Friday, August 12, 2016

Hiking Gunung Brinchang

Assalamualaikum dan salam jumaat .

Okay hari ni genap seminggu i pergi Cameron Highlands . Tak pernah bosan pergi sana sebab dulu masa kecik-kecik teringin sangat nak pi kan . sekarang Alhamdulillah rezeki ke cameron Highlands tak pernah putus hehehh . bunyik nya macam tiap hari dapat pi hahahaha .




Kali ni i mai sini ikut bawah Kelab Audio Visual dan misi kami hanya satu cewah nak menggapai Gunung Brinchang . Sebenarnya semua ni dah rancang lama tapi disebabkan bas tak confrim so weolss sangatlah relax sebab rasa macam tak peluang nakpi tapi tiba tiba lecturer cakap confrim pulak memang kelam kabut prepare barang kan . So kami bertolak hari jumaat dan sabtu nak naik puncak gunung brinchang dah .Hari jumaat tu ke Mardi dan Ladang Teh Cameron Valley dan malam tu acara barbeque .

Hari sabtu awal awal lagi dah siap lepastu sarapan . Dan disebabkan bas kami tayar pancit jadinya hanya ada satu bas saja yang bergerak kiranya terbantut sikit la perjalan ke kaki Brinchang . Bagi sesiapa yang nak naik Brinchang dan Irau kena ada permit tau bukan main saja saja redah je ya . Kena apply dekat Pejabat Perhutanan Daerah Raub dan Cameron Highlands . Untuk mendaki Gunung Brinchang sebenarnya tak jauh pun dengan pasar malam Brinchang hanya bersebelahan dengan deretan bangunan lama bangunan kuartes polis kalau tak silap ada lorong kecil tu .

Track laluan memang mencabar . Sepanjang hidup pi hiking kali ni lah rasanya macam tak sanggup nak hiking dah sebab laluan 1 jam pertama sangatlah memenatkan . Tenaga kaki digunakan 100 % . Actually kami mula mendaki lebih kurang 9.15 dah sampai pukul 12 . Bila dah sampai fasa yang kedua kira stamina kita dah boleh adapt dengan persekitaran hahahaa . You know masa awal tu aku memang tak boleh breath properly bunyi nafas memang taktau nak cakap lah , nak tarik nafas memang rasa sakit & tersekat . Tapi bila dah fasa kedua tu kira alhamdulillah boleh kawal nafas tu boleh daki ikut mana yang mampu .


Bila dah masuk fasa ketiga ni diuji dengan track jalan yang mencacak memang kena guna tangan nak panjat . Tanah lembik dan masa nak turun tu lagilah lembik . Penat memang penat tapi penat tu akan hilang bila kita nampak kabus kabus depan mata kita Ya Allah hanya Dia saja yang tahu macam mana perasaan best sangat mai dan bila orang depan cakap Yeeay dah sampai . Syukur Alhamdulillah sampai jugak akhirnya .


Ini track Irau tapi lebih kurang sama 

2 jam duduk di atas puncak masa untuk turun . Kiranya masa tu hilang sikit rasa takut dari masa nak mendaki tadi . 1 jam lebih dah sampai bawah dan perasaan bangga dengan diri sendiri sebab dapat tawan Gunung Brinchang dan lega sebab semuanya dah habis . Masa turun tu 4 petang dan orang pun ramai memenuhi pekan Brinchang dan peliksebab baju belemuih kotoq . Masa turun tu baru rasa kaki sakit semua sakit hahaha .

Fadh Ateen Umi


Mulut memang cakap takmau pi dah tapi hati Ya Allah bagilah nikmat ini sekali kali . Memang cantik daun dan pokok sangat mysterious lumut sangat cantik .

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)