Thursday, December 1, 2011

Ombak Rindu

haloo semua , first of all , goodbye november n welcme december !
pejam clik,pejam celik, dah habis pon bulan 11, bulan 12 da menjelma. mknanya bulan depan..............ouh! school!

oke, taknak sedeysedey, jom kite tngok ad movie aperr bulan 12 nihh,hermm, sudah smestinya, para peminat novel akan tunggu citerr nie , harinie dah dtayangkan pon! OMBAK RINDU! 
uishh , Yana pon nak tengok jugak, semalam baru jer tengok movie Tintin, baru trsedar yg OR keluar esok(harinie)


OMBAK%2BRINDU SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN



OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


nak tahu ap yng trjadi ? jom kita serbu pawagam sekarang!

p/s: smalam Yana hangout wif frens n ckgu baya! ckgu blanja tngok TINTIN ! best 

No comments: