Assalamualaikum semua ~ tadi Yana bace surat khabar BERITA HARIAN . Terkejut beruk bila tngok muka depan 1940 MAUT SETIAP JAM akibat penyakit jantung ! huh . sesuatu yang diluar jangkaan tuhh ! hari nie jugak merupakan HARI JANTUNG SEDUNIA ~
kajian pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) menunjukkan 17 juta orang meninggal dunia di seluruh dunia pada tahun 2005 akibar penyakit kardiovaskular .
ia membuktikan ancaman penyakit kardiovaskular yang membabitkan penyakit jantung dan strok adalah pembunuh nombor satu dunia dengan statistik kementerian kesihatan menunjukkan satu daripada empat kematian di negara ini berpunca daripada penyakit kardiovaskular yang seringdikaitkan dengan amalan pemakanan tidak seimbang serta gaya hidup kurang sihat, termasuk merokok dan kurang melakukan senaman.
Tahun lalu , 11,812 kematian direkodkan di hospital kerajaan adalah berpunca daripada penyakit jantung dan strok. angka itu jauh lebih besar daripada jumlah kematian akibat penyakit kardiovaskular pada tahun 2005 yang mencatatkan 5,549 kes kematian
oleh itu , kita kena lha amalkan gaya hidop yang sihat ekk , dan jangan lupa makan makanan yang sihat , japgy melantak tak tentu fasal . hahaha.
kbye ~
No comments:
Post a Comment