Thursday, May 12, 2016

REVIEW : GOOD VIRTUES CO.

Assalamualaikum dan hai semua .

Hampir sebulan duduk rumah tanpa membuat apa-apa terasa amat bosan . Tapi Sabtu dan ahad mesti akan keluar dan tempat wajibnya adalah watsons . bisasalah window shopping je

Sebernarnya i dah jatuh hati dengan satu produk yang dianamakan Good Virtues Co.  Seriously kalau tengok siapa yang first time tengok produk ni mungkin akan jatuh cinta pandang pertama . Packaging Good Virtues Co. ni memang sangat menarik . Rasa macam nak beli je semua . Aku pun pada mulanya memang tertarik dengan packaging dia . nak pakai tak pakai belakang kira . Cewah . Tak menyesal i beli tau .
Harga 
Harga GVC ini sebenarnya tak adalah mahal sangat setaraf dengan garnier , silkygirl dan seangkatan dengannya . Nak review harga barangan GVC ni bolehlah ke laman web GOOD VIRTUES CO. Boleh tengok sendiri harganya dan untuk more details abaout this product . cara nak gunakan dan ingredients pun ada juga .


Produk Good Virtues Co. ini sememangnya halal dan boleh dikatakan semua produknya mengandungi Habatus sauda atau organic black seed oil . And the most important is no animal testing . It is organic product . GVC ini ada 3 jenis produk iaitu produk untuk rambut , muka dan badan . Memang best sangat sebab dari atas sampai bawah kita boleh gunakan produk ni . Tak semua kedai ada produk ni boleh didapati di watsons dan tak semua watsons ada jado memang kena pandai cari dan setengah tu kalau ada takkan ada yang lengkap . Tapi ada ja yang ada semua . Ni berdasarkan survey yang aku dan akak buat . Guardian tak ada rasanya . Tapi ikut tempat jugaklah . 


Sekarang ni aku gunakan this scrub memang best sebab facial scrub ni memang wangi rasa macam nak pakai tiap - tiap hari . Lepas guna scrub ni muka rasa lembut dan tak berminyak . Itu yang best sebab muka aku memang cepat berminyak . Memang terbaik . Tapi kalau nak effect yang lebih cantik kena gunalah Facial cleanser , cream day and night dia . Harga Facial scrub ni RM 12.90 . 


Ni produk yang kedua nak review . Anti-dandruff shampoo . Sumpah memang wangi dan sangat wangi ! itu je keterujaan yang boleh digambarkan . Lepas gunakakan shampoo ni ada bau yang sangat menyenangkan . Bau dia memang tahan lama . kena guna conditioner kalau tak dia kering sikit . Ikut rambut juga kan . tapi memang takkan menyesal beli shampoo ni . Dia ada pelbagai saiz . saiz dalam gambar ni saiz sederhana 300ml dan harga RM 12.90 . Ada lagi yang lebih besar 700ml kalau tak silap . 

So far memang sangat puas hati gunakan produk ini . memang sangat yakin gunakannya tanpa rasa was-was cewah . Rasa taknak berpaling produk yang lain ahah . Sekarang ni tengah try nak beli adik-adik yang lain tapi tak bekesempatan lagi . Dan the best one is produk ni produk made in malaysia . Its Local product tau dan tahun asasnya pada 2014 . Memang tak akan menyesal kalau beli . Nak cari memang kena cari dengan teliti tau .Memang kena cuba tahu di mana keistimewaannya .





Have a nice day 

7 comments:

hasifi sani said...

Mahal xrega dia awa??

yana saniey said...

Harga murah sangat bang nanti bolehla beli utk si adik kesayangan ok .

Hany Farhany96 said...

Sy pun bru guna produk ni.. Rasa lembut je lepas guna..

Hany Farhany96 said...

Sy pun bru guna produk ni.. Rasa lembut je lepas guna..

fied capricorn said...

sy pun sama.. bru guna shampoo n conditioner.. harga berpatutan..kesan pun bgus pada kulit kpla.. sblum ni gna 2 prduk utk mslh rambut.. gatal, kelemumur n ggur.. bgus jga cma harganya x brape mampu nk maintain.. jumpa ni trus jtuh cinta.. sdg nk kumpul prduk muka plak..😁

Kyna Kharudin said...

Saya baru guna produk ni.. Saya guna facial cleanser, day cream, syampoo n sabun dia... Sabun n syampoo mmg wangi sgt... Cleanser n day cream dia kena pakai lma bru ada kesan sbb dy xpakai kimia kan so kesan lambat skit... So far mmg puas aty

Unknown said...

Sya baru je gune, satu set, alhmdulilah sesuai dgn kulit sye, ruam2 dkt muke pon dah brkurgn, dan bintk2 merah pon da hilng, sye pakai tk smpai satu minggu, kesan dia amat memuas kn , tq gvs ❤️