Thursday, August 8, 2013

Aidilfitri pertama .

Assalamualikum dan selamat Hri raya .

Alhamdulillah , akhirnya setelah selama sebulan kita dididik di madrasah ramadhan , akhirnya pada 1 syawal kita meraikan hari kemenangan untuk umat islam semua . Hari yang dinanti nantikan oleh seluruh umat islam telahpun tiba . Ya hari ini !
Wah wah nampak gayanya semua pakai baju baru , kasut baru , beg baru , tudung baru . 

Eid Mubarak :)

Seawal pagi bangun pergi solat sunat aidilfitri .Tahun ni tak macam tahun-tahun lepas aku pi awal . Tapi rasanya tadi pun aku pi awal la jugak . Sesampai ja dekat masjid . Ya Allah ramainya . Sampaikan terpaksa solat dekat luar . First time wehh . Menyumpah diri sendiri tak mai awal . Takpa Takpa , asalkan sempat jugak solat aidilfitri tahun ni .

Lepas balik daripada solat , Budak budak dok mai dahh .
Takmau makan lah , nak duit raya saja lah . Haaa , macam macam kerenah . Teringat pulak zaman muda mudi dulu pi kutip duit raya sampai ke petang . Mak dok beletiaq tak balik rumah . Pi rumah orang pakat dok tanya anak sapa cucu sapa . Rindunyaa . sekarang ni kopem malu gila nak pi kann . Haaaa .Salah satu sebab raya raya mendatang ni takbest sebab ni hah . Tak boleh nak kutip duit raya keliling kampung . Heeeeeee XD

Dan Tak macam tahun lepas , tahun ni kami satu pemeli tak pakai sedondon . Ahaaaa . So tahun ni colourful lah . Baru cantik kan . Tahun ni jugak tak ada conflakes madu . Hukhuk . Tapi kuih semperit legend mak tu wajib lah ada . Tiap tahun mesti ada . Tadi pergi raya rumah Nadhrah and Rabiatul . Wahaaa . dapatlah duit raya sikit . Lawaknya dekat rumah rubyy lahh , Bibik dia pakai kasut aku . Time aku nak balik baru perasan kasut tak ada . Tak apalah . Dann time nak pi rumah rubyy tuu . Tettttttt . Malunya Ya Allah . Malu wehh  . Haaa

Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin
daripada Fadhliana dan anak XD

Selamat Hari raya Maaf zahir dan batin . Salam Aidilfitri . Moga tahun ni lebih bermakna dari tahun sebelumnya .

1 comment:

bunga lily said...

selamat hari raya :D