Saturday, June 2, 2012

Mimaland .


Meet me in Montauk

Mimaland ? apa kebenda tuhh? korang pernah dengar mimaland ? 

pagi tadi macam biasa, sign up fb , tetiba ada oarng share pasal Mimaland . sumapah ! yana tak tahu apa itu Mimaland . 
Bagi mereka yang lahir sekitar tahun 90-an dan generasi muda macam yana nie tentu tak tahu Mimaland dan dimana terletaknya Mimaland nie. Yana pun baru tahu kewujudan mimaland nie (ternganga mulut aku tadi).

Mimaland nie senang cerita lebih kurang macam sunway Lagoon lha. Dibina pada tahun 1971di sebuah kawasan berbukit di Ulu Gombak. Nama Mimaland nie sebenarnya hasil daripada gabungan 'Malaysia In Miniature Land' . Dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 12.malam. Tiket masuk RM 2.0 bagi dewasa dan RM1.00 bagi kanak-kanak. Bagi kita zaman sekarang nie, agak murahlha. sekarang nak masuk sunmay lagoon pun mencecah puluhan ringgit . 

Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah’ yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu.

Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba.


Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. 
Pada Mei 1994 pula, berlakukerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Dahulu

sekarang

Beberapa pihak termasuk agensi kerajaan kemudiannya telah menyeret pihak pengurusan Mimaland ke mahkamah di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah. Sepanjang perbicaraan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.

so sekarang nie , banyak sangat cerita yang menyeramkan. mana taknya tempat orang tinggalkan . manusia tak tinggal dekat situ . ada penghuni lain. antara filem tempatan yang dilakonkan di Mimakand nie ialah Gila-Gila remaja . cer korang tengok. And ada jugaklha orang yang pergi ke sana . herhh. 

credit teks n gambar : MR google .

No comments: