Tuesday, November 26, 2013

Ujian UKKM MRSM

Assalamualaikum dan hai people .

Tumblr



Dekat facebook aku scroll down nampak lha beberapa junior sekolah lama update status pasal Ujian kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara ni . okay aku pernah duduki ujian UKKM ni . Dah lama . Setahun lepas . Haaaaaa :P

Walaupun aku tahu result PMR aku sangatlah teruk dan aku memang takmau mintak pun MRSM . Tapi disebabkan ayah dah beli no pin apa entah . So isi lah jugak kan .dekat situ dia tulis kena duduki ujian ni lah kan .



Dipendekkan cerita aku pilih MRSM Kepala Batas sebagai tempat ujian . Badrina dengan Asmaa pun pergi jugak ujian ni tapi hari yang lain lah tak sama dengan aku . Aku dapat hari last ujian . Nasib waktu pagi . 

Awal pagi tu Ayah dengan mak pergi hantar aku dekat mrsm kepala batas ni  . Masuk je , wahh cantiknya . dalam hati kecil ni adalah teringin nak belajar dekat sini kan . Dah lha besau gilau .Lepas daftar semua mak dengan ayah aku tinggalkan aku sesorang dekat sini . pergi beli barang .Dan bermulalah ujian tu dan soalan dia memang susah nak mamm@#$ . Bagi tahap aku yang tak berapa nak pandai Mathematics ni memang aku belasah je jawapan yang ada . Nasiblah semuanya bulat bulat . Kalau science tu aku bolehlah jugak . Oh lupa , Ujian ni terbahagi kepada tiga ujian 

  • Mathematics: 40 soalan
  • science: 50 soalan
  • ujian keperibadian:100 soalan 
Dan ya , aku memang tak dapat sebab PMR aku 5A ja . Ahaaa  . Kawan aku Hanisah namanya dapatlah . MRSM kepala batas dia . haha . 

Walaupun aku tak dapat masuk mrsm tapi ku dapat tawaran lain . aku dapat teknik . Rezeki kurniaan daripada Allah . Allah sudah letakkan rezeki kita masing-masing . Tak perlu pertikaikan .
Tapi teknik pun Errr , LK pulak dah .

Sekian .
 
Bye .

1 comment:

Afiqah Adzan said...

Teringin pulak nak masuk mrsm tahun depan..