Wednesday, June 27, 2012

Go Spain , Go spain !

Anneyonghaseo dan Selamat petang .

Pagi esok bermulalah separuh akhir Euro 2012. kejap jea rasa . Dulu nak tunggu Euro punya lha lambad . TupTup  2 july nie dah Final . sama jugak , PMR lagi 100 hari , pejam celik dah exam. 

Tumblr_m63bgihwh51qjfx2io1_500_large

stop, tak payah nak sembang PMR , nak sembang pasal Euro nie ? Dah separuh akhir ? Pasukan mana yang korang suka ? Itali ? Jerman? Portugal or sepanyol ? 

Sepanyol memiliki peluang yang yang cerah apabila berdepan Perancis pada suku akhir Euro 2012 esok, kerana kem pasukan Les Bleus dikatakan mengalami perpecahan di kalangan pemain.
Perbalahan di luar padang yang berlaku di kalangan pemain Perancis pada Euro 2012, mengulangi episod Piala Dunia 2010 di mana mereka tersingkir pada peringkat kumpulan.
Pegawai serta pemain mengakui perkara tersebut berulang pada Euro 2012, selepas tewas 0-2 kepada Sweden dalam perlawanan terakhir Kumpulan D.
Namun berbeza dengan kem Sepanyol yang dilihat bersatu dan optimis menjelang perlawanan suku akhir di Donetsk. Pemenang perlawanan ini akan bertemu Portugal pada separuh akhir.
Selepas enam kejohanan mereka bertemu, Perancis memenangi perlawanan lima kali termasuk suku akhir Euro 2000 apabila pemain Sepanyol, Raul gagal menyempurnakan penalti pada lewat permainan.
Perancis juga menang 3-1 pada pusingan kedua Piala Dunia 2006.
Pengganti Raul pada bahagian penyerang tengah, Fernando Torres percaya pasukannya sudah belajar daripada kesilapan di Piala Dunia.
Katanya, ia membantu mereka untuk menjadi juara Dunia dan mereka menamatkan badi kekalahan selepas menentang Perancis.
Pemain yang masih lagi beraksi selain Torres, ialah Iker Casillas, Pepe Reina, Xavi, Xabi Alonso, Cesc Fabregas, Andres Iniesta, Sergio Ramos dan mereka sudah tentu masih ingat peristiwa tewas kepada Perancis di Hanover enam tahun lalu.
“Kami berharap kali ini pengalaman akan membantu Sepanyol yang diletakkan sebagai pasukan pilihan.
“Ia sesuatu yang menarik untuk menamatkan persembahan negatif dan pasukan kebangsaan bersedia memecah rekod.
“Kami berharap Perancis tidak menemui semula sentuhan terbaik mereka, tetapi jika ia berlaku kami sudah bersedia. Sekarang Sepanyol sukar untuk ditewaskan jika berada pada prestasi terbaik,” kata Torres.
Yana sokong Spain ? sebabnya , spain jugak ada pemain yang kurang hebatnya , Xabi Alonso , Fernando Torres , Xavi Hernandez , Cesc Fabregas , Iker Casillas and ramai lagi. Ha , Iker casillas ketua pasukan spain , muka dea sebijik (tak lha sebijik sangat ) macam cikgu praktikal masa standard 6 dulu. Ingat lagi masa world cup dekat South Africa dulu, terkejut tengok muka casillas macam cikgu ______ . Bukanlha sejibik sangat , tapi sekali pandang nampak lha dorang tue muka nak sama.  And nak tengok Casillas tue sanggup tunggu final world cup spain Vs Netherlands. Pegy sekolah jadi mata Panda jerhh . 
Hope lha separuh akhir esok spain kalahkan portugal . Tapi portugal puns apa kurangnya  Ronaldo derr ! kali terakhir dorang bertembung masa perlawanan persahabatan portugal menang 4-0. ! so , tak mustahillah pagi esok portugal kalahkan spain ! 
p/s: Mak , orang nak tengok bola ! acene tuhh ?

kbye :)

1 comment:

nana kamarul said...

SPAINNNNNNN! Jyeahhhh~