mencatat amalan kebaikan dan memudahkan perhitungan di akhirat

BASUH TANGAN KIRI
hindari daripada tercatat amalan keburukan dan memudahkan perhitungan di akhirat.

BASUH KEPALA
melindungi daripada terik matahari di Padang Mashyar dan memohon rahmat serta kasih sayang Allah

BASUH TELINGA
membersihkan telinga daripada mendengar perkataan yang sia-sia dan melalaikan

BASUH KAKI KANAN
memohon menetapkan kaki di atas titian siratul mustaqim dan memudahkan untuk merentasi laluan

BASUH KAKI KIRI
memohon jangan gelincirkan kaki ke dalam api neraka semasa menyeberangi titian siratul mustaqim

herm, dah bace? jangan lupa solat yea, jangan tinggal solat tau. berwuduk lha selalu yea :)



bye:)

No comments: