Friday, February 15, 2013

Raya Cina

Assalamualaikum .

Memandangkan Kaum Cina tengah raya Tahun Baru cina , Kita pun raya sekali lah . Hahaha . 
Nampa tak permainan dia ?

Setelah seminggu merehatkan dan membina badan di rumah akhirnya hari ahad yang penuh bersejarah ini dah kena pulang ke Hostel . Oh Tidak ! Rasa baru ja aku balik rumah . Tidurdengan penuh syahdu . Tetiba nak kena balik pi sana pulak . Sejujurnya , Homework aku tak siap lagi . Nampak sangat tahap kemalasan kan ? LK lah , fizik , kimia , Bm , sejarah . Petang ni baru nak buat lah kot :)


Kejadian Pertama .
Sempena cuti raya cina ni , kami pergi Bukit Bendera . Erhhh Bukit Bendera . Kalau nak diikutkan tiap tiap hari dari sekolah aku boleh nampak Bukit bendera dengan jelas sekali . Ya Jelas sekali . Tak sampai 10 minit pun dari Sekolah aku . Tapi haritu kami pergi ke Bukit Bendera untuk kesekalian kalinya .
Seawal 11 pagi kami dah terpacak dekat depan bukit Bendera tu . Ramai gila orang . Beratur nak beli tiket hampir sejam and beratur nak naik kereta api lagi .

 Masa tunggu kereta api .

Bila sampai dekat atas , terasa angin sepoi sepoi bahasa . Tapi sekarang ni dah tak sesejuk dululah kan . Sekarang ni teropong tu dah maju . Dulu kena masukan duit syiling RM1 . Tapi sekarang ni duit kertas dah . Wahh Tahniah tahniah . Tak menyusahkan orang nak tukar duit syiling . First teropong mestilah nak teropong sekolah dulu . Hahaha . 


Betullah cakap senior senior masa orientasi dulo , Duduk atas bukit Bendera boleh nampak sekolah kita . Tak guna teropng pun boleh nampak Bangunan yang bumbung pelik tuu . Hahahaaa
Kami duduk atas Bukit Bendera tu sampai pukul 3 petang . Nak turun bawah pun kena beratur dengan serombongan mamat mamat bangla . Herhhh . Sesak nafas eden tau . Memang berebut dengan depa ja . Seksanyaa tau ndakk . Sesampai dekat bawah , Still ramai manusia berpusu pusu nak naik Atas . 




Kejadian Kedua .

Lepas pergi kenduri , kami pergi Carefour . Dan kalau pergi Carefour tak sah kalau tak masuk Kedai Buku Hassani kan . Ehh mestilah , tu tempat wajib kami tau . Sampai tiap tiap minggu datang sini . Rasa malu jugak lah tapi kisah apa kan . HAHAHA. Lepas balik memborong apa yang patut , Perot pun terasa lah lapar . 
Selalunya kami selalu makan dekat area exit Sungai Dua tu . Tapi disebabkan cuti dan jalan tu memang Jammed , So kami pun pegi makan Mee udang sg Dua dekat Bawah Jambatan . Act tak lah bawah jambatan , Tepi jambatan sebenarnya , tapi orang dah selalu sebut macam tu .


Hanya mampu kata Sedap :)

Ahad yang memilukan :(

Byeeeee

Tuesday, February 12, 2013

Suasana Baharu .

Assalamualaikum .

Lama tak updateee blog yang usang lagi tua serta bangka ni .Dah tiga minggu Aku menjadi rakyat Teknik Tunku Abdul Rahman Putra a.k.a TI Penang. So minggu ni balik cuti chinese New Year . Cuti seminggu ayang . So bolehlah berlibur kejap dekat rumah yang terchenta ni :)
20080331223703_large
Wuhuuu . First Week aku dijangkiti penyakit Homesick . Nak balik rumah lha . Protes sana Protes sini . Nak Balik Guar Perahu Indah lha . Tapi bila difikirkan balik , tak sampai hati nak patah balik ke sekolah lama . Nak masuk sekolah tu memang banyak pakai duit . Dekat sana duit tu Umpana daun kering je . Masa Telefon mak tu pernah lha aku menangis . And lepas tu aku jadi malas nak call rumah . Tapi kalau jumpa face to face gelak pulak .

Dekat Hostel rasanya dah bolehlah sesuaikan diri . Cuma nak bangun pagi agak 'liat' ahhh . Pukul 5 dah bangun .  Tapi dekat sekolah tu , Errr , errrr . agak 'kureng' sikit lahhh . Sebabnya entahh , tak ada feel ahhh nak stay up dekat kelas tu . Ad jugak lha nak tukar kelas tapi bila difikirkan balik , kena buat surat then nanti cikgu mesti tanya kenapa nak pindah kelas tapi dalam course yang sama and nak bagi alasan yang munasabah . Padahal masalah kecik je pun . Haaaaaa ~

satu kebaikan duduk asrama ni ialahh Jeng jeng jeng <>
Penyakit mengonline 24 jam dah sembuh . Yeaaaa . Bila balik rumah , rasa macam malas nak online . Dulu setiap saat , minit nak berkepit dengan komputer , phone . Sekarang tengok komputer buat macam tak nampak jaa . Haaaaa. Balik rumah asyik Tidoo . Qada' Tidur lah katakan . Tidur dekat rumah syahdu gila kot . keburukan duduk asrama aku semakin malas nak buat homework . Rasa tak boleh nak buat homework . lahh . Jadual padat gila kot . mandi pun mandi kerbau . kadang kadang tu time malam baru nak terhegeh nak mandi . normal lahh kot . Hahahaha

Kawan ?
Setakat ni kawan kawan okay lahhh . Minggu kedua and ketiga ni baru kenal . Memang best kenal mereka semua . Sebelum masuk sekolah tu memang agak takut lah jugak takut tak dapat kawan kan . Kita ni bukan jenis 'huha huha' sangat . Kebanyakan luar penang lahh . Dari Kedah , perak , selangor . Dalam Kelas aku ramai budak perak . Haaaaaaa . So , jadi Satu Malaysia ! .

 :( Minggu depan balik lagi . Balik Naik Feri . Yeaaaayyyyyy :)


" berjumpa sahabat baru , sahabat lama jangan ditinggalkan "

Sunday, January 13, 2013

Persahabatan .

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Hai Hai dan Hai . Ohh terlupa nak cakap Hai lagi .

Tumblr_m29wtv8riy1qz4d4bo1_500_large

Tengok tak berita pasal Banduan Lari tu ? Err tak ? Pernah ? Hmm tak kesah lah . Act , tempat tu dekat saja dengan rumah aku .Kira nak pegi area tu tak pakai helmet pun tak apa .  Fuhhhh . Gila ahhh , Nak pegi sekolah tak apa . Ayah hantar . .Time Balik rumah aku dah lah duduk sorang sorang . Seramm dehhh . Time depa kena tembak tu dekat dengan sekolah aku pulak . Haishhh . Berapa hari lepas ada lahh polis masuk kampung , lorong rumah aku laa . And tadi pun baru jaa dengar sirenn polis . Tak aman waaaa taukk . 

Haa , kan ada dua orang yang ditembak polis . Darripada feedback dekat facebook , adalah sesetengah orang marah polis tembak arwah . Tapi kalau tak tembak susah jugak . Kang tak pasal pasal masuk rumah orang . Culik anak orang buat tebusan . Betul tak ? Tapi benda yang lepas jangan di kenang . Orang dahh tak ada . Ada jugak yang kutuk arwah ni .Tak payah nak kutuk lagi arwah .Dia dah meninggal . As sesama islam kita kenalah mendoakan dia . Walaupun sejahat manapun dia tetap saudara islam kita :) So tinggal lagi beberapa orang yang masih lagi terlepas . Dengar cerita seorang lagi dah kena tanggap .*jangan saman aku HAHAHA .

 Okayy stopp pasal that banduan ya ! Hmmm , Tak tau la kenapa tiba tiba jadi sedih . Time kakak bagitau yang aku dapat Teknik , Hepi tak terkata , Sampai melompat-lompat aku dekat luar macam ayam bertelur kembar . Ya la , Impian menjadi kenyataan . Sejak apply dulu lagi , memang teknik aku yang target . 
Bila difikarkan balik , Aku tak biasa duduk asrama bagai ni . And aku kena say bye bye dekat Guar Perahu Indah dan tinggalkan kawan kawan yang berjuang sehidup semati demi menuntut ilmu *Jangan Gelak . 
Nanti mesti aku rindu depa semua . Memanglah ramai yang nak pindah tapi ramai jugak yang takmau pindah

Tumblr_mghi9ogooh1r5lq1ho1_400_large

Errr , aku memang nak pergi tapi itulah sejak aku tengok 3 Idiot *walaupun dah lama tapi aku baru tengok .Sila jangan gelak* Tetiba jadi teringat kawan kawan semua . Tetiba punggung ni rasa berat nak tinggal GPI. Maklumlah kami Ketawa bersama , menangis bersama . Ya tak ? Mak Cakap "Ikut suka kamulah , Tapi baik pegi, peluang dah ada depan mata . Kalau nak tolak rugi ahh kan" .  

Kawan Sehidup Semati .
 Akyla dengan Bad dapat Teknik yang sama .Happy gila sebab semua dapat . Tapi belum tentu kelas and hostel sama . Mintak mintak lah kami satu kelas yaa . Dah biasa duduk satu kelass . Aminnn . Kira ada semangat nak pergi sana . 
Tapi Yang sedihnya nanti kami kena berpisah sebab Asmaa , Dia apply SBP and MRSM . lambat lagi ahh nak tunggu result keluar .  Sedih gila sebab terpaksa berpisah . Daripada 4 orang tetiba terpisah seorang kan . Macam macam kita  kongsi bersama . Rasa macam tak nak berpisah pulak . So minggu depan minggu last ahh . And minggu last aku tengok crush aku *Gatal . 
So nanti walaupun kita tak sama sekolah , tak sama kelas ka , tak sama Universiti ka . Jangan lupakan sebuah persahabtan yang sangat berharga ni ya ? Ya , Kawan memang boleh dicari tapi sahabat sejati ? 

So to Asmaa Hani , Kami doakan hang dapat masuk MRSM ya . Tu memang impian hang dan doktor itu cita cita hang . 

 || si Purple : badrina , Si maroon: Aqilah dan Si pink : Asmaa ||

" Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita. Ingatlah  terakhir kali anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda? Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai? "


Kbyee :\

p/s: Ayat tak tersusun . Sedap hati , sedap baca kira okaylah yaaa .
Bila lagi nak update .kan ?

Friday, January 4, 2013

Goodbye Sayangs Welcome Dear .


Assalamualaikum , salam sejatera 

61448_10152362710820252_1436928251_n_large

Tahun 2012 sudah pun berlalu . Kini tahun 2013 sudah pun menyusul . Tepat pukul 12 tengah malam 1 januari 2013 banyak status yang telah berubah dalam hidup ni . Haaaa . Dulu student PMR sekarang dah Ex PMR . Form 3 naik Form 4 . Sedih ? Mestilah sedihkan . 2012 sememangnya banyak kenangan yang ditinggalkan . Lepas ni pagi pagi tak boleh nak online . Kena menghadap buku je lahh :P


2 Januari dah sekolah . Dulo dulo 5 januari baru sekolah . sekarang 1 januari dah sekolahh . Apala nasibb .
I dah naik Form 4 lahh . Dah upper formm . Tapi dah kena rehat dengan senior . Fuhhhhh . Sabojelaa . Time Form 3 bestt ahh sebab time rehat kita ahh senior . HAHAHA.
So pagi hari rabu dengan 'semangat' pegi sekolah . Tengok semua dah beratur dalam dewan . Aku lambat ke ? 3 Hari ni kan , time aku datang ja dorang dah nak beratur and dah beratur . Lambat sangat ke ? Rasa macam dulo dulo je . Peraturan sekolah sudah bertambah . Cikgu siap cakap sapa tak suka peraturan sekolah dipersilakan pergi sekolah lain . Haa .

Tumblr_mg2nyhynmq1ric377o1_500_large

Dekat sekolah aku akaun tak ada Add Math . Adalah orang orang cakap yang rugi ahh kalau amek akaun tapi tak ada Add Math . Bila dipikirkan balik betul jugak . Tapi kalau Add math selalu gagal susah jugak kan ? So last last , amek jugak Sains . HAHAHAHA . First tu rasa macam takut tak boleh bawak . Dah la 3 paper setiap satu . Gila ahh . Tapi kalau usaha boleh jee . Kebanyakan cikgu cikgu yang masuk semuanya cakap " Form 4 bukan Honeymoon year" . Hmmm baiklah cikgu sayangss . Cikgu mesti tanya "Hampa takmau pindah" or "sapa yang apply MRSM , SBP or Teknik Or bla bla bla" Konfermm punya . 3 hari sekolah , Homework sudah bertimbun . BM , Math , Add math . Haaaa .

Okkbyeeee .

p/s: Mak cakap kalau dapat teknik pergi jeee .Haaa

Saturday, December 29, 2012

Novel .

Asslamualaikum dan salam sejahtera .

Hai . Dah beli baju sekolah ? Dah ready ke belum ? Malam malam sebelum tidur bukak buku teks yang cikgu bagi tu ya . Bila cikgu ajar tahun depan at least korang dah tahu pasal apa kan . Tahun depan ? Bunyi macam lama lagi kan? Padahal 'Tahun depan' hari selasa  ni . Haaaa

385758_487371184648649_1129136131_n_large
Siapa suka baca novel ?  Angkat kening cepat !

Sejak ketamatan PMR berapa bulan yang berkurun lamanya . untuk mengisi masa yang terbuang begitu saja , aku adalah baca beberapa buah novel . Masa zaman lepas PMR dulu memang membosankan bosan . Pergi sekolah . online . tengok TV , main game . Hmmm benda yang sama je kan . Baik baca novel lagi bagus kan

Sekarang kan dah jadi trending drama ataupun filem yang diadaptasi daripada novel . Kalau 
ada orang tanya aku suka tengok drama yang diadaptasi tu ataupun suka baca novelnya . Aku lebih suka baca novelnya aja sebab bila kita baca novel , kita boleh imagingkan hero and heroin novel tu . Boleh bayangkan sendiri macam mana rumah dorang , baju dorang handsome ke tak hero tu , comel tak heroin tu ataupun boleh rasa sendiri yang heroin tu diri kita :) Kan kan ?
Tapi aku suka tengok drama tu jugak . 

Okayy , Antara novel yang paling aku suka setakat  ni banyak . Isteri Separuh Masa , Kahwin ganti , Love you Mr Arrogant , MAID , Suami Aku Ustaz , Kalau Memang Harus Begitu . The Wedding Breaker .
Ahh , kalau boleh , macam nak listkan semua novel yang penah baca . Tapi tulahh kan *Uwekkkkkk

Bercakap tentang The Wedding Breaker *ni sebenarnya aku tulis entry ni , Memang bestlah . Rugi wohh tak baca . Novel terbitan Karya seni dan penulisnya Evelyn Rose .
Novel ni mengisahkan kisah percintaan antara Datuk Wira Tengku Adam Kamil Tengku Mukhriz dan Datin Arriana Rose Hussien . 




Kira aku memang teringin novel ni . Before beli pun dah baca dekat Blog Evelyn Rose . Best kan? Try lah Even pada mulanya memang kita marah sangat dekat Adam tapi lama lama hati kita dapat terima adam yang begitu baik :) 

Selamat kembali ke sekolah .

bye :)
p/s: Setia Hujung Nyawa best . Nanti Ersalina keguguran .
Zain Hakimi layan tak layan ja :(